🍁 - Bab 74

3.6K 132 10
                                    

Sudah berapa hari Aryan tidak pulang dari rumah. Pagi-pagi lagi Ellysha bangun untuk melihat Aryan tetapi lelaki itu langsung tidak pulang. Kini jam sudah menunjukan pukul 4:30pm dan hari ini merupakan hari sabtu, hari cuti. Kelibat Aryan tidak kelihatan dari rumah. Ellysha call pun tidak angkat.

Sambil dia berjalan berpusing-pusing dihadapan pintu masuk itu. Ellysha menyentuh perutnya yang mempunyai nyawa kecil. Dia ingin memberitahu Aryan tentang kehadiran zuriat mereka tetapi keadaan sekarang tidak membenarkan.

"Baby.. mummy risaulah daddy tak balik-balik ni.. daddy tak pernah balik lewat macam ni" ujar Ellysha sambil meletakkan tangan pada perut sendiri. Dia risau keadaan Aryan.

Ellysha masih berfikir positif. Mungkin Aryan sibuk bekerja. Dia pula seorang penganggur. Hanya menggunakan duit simpanan lama sebelum dia mencari kerja.

Semasa sedang berjalan berpusing-pusing dihadapan pintu, Ellysha dengar tombol pintu dipulas. Lantas kepalanya memusing memandang ke arah pintu. Akhirnya, Aryan pulang juga. Tubuh Aryan sudah muncul dihadapan pintu. Senyuman mula terukir pada bibir Ellysha.

"Abang.." panggil Ellysha perlahan.

Aryan tidak menjawab malah dia masih lagi dengan muka bengis itu. Ellysha juga masih tidak dipandang seperti selalu. Aryan melangkah sedikit ke hadapan.

"Abang kenapa lama abang tak balik.. Ell risau tau tak. Abang tidur mana semalam? Rumah mama papa ke? Atau abang tidur office? Kenapa tak jawab call Ell? Ell risaukan abang.." belum habis Ellysha berkata-kata. Ayatnya terhenti apabila ternampak susuk seorang perempuan.

Perempuan yang amat dia kenal. Aulia ! Aulia masuk ke dalam rumah itu dengan penuh bergaya dan senyuman sinis. Lalu dia senyum halus pada Ellysha. Ellysha mula berkerut dahi. Aulia? Kenapa dia boleh ada dekat sini.. di.. dia dapat dengan Aryan ke? Bisik hati kecil Ellysha. Aryan dipandang.

Tetapi Aryan ingin melangkahkan naik ke atas ..

"Abang.. apa dia buat dekat sini?" Soal Ellysha pada Aryan tetapi nada cuba dikawal, dia masih berlembut .

Aryan masih melangkahkan kakinya.

"Abang.. Ell panggil ni.." kata Ellysha masih lembut

Tiada respon..

"Abang!" Suara Ellysha sedikit ditinggikan.

Aryan memberhentikan langkahnya. Dengan pandang maut dia memusing memandang Ellysha tanpa senyuman. Muka dia juga jelas marah dan seperti mahu menikam Ellysha. Ellysha cuba mengawal diri.

"Heh kau ni kenapa? Nak cari gaduh ke? Suka hati dia lah nak buat apa pun dekat sini? Ada masalah dengan kau ke? Rumah kau atau rumah aku? Dia nak datang sini , nak masuk dalam rumah ni macam rumah dia sendiri pun tak ada kena mengena dengan kau. Aku izinkan dia ! Kau tak ada hak nak soal apa dia buat dekat sini.." kata Aryan kasar.

Aulia senyum sinis. Dia memandang Ellysha dengan pandangan sinis. Padan muka kau bisik hati Aulia. Ellysha terasa sedikit, kerana Aryan marahnya depan orang tapi dia cuba bekukan muka.  Aulia dipandang sekilas sebelum dia kembali memandang Aryan.

"Aku nak tanya kau. Kenapa kau layan Aulia teruk? Dia kata kau lempang dia. Secara tiba-tiba. Kenapa? Apa dia buat kat kau? Dia belasah kau ke? Dia datang sebagai tetamu tapi kau layan dia bagai musuh? Aku dah lama bersabar dengan kau" ujar Aryan dengan nada naik turun.

Ellysha beranikan mata memandang wajah suaminya. Kenapa bila Aulia beritahu Ell lempang dia, abang percaya tapi bila Ell beritahu dia lempang Ell, abang langsung tak percya. Malah cakap dia baik lah apa lah bisik hati Ellysha tidak puas hati.

"Dia kata Ell lempang dia je ke? Dia tak cerita ke apa yang cakap pada Ell?" - Ellysha.

"Dia kata apa pada kau?! Yang dia beritahu, dia takdan nak buat apa-apa kau dah marah and maki dia sebab datang rumah ni . Hey! Sejak bila rumah aku jadi hak kau? Sejak bila rumah ni nama kau?! Kau sedar tak yang kau cuma menumpang? Dulu sampai sekarang sama, menumpang!" Balas Aryan kasar. Perkataan 'menumpang' ditekan.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now