🍁 - Bab 52

3.4K 95 18
                                    

Hampir dua hari berada di dalam hospital akhirnya Ellysha dapat juga pula ke rumah. Dalam masa sehari pun dia dah tak boleh tahan duduk hospital, terlalu bosan. Hanya berkurung di dalam wad tanpa berbuat apa-apa selain memandang handphone. Pandang handphone lama-lama pun, akan jemu juga.

Ellysha mengambil beg pakaiannya yang berada di atas katil wad tersebut, tidak lupa juga handphonenya di sebelah beg. Lalu, dia terus menuju ke arah pintu.. baru sahaja tangan nak angkat untuk buka pintu itu. Pintu tersebut pantaa dibuka dari luas.

Terkejut Ellysha dibuatnya, kakinya langkah ke belakang beberapa tapak. Tubuh seseorang itu mula muncul penuh ke dalam bilik itu, terus sahaja Ellysha memandang wajah tersebut. Muka meluat ditayang.

"Kau kalau tak bagi aku terkejut memang tak sah kan.. kalau aku ada sakit jantung macam mana. Tak pasal-pasal mati sia-sia" Ellysha bersuara tanpa nada.

Aryan memandang Ellysha atas bawah yang sudah berpakaian jalan. Mata Aryan dan mata Ellysha bertentangan.

"Kau nak pergi mana?" Soal Aryan tanpa memperdulikan kata-kata Ellysha tadi.

"Balik la. Aku boleh dah balik kan.." jawab Ellysha. Soalan tak logik.. terang terang aku dah boleh keluar hospital. Siap kemas baju dua tiga helai.

"Kau tak reti tunggu aku ke?" - Aryan

"Tunggu kau? Tak ada alasan aku nak tunggu kau. Aku pandai balik sendiri. Aku bukannya 12 tahun lagi.. budak 8 tahun pun pandai balik sendiri" balas Ellysha selamba tanpa memandang Aryan

"Tak ada alasan?" Soal Aryan kembali.

Ellysha kembali memandang Aryan semula tanpa bersuara. Apa alasan dia?

"Kau lupa ke aku siapa? Aku ni bakal suami kau"

Ohh bakal suami.. tak ada makna dalam dirinya Ellysha.

"Kisah ke aku?" Ellysha mengangkat keningnya.

Aryan tahan bengang. Kemudian, dia berpeluk tubuh.

"Kau kena kisah sebab aku tunang kau dan kau bakal isteri aku. So, Balik dengan aku. Mama suruh" bohong Aryan lagi "You've to follow me because this is an instruction".

"I dont want. Aku masih ada duit nak bayar teksi. Aku tak perlu kan pertolongan kau yang tak ikhlas tu. So, dengan segala hormatnya. You can go back la ye"

Ellysha ingin teruskan langkahnya tetapi dihalang oleh Aryan . Terpaksa Ellysha mengangkat kepala sedikit memandang wajah lelaki tersebut.

"Tak ikhlas? Macam mana kau tahu aku tak ikhlas? I'm sincere enough to help you.. kalau aku tak ikhlas aku tak datang sini dah.. aku pa.." tak sempat Aryan habiskan ayat

Ellysha terlebih dahulu jalan meninggalkan Aryan yang sibuk membebel itu. Terkejut Aryan dibuatnya. Tapi sempat mengejar Ellysha beberapa langkah dan menangkap lengan wanita itu.

"Balik dengan aku!"

"Ish kau ni.. membuat amarah aku naik mendadak-dadak, semakin merebak-rebak" balas Ellysha geram , tangan yang dipegang itu ditarik kasar . Sempat lagi laki itu dijeling.

Aryan senyum. Dia suka apabila melihat wanita itu marah. Comel.

"Aku tak ada masa nak pujuk kau. Mama dah suruh aku ambik kau. Kau kena la naik dengan aku" bohong Aryan lagi. Padahal dia yang nak ambil Ellysha.

"Bila masa aku merajuk? Yang kau nak kena pujuk-pujuk kenapa?" Soal Ellysha dengan nada yang tegas.

Ellysha perasan yang muka Aryan sedang menahan marah. I'm dont fucking care !

Marina dari awal sudah suruh Pak Mat tolong jemputkan Ellysha tetapi Aryan sibuk-sibuk nak ambil Ellysha.

Ellysha buat taktahu sahaja. Beg yang ditangan dipegang kemas. Baru sahaja dia ingin memulakan langkah semula. Aryan terlebih dahulu menolak Ellysha ke dinding. Nasib baik tak sakit belakang Ellysha dibuatnya. Tapi rasa la sakit hentakan tu.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now