🍁 - Bab 28

3.2K 103 2
                                    

Qamal keluar dari tandas didalam biliknya. Dia ingin menuju ke arah katil tapi langkahnya terhenti apabila ternampak pakaian-pakaian dia masih lagi tidak diletakkan di dalam almari. Qamal memandang ke arah pintu, mana Rashida ni? Lipat tapi tak simpan.

Qamal mengambil pakaian tersebut untuk letak dalam almari, kalau tak letak nanti takkanlah dia nak tidur atas pakaian pula kan? Kalau pakaian tu berselerak, orang akan nampak dia tak pembersih.

Lalu Qamal membuka almari tersebut, baju yang banyak ingin diletakkan di dalam almari tersebut. Kerana terlalu banyak baju, tangannya bagaikan tersangkut dibahagian bawah baju tersebut. Qamal menahan pakaian itu daripada terjatuh dan dia menarik tangannya perlahan-lahan supaya baju tidak jatuh.

Selepas tangannya dapat dikeluarkan, ada satu buku terjatuh bersama tangannya tadi. Pakaian itu dilihat dan diperbetulkan dulu. Barulah Qamal memandang ke arah buku yang jatuh itu. Wajahnya kelihatan pelik, buku apa ni?

"Siapa punya buku ni? Rashida?"

Qamal mengambil buku tersebut dan dia berjalan ke arah katilnya. Dia melabuhkan punggungnya sebelum membuka buku tersebut. Dia membelek setiap muka surat buku itu. Kosong?

"Tak ada apa-apa pun buku ni? Nampak macam baru sebab tak berisi. Syafiq punya ke? Kenapa dia nak kena letak dalam bilik aku?" Soal Qamal sendiri.

Qamal membuka muka surat yang terakhir. Kelihatan ada sekeping kertas jatuh dikakinya, perlahan-lahan dia memgambil kertas tersebut. Dia memandang kertas itu terus muncul wajah yang agak terkejut. Ni gambar dia bersama Emma dan anaknya, Ellysha dan Errysha!

Qamal mula teringat akan anaknya itu. Macam manalah hidup mereka dekat luar sana? Qamal meletakkan buku itu dan dia memegang gambar tersebut dengan kedua-dua tangannya. Air mata mula jatuh setitik.

"Emma. Abang rindu Emma" luah Qamal.

Semasa memandang gambar itu dengan lama, tiba-tiba dia teringat dengan kata-kata arwah Emma. Dia mengangkat kepala sedikit demi sedikit.

Abang.. walau apa yang berlaku sekali pun abang jagalah anak-anak kita dengan baik. Jangan terlalu sakitkan hati diorang disebabkan salah kecil, Emma minta sangat abang tolong jaga anak-anak kita sebab Emma dah tak mampu nak bertahan. Tolong abang, jaga diorang sampai diorang besar demi Emma. Abang janji tau..

Abang janji.. Emma, tolong jangan tinggal kami..

Air mata jatuh lagi, kata-kata Emma membuatkan dia mengalir air mata. Dia gagal jaga anaknya sendiri dan dia membuat keputusan terburu-buru sampai halau anak sendiri. Dia sayangkan anaknya tetapi dia tidak tahu apa yang menguasai dirinya dulu.

"Ya allah Qamal! Mana pergi janji kau yang kau akan jaga anak-anak kau.. ya allah.. Kenapa.. kenapa 10 tahun baru kau nak teringat dengan isteri dan anak-anak kau? Kenapa kau nak ingat diorang selepas tengok gambar kau bersama diorang dulu?! Kenapa selepas sepuluh tahun, Qamal!" Qamal seperti mempersalahkan diri sendiri.

Qamal memegang dan pandang gambar itu tanpa dilepaskan walaupun sedikit. Baru dia teringat ini buku dia masa dia dengan keluarga dia tengah pergi ke pantai, dan ini adalah buku dia sendiri, dah lama tidak terusik buku itu tetapi pelik kerana tiada habuk pun. Mesti Rashida ada ambil buku itu sebab itulah buku itu tiada habuk.

"Emma. Maafkan abang Emma, abang gagal jadi ayah yang baik. Abang pukul anak kita disebabkan salah yang kecil, abang halau diorang sebab diorang bunuh ummi, tanpa usul siasat. Maafkan abang!"

Qamal meletakkan gambar itu didadanya beberapa saat. Kemudian dia memandang ke arah gambar itu semula, dia mula terfikir yang dia nak cari anak-anak dia sebelum ajal menjemputnya. Qamal rindukan mereka, dia dah buat silap besar.

Qamal bangun dan simpan gambar tersebut di dalam beg dia. Kemudian dia lap air matanya yang membasahi pipi, selepas itu dia keluar mencari Syafiq. Dia nampak Syafiq tengah menonton televisyen.

"Syafiq.." panggil Qamal perlahan.

Syafiq yang mendengar itu memandang ke arah suara iti. Kelihatan Qamal yang memanggil dia, Qamal seperti membuat isyarat supaya ikut dia. Syafiq hanya bangun perlahan-lahan dan membiarkan Rashida sorang-sorang.

Qamal menuju ke arah kerusi yang ada diluar rumah itu. Dia duduk disitu dan dia memandang Syafiq yang baru sahaja muncul itu, Syafiq juga turut duduk bersamanya.

"Kenapa Ayah?" Syafiq pelik.

"Syafiq tak tidur lagi ke bukan esok nak kerja?"

"Tak mengantuk lagi. Kenapa ayah panggil Syafiq ni? Takkanlah nak berbual malam-malam buta kut lepastu kenapa nak sembang dekat luar?" Soal Syafiq pelik sedikit, dia memandang sekeliling rumah itu.

"Fiq, ayah nak cakap sikit ni.." - Qamal

"Cakap jelah.."

"Ayah tahu yang Syafiq akan pelik dan terkejut dengan apa yang ayah nak cakap dengan syafiq tapi ayah nak cakap juga.. Ayah.. ayah rasa ayah nak ca..cari anak-anak ayah, Ellysha dengan Errysha" beritahu Qamal dengan suara yang perlahan.

Syafiq yang memandang tempat lain tu, pandang Qamal dengan pantas. Tidak percaya apa yang Qamal katakan.. takkanlah selepas 10 tahun baru nak cari diorang? Kan..

"Ayah.. Syafiq sebenarnya nak cari diorang juga tapi.. tapi Syafiq tak beritahu ayah sebab.. takut ayah marah. Tengok-tengok ayah pun nak cari diorang, Alhamdullilah ayah dah tak marah diorang.." Syafiq senyum

"Ayah tahu ayah salah dengan diorang. Ayah marah sangat sampai ayah halau diorang. Ayah kesian dengan anak-anak ayah sendiri. Ayah terlalu berdosa dengan diorang.. ayah.. ayah nak minta maaf dengan diorang" beritahu Qamal dengan nada yang sedih.

"Syafiq pun banyak dosa dengan diorang. Syafiq nak minta maaf dengan diorang, Syafiq rindu nak gaduh dengan Ellysha dan Errysha tapi.. tapi ayah rasa diorang ingatkan kita lagi ke tidak?" Soal Syafiq pula.

"Ayah taktahu. Syafiq tolong ayah cari diorang eh? Kita cari diorang sama-sama. Kita minta maaf dengan diorang sama-sama tau.."

"Ayah.. kita taktahu yang diorang masih ada dekat sini atau tidak.. Syafiq tak boleh janji yang Syafiq akan cari diorang" beritahu Syafiq perlahan.

"Apa maksud Fiq?"

Syafiq mengeluh

"Maksud Syafiq, kita taktahu yang diorang masih hidup atau tidak. Ayah sendiri tahukan ayah halau diorang tanpa beri diorang apa-apa pun, duit tak bagi juga. Ayah rasa diorang hidup lagi ke dekat muka bumi ni?" Soal Syafiq sambil memandang Qamal. "Tanpa makanan, pakaian dua tiga helai.. hidup ke diorang?"

Qamal mendiamkan diri seketika

"Syafiq nak masuk tidur dululah ayah. Nanti kita bincang lain, ayah berdoalah supaya dapat juga diorang dalam keadaan yang selamatkan dan kita berdoalah sama-sama supaya diorang dapat maafkan kita" kata Syafiq dia bangun dari duduk.

"Err Syafiq.. esok Fiq naik dengan ayah atau pergi kerja sendiri?" Soal Qamal.

"Fiq rasa Fiq pergi sendiri kut.." Syafiq senyum dan dia berlalu dari situ, dia nak sangat jumpa dengan Ellysha dan Errysha untuk minta maaf tetapi macam mana dia nak cari diorang.

Syafiq dipandang sehingga bayangnya hilang. Qamal mengeluh sedikit. Dia cuba menahan air mata yang ingin nak jatuh.

Maafkan ayah, ayah tahu ayah salah layan anak-anak ayah, ayah halau korang. Ayah pukul korang teruk sampai lebam dan luka, ada berdosa dengan korang. Ya allah kau ketemukanlah aku dengan anak-anak aku bisik hati Qamal sambil berdoa.
















_________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now