Ellysha menutup matanya apabila ada cahaya terang yang membuat matanya sangat silau. Kelihatan ada seoeang perempuan yang berjubah putih mendekati Ellysha dengan lebih dekat.
Ellysha memandang ke arahnya, wajah itu tidak jelas, tetapi Ellysha cuba untuk melihat wajah itu. Apabila tubuh itu semakin dekat, Ellysha memandang wajah tersebut dengan cepat dan pantas. Alangkah terkejut apabila itu adalah.. ibunya, Emma!
"Ibu.." mula jatuh air mata Ellysha.
Ellysha memeluk tubuh ibunya dengan erat sekali.
"Elly dengan Erry rindukan ibu.. rindu sangat dengan ibu" menangis terdesak-desak Ellysha dibuatnya.
Jika dengan ibu, mereka akan biasakan diri Elly dan Erry tetapi dengan ayah mereka akan biasakan Ell dengan Rysha. Panggil agak berbeza. Panggil Elly dengan Erry tidak digunakan sejak ibu pergi.
"Ibu.. ayah pukul Elly dengan Erry!"
"Suh.. dah sayang. Jangan menangis okey. Ibu taknak tengok korang memangis macam ni, nanti ibu sedih sekali.." muka ibunya penuh dengan berseri-seri diwajah.
"Ibu nak pesan dekat korang.. walau apa pun yang terjadi. Jangan marah atau dendam dekat seseorang tu tau, maafkan mereka dengan ikhlas dari hati ni.." Emma menyentuh dada Ellysha bersama senyuman dibibir..
Ellysha terus lap air mata.
"Tapi ibu.. Elly sakit. Sakit sangat bila ayah pukul. Hati Elly pedih bila ayah lebih percayakan makcik Rashida.."
"Ye ibu tahu semua tu tapi ibu nak pesan. Jangan biadab dengan makcik Rashida tau, ibu tak suka. Apa yang dia buat, korang maafkanlah. Berdoa supaya semuanya akan terbongkar suatu hari nanti.. korang hanya perlu bersabar"
"Tapi.."
"Allah uji sayang sebab allah tahu sayang kuat.. sayang kena pukul sayang masih bertahan, sayang kena marah sayang bersabar, sayang dituduh macam-macam tapi sayang masih bersabar dan redha walaupun Elly masih lagi kecil. Jadi, sabarlah sampai semuanya terbongkar suatu hari nanti.."
"Tapi Elly tak boleh.."
Ibu hanya tersenyum sahaja..
"Elly rasa.. Elly macam tak boleh bersabar dah ibu. Setiap kali Elly dengan Erry kena pukul, kitorang sebut nama ibu tapi ibu tak ada.. ibu tak ada untuk tolong kitorang" Ellysha menangis lagi.
"Ibu minta maaf sayang.. ibu tak dapat nak jaga Elly buat selamanya.. ibu pergi tinggalkan korang masa korang masih kecil"
"Elly dengan Erry rindu ibu.."
"Ibu pun rindukan anak ibu.."
"Ayah dah tak sayang kitorang" air mara Ellysha makin laju turun membasahi pipi apabila teringat Qamal memukulnya.
"Shuhh.. jangan cakap macam tu, ayah sayang korang dia tak berniat pun nak pukul korang.."
"Tapi ayah langsung tak dengar apa yang kitorang nak terangkan dekat dia. Ayah lagi marahkan kitorang, dia lagi percayakan makcik Rashida daripada kitorang.." potong Ellysha.
"Berdoa sayang.. solat. Minta allah buka petunjuk dekat hati ayah supaya semuanya akan berakhir.. jangan benci ayah, dia tak berniat nak pukul korang.. dia ayah korang, ayah kansung. Berdoa juga supaya hati makcik Rashida lembut.."
"Tapi.."
"Jangan sedih. Korang kan dah ibu baru yang gantikan tempat ibu buat selamanya, kenapa nak sedih?" Emma senyum.
"Sebab dia jahattt.."
Emma senyum lagi
"Ayah pukul kitorang dengan rotan, ibu! Kitorang menangis tapi ayah tak peduli langsung! Kenapa derita je yang muncul dalam hidup Elly dengan Erry ibu? Mana kebahagiaan yang dulu?! Kebahagiaan hilang bila ibu pergi..." Ellysha lap banyak kali air mata tetapi air mata tidak habis-habis turun tanpa berhenti.
Emma tersenyum sendiri..
"Ibu sayang korang.. ibu kena pergi sayang.."
Ellysha memandang ibunya..
"Ibu nak pergi mana? Ibu nak tinggalkan kitorang lagi ke? Ibu jangan pergi.." Ellysha menangis lagi.
Emma berjalan ke hadapan cahaya tersebut, Ellysha yang ingin mengejar itu tiba-tiba terjatuh. Ibu dipanggil bersama tangisan yang sangat lebat, kenapa ibu tinggalkan kitorang! Bayangan itu semakin hilang daripada dan ibu hilang seperti di alam ghaib.
"Ibuuuu!!!"
Ellysha terjerit lalu dia terlompat bangun dari baring. Kiri kanan dipandang saling berganti, kemudian dia nampak pula Errysha yang tengah tidur disebelahnya. Matanya berair disapu dengan laju..
"Mimpi rupanya.."
Ellysha memandang adiknya apabila tubuh adiknya bergerak sedikit. Diwajah Errysha sudah berkerut dahi, air mata Errysha jatuh ditepi ekor mata. Tiba-tiba sahaja Errysha melonjak bangun sambil nafas yang naik turun.
"Rysha? Okey tak ni?" Soal Ellysha cemas.
"Aku.. aku mimpi ibu datang dekat aku, kak!" Beritahu Errysha, habis sahaja dia bersuara wajah kakaknya dipandang pula, tangan Ellysha disentuh
Ellysha hanya diam.
"Awal kau bangun, kau pergi tandas ke?" Soal Errysha kemudian terperasan sesuatu "Kau menangis juga ke kak?" Soal Errysha.
"Aku mimpi ibu datang dekat aku juga.."
Errysha terdiam mendengarnya, wajah sedih Ellysha dipandang sekejapa.. kemudian dia turun dari katil tersebut untuk ke tandas membasuh muka, kitorang sayang ibu!
__________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
RomanceBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...