Ellysha memandang Syafiq yang terbaring diatas katil hospital itu dengan muka yang penuh kesedihan. Kenapa kau susah sangat nak maafkan diorang Ell? Kau tengok Ell, disebabkan kau Syafiq dah jadi macam ni. Apa susah kau nak maafkan diorang? Ni pun kau keliru dengan diri kau, nak maafkan Syafiq atau tak.. kau nak tunggu dia mati dulu baru kau nak maafkan ke? Bisik hati Ellysha sendiri.
Ellysha serabut dengan fikirannya dia. Dia memegang kepalanya yang terasa berputar-putar. Dia susah nak maafkan Syafiq dan Rashida termasuklah ayahnya sendiri. Ellysha kembali memandang Syafiq yang tangan dan kepalanya berbalut. Nasik baik hanya luka biasa sahaja dan nasib baik tangan Syafiq tidak patah.
Beberapa jam duduk disitu, Syafiq mula membuka matanya perlahan-lahan. Kawasan itu dipandang dengan pandangan yang agak kabur. Syafiq kelipkan matanya sedikit untuk melihat dengan lebih jelas. Ini bukan bilik aku ni bisik hati Syafiq.
Syafiq ingin gerakkan tangan kirinya tetapi terasa sakit. Dia tahan tangan itu menggunakan tangan kanan yang tidak sakit, tiba-tiba dia ternampak seseorang wanita yang duduk dikerusi sebelah katil tersebut. Siapa? Syafiq mula nak ingat semula apa yang berlaku sambil memanggil wanita tersebut.
"Excuse me?"
Ellysha dengar suara itu agak terkejut terus dia mengangkat kepala memandang Syafiq yang tengah memandangnya. Syafiq nampak sahaja muka itu terus membulatkan matanya.
"Ell?" - Syafiq
"Fiq.. Fiq kau okey tak? Kau nak aku panggil nurse ke doktor? Kau sakit ke, Fiq?" Bertubi-tubi soalan daripada Ellysha, kelihatan penuh dengan wajah risau.
"Tak.. abang okey je.. Ell. Abang minta sangat Ell tolong maafkan abang. Abang memang tak ada niat nak buli Ell dengan Rysha dulu tapi abang terlalu itu kata mak sampai Ell dihalau dari rumah. Abang memang taktahu yang mak buat macam tu sekali, ya.. ya abang tahu niat mak nak ayah halau Ell dengan Rysha tapi abang memang tak sangka yang mak buat betul-betul. Maafkan abang.." rayu Syafiq dengan mata yang mula berkaca.
Ellysha dia seketika..
"Abang minta maaf Ell.."
"Okey.. aku boleh maafkan kau tapi aku tak boleh maafkan mak kau dengan ayah aku sendiri.. disebabkan aku dah maafkan kau, kita kawan" Ellysha senyum sedikit.
"Ell.. abang tak kisah Ell tak boleh maafkan mak abang tapi ayah tu kan.." belum habis Syafiq bersuara, Ellysha potong dengan pantas.
"Kau nak kawan dengan aku ke tak?"
"Okey.. okey.. abang minta maaf. Betul ni Ell maafkan abang? Abang nak berbaik dengan Ell macam orang biasa.. maafkan abang" pujuk Syafiq lagi.
"Lagi sekali kau minta maaf dengan aku. Aku takkan maafkan kau, ni pun aku maafkan kau sebab aku, kau jadi macam ni. Kalau kau tak beritahu diri kau siapa dekat aku dulu, mesti aku takkan larikan diri dan kau tak takkan jadi macam ni.."
"Tapi kalau diam sekali pun.. semua rahsia akan terbongkar juga kan.. baik abang beritahu Ell dari awal lagi. Kalau Ell yang tahu sendiri mesti lagi teruk yang akan jadi" balas Syafiq perlahan.
Ellysha diam. Dia terfikir yang dia dah tipu Amar sekeluarga tentang kisah hidup mereka. Dia tipu yang dia tak ada keluarga langsung, macam mana kalau semua ni terbongkar. Apa patut dia buat, tambah lagi orang yang dia tipu adalah orang yang berada.
"Ell.. Ell okey tak ni?" Soal Syafiq risau.
"Huh? Okey.." Ellysha senyum palsu
"Kenapa abang nampak Ell macam fikir sesuatu je? Ell ceritalah dekat abang. Mana tahu abang boleh tolongkan?" Soal Syafiq dengan senyuman yang ikhlas.
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
RomantikBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...