Aydan yang menurun tangga dengan pantas itu terus memperlahankan langkahnya apabila dia ternampak Ellysha sedang minum air sorang-sorang dekat dapur. Dia memandang sekeliling kawasan rumah itu, dia tidak nampak pun Errysha. Kemudian pandangannya kembali memandang Ellysha yang minum air sambil bermain telefon hadiah pemberian papa. Aydan tersenyum sendiri.
Kakinya pantas mendekati Ellysha. Aydan tidak rasa dahaga atau lapar pun tetapi dia saja nak tegur Ellysha yang keseorangan di dapur itu. Ellysha perasan akan kehadiran Ellysha hanya senyum.
"Hai, kakak ipar.." tegur Aydan senyum sendiri.
Terkejut Ellysha dengar kata-kata Aydan. Ellysha yang meneguk air itu hampir sahaja tersedak. Gelas itu dan telefon perlahan-lahan dia letak diatas meja tersebut, dia batuk sedikit apabila ada separuh air telah masuk ke dalam tengkaknya. Dia memandang Aydan, kelihatan diwajah Aydan turut terkejut.
"Kak Qai.. okey tak?" Soal Aydan panik
"Okey.. okey. Tapi apa yang Aydan cakap tadi? Kak Qai nak kepastian.." beritahu Ellysha dan dia memandang Aydan sambil memasang telinga, kening sebelahnya diangkat.
"Tak ada apa lah kak.." Aydan sengih malu.
"Yelah tu tak ada apa-apa. Jangan nak menipu. Kenapa Aydan panggil Kak Qai kakak ipar hah? Dah terpikat dengan Qisya ke macam mana sekarang ni?" Ellysha senyum sambil berpeluk tubuh.
Aydan hanya tersenyum sendiri. Jari telunjuknya tak habis-habis diputarkan diatas meja tersebut. Ellysha macam nak gelak je lihat reaksi wajah Aydan yang menahan malu. Nampak sangat suka dekat Errysha tapi Errysha tahu ke yang Aydan suka dia? bisik hati Ellysha sendiri.
"Malu-malu pula dia.." usik Ellysha senyum.
"Kak Qai tolong Aydan boleh?" Rayu Aydan
"Usaha sendiri.." - Ellysha selamba
Habis sahaja Ellysha bersuara, mereka terdengar suara menegur dari pintu masuk dapur. Serentak muka mereka memandang ke arah wanita tersebut. Aydan memandang perempuan itu dengan Ellysha saling berganti.
"Kak.. sembang apa? Usaha sendiri apa kak?" Soal Errysha tidak mengerti situasi itu. Dia memandang Ellysha dan Aydan saling berganti, skandal ke?
Aydan yang duduk bagaikan sotong itu mula menegakkan badannya dan memperbetulkan pakaiannya. Tangan menyapu baju dibahagian bahu sedikit kemudian dia belagak seperti wajah orang biasa. Ellysha hanya memandang dengan tenang.
"Tanyalah Aydan.." jawab Ellysha ringkas.
Errysha memandang ke arah Aydan dengan pandangan yang pelik. Kenapa muka Aydan kali ini macam lain sedikit, muka dia macam lelaki sengaja nak berlagak sado padahal apa pun takda. Errysha malas nak tanya.
"Sorry tercuri dengar korang sembang.." - Errysha
"Bila masa kau pandai bersorry-sorry bagai? Kau dah insaf eh asyik melawan cakap aku? Huh? Kesian kau.. dah taknak melawan cakap aku ke? Hah? Hah? Selalunya tak ada pula kau nak sorry-sorry bagai.." usik Ellysha sambil mencucuk-cucuk pinggang Errysha.
Errysha menepis dengan lembut.
"Ish! Akak ni.. lempang sat lagi" ugut Errysha.
Habis sahaja kata-kata Errysha. Mereka memandang ke arah suara yang agak garau menegur mereka, lelaki itu memandang ke arah Aydan, Ellysha dan Errysha saling berganti. Di muka Ellysha sudah timbul wajah yang meluat.
Aryan menjeling Ellysha tetapi yang pelik bagi Ellysha sekarang ni kenapa kali ini Aryan pakai baju ketat yang agak fit? Kenapa dengan Aryan ni? Selama ni tak ada pula dia pakai baju sampai nampak bentuk badan macam tu sekali, ketat gila. Seluar pun paras lutut sahaja. Ni mesti tak puas hati lagi pasal petang tadi, kau fikir aku peduli? Bisik hati Ellysha

ANDA SEDANG MEMBACA
Beautiful Suffering
RomanceBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...