Aryan pulang ke rumah apabila tertinggal dia dokumen kerja. Diluar pagar dipandang seketika. Kereta siapa tu? Tak pernah nampak pun. Parking depan rumah aku pulak tu? Hmm tumpang sementara kut bisik hati Aryan cuba berfikiran positif.
Sebaik sahaja kaki telah melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu terus ditutup semula. Kakinya melangkah naik tangga dengan perlahan. Leher terasa lengah, letih itu digosok. Baru dia sedar, tiada si isteri disisi terasa sangat sunyi. Tapi hatinya sedikit lega apabila tahu isterinya ada dirumah arwah Qamal. Tidaklah terlalu risau.
Aryan fikirkan lepas balik sahaja kerja. Dia ingin pergi melawat Ellysha di sana. Dia tidak fikir sangat tentang Ellysha tidak mahu pulang. Asalkan setiap hari dia dapat jenguk Ellysha pun jadi lah, dalam masa yang sama Aryan akan tunggu sehingga Ellysha pulang. Jangan dia pindah sana terus sudah. Meroyan aku !
Setiba sahaja badannya di hadapan pintu biliknya, tangan baru sahaja menolak pintu sedikit tapi tindakkannya terhenti apabila terdengar bunyi hanger dibilik sebelah. Ehh rumah aku ada hantu ke? Perompak ke? Siapa pula rajin mengemas ni? Mama kemas baju Ellysha ke? Aryan agak pelik.
Lantas dia melangkah ke bilik sebelah. Dalam bilik itu dipandang, alangkah terkejutnya dia apabila melihat susuk tubuh yang sangat dirindui. Ellysha ! Isterinya sudah pulang. Aryan rasa gembira, senyuman terukir tapi perasaan itu hilang apabila melihat gadis tersebut mengemas pakaian.
"Sayang.."
Ellysha terkejut akan teguran suara itu. Wajah Aryan dipandang menyampah. Dada gadis itu naik turun secara automatik, perasaan marah tiba-tiba hadir. Tapi dia cuba tidak melayan lelaki itu dan terus dia sambung mengemas.
Ingatkan jantan ni balik lambat. Tiba-tiba muncul, cuti ke atau tertinggal barang? hehh.. Tak jadi aku nak mengelak dari dia. Panas hati aku. Halangan betul. Tak pasal-pasal kena tengok muka yang tak serupa muka bisik Ellysha dalam hati
"Sayang.. sayang kemas-kemas ni nak pergi mana?" Kaki Aryan mendekati Ellysha, dia agak gelabah. Kerisauan.
Ellysha langsung tidak memandang Aryan malah kakinya berulang-alik dari katil dan wardrobe. Selesai sahaja ambil semua pakaian.. Ellysha mencabut satu-satu hanger yang ada pada pakaian. Nak pergi mana lagi, aku nak blah dari hidup kau lah bisiknya.
"Sayang.. tolong jangan tinggalkan abang. Abang tahu abang salah. Abang berdosa dengan sayang. Abang dayus. Tolong maafkan abang, please. Don't leave me alone, i need you" Aryan cuba memujuk Ellysha.
"Maafkan abang. Betul kata sayang, Sepatutnya abang tak patut marah sampai macam tu sekali sebab ini hal keluarga sayang. Abang minta maaf sayang.."
Ellysha hanya mengabaikan lelaki itu seperti Aryan seorang halimunan. Dia buat-buat macan Aryan tidak wujud disitu, malah tangan leka mengemas. Kalau melayan, lagi pedih.
"Sayang. Tolong... Abang merayu sangat-sangat. Jangan pergi. Abang tak boleh hidup tanpa sayang and anak kita. Please, sayang nak hukum abang, sayang hukumlah. Janji, sayang tak tinggalkan rumah ni.. tak tinggalkan abang" pujuk Aryan gelisah.
Melihat tindakan Ellysha yang tidak memperdulikan dia. Aryan terus menarik dan memegang tangan Ellysha secara spontan. Habis terhalang dan terjatuh baju yang dipegang. Gadis itu ditarik untuk menghadapnya. Membahang Ellysha dibuatnya.
"Don't touch me ! Are you not disgusted to touch me, Tuan Aryan? Itu yang kau pernah katakan pada aku, jijik" sindir Ellysha semula.
Biji mata Aryan ditikam.
"Abang tak maksudkan pun sayang.. please, forgive me.."
"Tak maksudkan konon. Kau cakap perkataan tu berulang kali, setiap detik kau ulang. Tak layu pun dari mulut kau bila kata aku macam tu.." celah Ellysha bengang, tangannya masih leka mengemas.
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
RomanceBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...