Aryan turun tangan dan mendekati meja makan. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya. Penutup salji dibuka. Yang membuatkan Aryan terkejut, tiada makanan langsung di atas meja.
Aryan memusingkan badan memandang kiri kanan depan belakang untuk mencari susuk tubuh Ellysha tetapi gadis itu langsung tidak kelihatan . Penutup salji baling dengan kasar di atas meja. Badan disandar pada kerusi. Nafas naik turun.
"Kau tak masak ehh.." kata Aryan sendiri menahan geram, marah dan bengang. Belakang leher digosok. "Kau memang nak kena lah.."
"Ellysha!" Jerit Aryan kuat.
Masih sunyi..
"Weh Ellysha! Pekak dah ke?!", Tengking Aryan sambil memandang ke arah tangga.
Tiada respon. Lantas lelaki itu bangun dan menaiki tangga dengan laju sambil menjerit-jerit nama Ellysha. Tetapi Ellysha tidak langsung menyahut panggilan si suami. Itu yang menaikkan kemarahan Aryan . Sebaik sahaja tiba dimuka pintu bilik Ellysha.
Pintu itu ditendang dengan kuat. Dia bukan marah sangat pasal makan, dia marah sebab Ellysha tidak menyahut panggilan dia. Apabila pintu itu dihentak dan menghasilkan bunyi kuat. Telah mengejutkan Ellysha yang terbaring di atas katil.
Aryan jalan dan berhenti di tepi katil dan Ellysha yang nyenyap tidur tadi. Tapi Ellysha sudah pun terjaga dengan badannya yang lemah. Siapa je tak terjaga kalau ada orang tendang pintu sampai nak tercabut. Boleh dapat heart attack kut.
Dengan perlahan-lahan Ellysha bangun dan duduk di atas katil sambil memegang kepala. Suaminya langsung tidak dipandang.
"Kau pekak ke aku panggil kau banyak kali?! Hah?!! Biadab betul kau dengan aku!"
"Ell minta maaf.. Ell kurang sihatlah abang" kata Ellysha dengan lemah. Matanya pun buka tak buka sahaja seperti orang mengantuk dipaksa bangun.
"Aku kisah apa kau sihat ke tak?! Aku tak peduli langsung. Kenapa kau tak siapkan sarapan aku? Kau nak lepas tanggungjawab macam tu je? Dah malas nak sediakan makan untuk suami kau?! Kau jangan nak naik lemak. Dah hidup senang.. nak curi tulang pula" Soal Aryan kasar.
"Kalau Ell buat breakfast pun, bukan abang makan. Membazir je . Tapi hari ni Ell betul-betul kurang sihat. Ell tak sihat badan. Pening kepala" balas Ellysha lemah.
"Kau saja kan nak lepas tangan. Kau malas nak siapkan sarapan aku kau beritahu je lah. Tak payahlah nak bagi alasan sakit lah apa lah. Aku tahu lah kau berlakon sakit.. perempuan macam kau mana boleh percaya. Kalau aku percaya, makin kau pijak kepala aku! Lepastu aku nampak macam orang bodoh sebab percaya kata-kata dusta kau" kata Aryan selamba dengan nada yang kasar.
Ellysha tidak menjawab. Dia rasa sedih dan kecewa.
"Aku panas betul lah semalam. Kau sesuka hati kau je nak keluar rumah tak minta izin aku kan? Ehhh tapi tak peliklah. Orang macam kau mana takut dosa.. siap keluar dengan jantan lain lagi, itu baru nampak Syafiq , entah-entah dengan Harris pun kau pernah keluar" fitnah Aryan kasar dalam nada sindir dan dia senyum sinis.
Ellysha malas nak melayan. Penat.
"Enough, abang. I'm not okay. I'm sick and I'm too lazy to fight. Kalau abang rasa nak marah Ell, hari lain, please. Let me rest first.." rayu Ellysha perlahan.
"Kau marah? Mestilah marahkan sebab aku kata semuanya betul-betul belaka. Kau boleh cermin diri tak? Hah? Rumah ni banyak cermin. Cermin diri kau. Kau masih isteri aku dan kau nothing. Jangan nak buat macam princess dalam rumah ni. Aku nak kau siapkan sarapan aku!" - Aryan.
"Ell kata Ell malas bertengkar.. please"
Aryan kancing gigi tahan bengang.
"Kau bangun ! Siapkan sarapan aku sekarang. Bangun" arah Aryan tegas..
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
RomanceBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...