10 Tahun Kemudian..
Errysha berlari anak memasuki ke dalam rumah dengan muka yang masam. Dia hanya membiarkan sahaja Ellysha yang berjalan kalah kura-kura dibelakangnya itu. Errysha mencari kelibat Marina dengan cara memandang kawasan rumah tersebut. Kemudian dia menaiki tangga rumah untuk ke ruang tamu tingkat atas.
Muka Errysha bagaikan ingin menangis sahaja, dia memegang kepalanya. Sampai sahaja diruang tamu itu, Errysha memandang ke arah Marina yang sibuk membaca novel tersebut. Pantas kakinya mendekati Marina.
"Mama!" Rengek Errysha dengan kuat.
Marina yang sedang membaca itu memandang ke arah suara tersebut. Kelihatan Errysha memegang kepalanya dengan muka seperti ini menangis tidak lama lagi. Kenapa dengan anaknya ni?
"Kenapa ni Qisya?" Soal Marina risau.
"Mama! Rysha jatuh tergelincir dekat tandas kolej!" Rengek Errysha seperti dia masih budak kecil dihadapan Marina tetapi Marina hanya melayan sahaja, Errysha yang paling manja.
Errysha tidak biasakan dirinya dengan panggilan yang Ellysha beri kerana dia terasa sangat ganjil dengan panggil yang tiada kena mengena dengan namanya. Tapi Ellysha tidak bising dekat Errysha kerana Amar dan Marina panggil mereka Qaira dan Qisya.
Ellysha cuma taknak mereka panggil dia dengan panggilan yang orang yang telah halau dia dan dia taknak juga bila panggil Erry dia akan teringat akan arwah ibu mereka.
10 tahun lepas.. Errysha dan Ellysha sangat rasa takut dan ganjil tinggal dengan keluarga itu dan Errysha takut sahaja apabila bertemu dengan Amar dan Marina. Tetapi selepas 10 tahun.. takut berubah menjadi manja.. manja sangat, anak lelakinya Aydan pun tidak semanja itu.
Ellysha dan Errysha mula gembira apabila tiada apa yang berlaki dekat mereka selama mereka tinggal dengan Amar dan Marina. Cuma Aryan, dia masih tidak suka dengan Ellysha tetapi Ellysha tidak pernah fikirkan benda tersebut. Malah mereka dah hadap Amar dan Marina adalah mama dan papa mereka sendiri.
Marina hanya tersenyum memandang Errysha yang kononnya menangis itu. Ellysha dan Errysha semakin mereka besar, mereka semakin cantik dan comel. Macam mana muka hodoh mereka buat sekali pun, mesti akan kelihatan cantik.
Betul kata Amar, mula-mula mereka takut tapi bila dah lama-lama mereka mula manja dengan Marina seperti mereka anak kandung Marina sendiri. Marina gembira.
"Laa.. kenapa Qisya boleh jatuh ni?"
"Rysha lari.."
Marina berkerut dahi sambil tersenyum. Tempat yang Errysha sentuh itu dia lihat sambil itu dia melihat Errysha yang membuat muka sedih. Marina pelik, dia bengkak atau luka pun dekat dahi Errysha.
"Alasan macam budak kecil.." - Marina senyum
"Mana ada budak mama.. ni alasan betul lah mama.. Rysha jatuh tandas tadi sebab Rysha sengaja.. lari masuk tandas. Rysha taktahu yang tandas tu licin. Benci tandas tu.." rengek Errysha lagi.
"Sengaja?"
"Yelah.." jawab Errysha selamba
Baru sahaja Marina nak bersuara, dia nampak Ellysha sedang menaiki tangga. Errysha memandang ke arah Marina pandang, kelihatan Ellysha sedang menuju ke arah mereka. Errysha memandang Marina semula.
"Kakak dia.. dia buat taktahu je bila Rysha mengadu dekat dia. Kakak dia sama jahat dengan lantai tu je mama. Jahat!" Rengek Errysha lagi sampai berpura-pura menangis.
Ellysha tidak menjawab apa yang Errysha kata malah dia salah Marina dan terus duduk di sofa yang berhadapan mereka dengan keadaan yang tenang. Errysha dipandang tenang.
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
RomanceBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...