🍁 - Bab 72

3.4K 104 12
                                    

Sudah pukul 8 lebih. Ellysha berlari dan membuka pintu pagar . Dia memandang kereta Aryan sudah diparking elok. Aku suruh dia balik awal, aku pula yang lambat. Aduhh bisik hati kecil Ellysha. Kemudian dia berlari anak pula menuju ke pintu utama. Tombol pintu dipulas perlahan-lahan sambil memberi salam.

"Assalammuaaikum.." ujarnya perlahan.

Kaki kanan menapak masuk ke dalam rumah dan pintu juga ditutup perlahan-lahan. Dia memusingkan badan. Dia nampak susuk tubuh seseorang di ruang tamu terus dia berjalan mendekati lelaki itu dengan senyuman manis.

"Abang.."

Aryan yang mendengar suara itu masih lagi tidak menoleh ke arah Ellysha. Aryan diam terkaku. Memandang wajah isterinya pun tidak. Hati dia masih lagi teringat apa yang diceritakan Rashida tadi.

Ellysha pelik dengan perwatakan Aryan, tak pernah-pernah Aryan mengabaikan dia semasa dia balik, selalunya dijemput bagi sang puteri tapi untuk pertama kalinya , tidak. Dia cuba untuk berfikir positif, mungkin Aryan kurang sihat atau sangat penat. Ellysha duduk disofa berhadapan Aryan.

"Ell minta maaf abang sebab Ell balik lambat. Ell pergi rumah mama papa tadi, luah masa dengan mama dan Errysha kejap tadi. Tak menyempat pandang jam, bateri phone pula mati, Ell tak perasan.. itu yang Ell terlambat tu. Sorry abang" kata Ellysha suara yang juga perlahan agar Aryan tidak terasa hati.

Aryan tidak membalas.

"Abang.. Ell ada nak beritahu something ni.." kata Ellysha dengan suara yang sangat ceria, dia meletakkan handbag disebelahnya.

Aryan mengurut dahi sendiri itu berhenti dan memandang Ellysha dengan muka yang musam dan bengis. Masih nak berlakon rupanya bisik hati Aryan mengelegak.

"Sebelum Ell nak beritahu abang. Abang nak tanya Ell dulu" Aryan memperbetulkan kedudukannya dan anak mata Ellysha dipandang tajam.

"Ell ada apa-apa nak beritahu abang ke?" Soal Aryan tegas.

Memang dia nak beritahu something, dia nak beritahu yang dia mengandung dan mereka akan ada zuriat tapi kenapa soalan Aryan seperti tuju pada benda lain? Apa yang Aryan fikirkan. Melihat riak wajah Aryan pun Ellysha tahu mesti suaminya ada memikirkan sesuatu.

"Beritahu apa? You mean?" Soal Ellysha keliru.

Aryan memejam matanya. Dia menghembus nafas berat. Dan badannya disandar semula pada badan sofa itu. Kemudian dia menatap semula wajah Ellysha.

"This is about Syafiq.. apa hubungan Ell dengan Syafiq?"

Ellysha masih berfikir positif. Dia melihat suaminya. Adakah Aryan masih cemburu dia dengan Syafiq? Dia jumpa Syafiq pun jarang. Dia senyum sedikit.

"Ell mana ada apa-apa hubungan dengan Syafiq, abang. Syafiq pun Ell dah anggap macam kawan Ell dah. Kan, Ell dah kata Ell cintakan abang sorang je.." balas Ellysha lembut.

Aryan senyum sinis. Cinta konon ! Masih lagi nak tayang muka innocent tu , kau nak berlakon pun tak guna dah ! Aryan cuba untuk mengawal diri.

"Bukan Ell ada hubungan dengan Syafiq ke?" Soal Aryan.

"Ya Allah abang, tak ada. Apa abang cakap ni? Ell tak pernah pun berfikir nak curang dengan abang. Abang kenapa tanya soalan macam tu..."

"Abang tak maksudkan hubungan pencintaan tapi hubungan kekeluargaan. Ada apa-apa nak beritahu ke Puan Ellysha?" Soal Aryan dengan tegas, anak matanya menusuk anak mata Ellysha. Dia masih lagi bersabar agar Ellysha mengaku.

"Hah?" Ellysha agak terkejut dengan soalan Aryan.. dia terkaku dan tidak mampu bersuara. Mulut tak dapat mengeluarkan kata-kata.

"Betul ke Ell ada hubungan dengan Syafiq? Syafiq abang tiri Ell kan?" Aryan sedikit meninggikan suara.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now