Ellysha berjalan ke arah dapur. Terasa haus ditekak. Di luar ada pelbagai jenis air tetapi dia tidak berminat dengan air manis. Gelas terus dicapai lalu menuju ke arah coway. Gelas tersebut mula di isi air putih.
Sebaik sahaja air penuh, terus dia meneguk air . Memang sangat penat hari ni. Hari ni juga la dia digelar isteri kepala lelaki bernama Syed Aryan Mikael. Gelas dilepaskan dari mulut. Ellysha mengeluh berat. Apa yang akan berlaku selepas ini? Macam mana hubungan mereka nanti.
Tengah-tengah termenung. Ellysha sedikit terperanjat dengan suara yang tiba-tiba muncul tetapi tidak terkejut dengan teguran seseorang secara tiba-tiba itu. Dia kenal suara tu, tapi Ellysha cuba berlagak tenang dan buat seperti tidak berlaku apa apa. Dia menoleh ke arah belakang.
"Selama 10 tahun .. dekat sini kau menyorok rupanya"
Rashida memandang satu kawasan rumah mewah tersebut. Mewah sangat. Lalu kembali memandang wajah Ellysha dan bersuara. Bagaimana boleh ada dengan keluar mewah begini? Keluarga kawan kepada anak aku dan boss suami aku pulak tu.
"Berapa banyak duit yang kau dah kikis?"
Ellysha berpura-pura mengerut dahinya. Menghadiahkan muka pelik dan terkejut sambil memandang wajah Rashida, dalam nada kebencian. Rashida nampak betul muka tidak puas hati dan masih seperti dulu.
"Apa maksud makcik menyorok?" Ellysha berpura-pura tidak kenal wanita 50-an itu, dia bukan apa.. malas betul nak bertengkar. Lagipun dia taknak orang nampak.
"Kau tak payah pura-pura tak kenal la"
"Ehh mestilah saya kenal . Makcik mak Syafiq dengan Sophia kan. Kita pernah jumpa dekat hospital dulu. Syafiq sakit masa tu" jawab Ellysha berpura-pura ceria.
Rashida sakit hati dengan Ellysha yang berpura-pura tidak kenal dan benci dia melihat senyuman sinis itu. Hatinya panas dan rasa pedih. Mahu sahaja dia belasah budak itu seperti mana dia pernah buat sebelum ni.
"Kau tak payah pura-pura la, benci aku tengok. Semuanya dah jelas bila laki kau akad nikah tadi. Aku kenal kau siapa! Qaira konon . Pergi mampus la!" Kasar suara Rashida.
"Ehh.. bukan orang ni ke yang makcik nak jadikan menantu tu? Kenapa layan saya kasar pula? Oh lupa. Orang talam 2 muka kan memang macam tu. Tak apa makcik saya faham" perli Ellysha dengan senyuman sinis . Kalau dah kenal, buat apa nak pura-pura lagi.. buang masa dan buang tenaga dia je nak melayan perempuan macam ni.
"Kalau aku tahu kau Ellysha anak Qamal, aku pun tak ingin kau jadi menantu aku la . Kau jangan ingat kau dah duduk rumah orang kaya kau akan bahagia. Jangan mimpi. Laki kau tak akan selama lamanya dengan kau. Kau tu pembawa malang, korang akan berpisah. Kau dengan adik kau tak layak bahagia. Aku memang benci betul tengok muka kau. Aku bahagia bila kau menderita, aku suka tengok kau menangis terseksa. Tak lupa juga, aku doakan kau berpisah dengan laki kau suatu hari nanti" sumpah Rashida.
Berpisah? Memang diorang akan berpisah. Itu yang dikata katakan Ellysha selama ni. Dia tak layak untuk Aryan. Aryan terlalu bencikan dirinya. Macam mana nak bahagia kalau ada kebencian dalam sesuatu hubungan bisik Hati Ellysha sayu.
"Kau jangan ingat kami akan terima kau dalam keluar kami . Bapak kau pun dah buang kau. Dia dah haramkan kau balik dekat rumah tu. Jangan sesekali kau tunjuk muka depan kami. Lagipun bapak kau tu tak sayangkan kau, dia sayang aku . Bukti dia? Dia sanggup halau korang. Dan itu adalah niat aku. Dia lebih percayakan aku daripada korang"
Ellysha hanya berwajah tenang . Gelas yang dipegang diletakkan di dalam singki. Tak apa la.. nanti Mak Som tolong basuhkan. Ellysha kembali memandang Rashida dengan senyuman mengejek.
"Walaupun dah 10 tahun berlalu makcik. 10 tahun bukan jangka masa yang pendek. Makcik tetap tak berubah. Perangai masih ada hasrat dengki dalam diri makcik tu. Dulu sampai sekarang saya tertanya-tanya, apa salah kitorang dekat makcik? Terpaling tertanya-tanyalah.. iblis apa yang dah hasut makcik ni?" Lepas Ellysha. Sudah lama dia simpan. Tak ada maknanya dia nak cakap berlapis. Tak layak langsung untuk perempuan macam ni.
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
Storie d'amoreBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...