"Ellysha!" Jerit Aryan..
Ellysha berlari anak apabila namanya di jerit jerit dari tingkat atas. Dia menaiki tangga dengan berhati-hati. Pintu bilik itu dibuka dan dia berdiri dihadapan pintu sambil memandang ke arah Aryan.
Aryan masih tidak berbaju. Terselah dada bidang dan roti lelaki itu . Walaupun hari cuti, dia taktahu ke mana Aryan mahu pergi.
"Kenapa abang?" Soal Ellysha gelabah.
"Mana baju aku? Kau iron dah ke belum? " Soal Aryan kasar.
"Dah abang.. Ell ada sangkut dekat bilik sebelah.." beritahu Ellysha perlahan .
"Abang nak pergi mana? Ada kerja ke hari ni?" Soal Ellysha lembut.
Aryan tidak membalas. Malah kakinya melangkah ke arah pintu. Bahu Ellysha dilanggar kasar sebelum dia tiba dibilik sebelah. Ellysha memegang bahunya. Sabar Ellysha, sabar, kau kena ingat status kau sebagai isteri. Selagi mampu bertahan kau tahan bisik hati Ellysha .
Bagaikan bercakap dengan tiang lampu. Selalunya Aryan akan beritahu ke mana dia pergi. Tapi sekarang hampeh.
Tiba-tiba !
"Nur Ellysha Qaisara!" Jerit Aryan dari bilik sebelah.
Terlonjat bahu Ellysha akibat terkejut. Dia terus berjalan ke bilik sebelah tanpa berfikir panjang. Dah kenapa pula kali ni.. kerja nak menjerit je bila panggil orang, tak reti panggil elok-elok ke? bebel Ellysha dalam hati.
Setiba sahaja di dalam bilik itu, matanya sedikit membulat melihat baju yang di iron tadi. Aryan mengangkat baju itu dan dia menunjukkan satu lubang yang dikelilingi warna hitam.
Ha..hangus? Muka Aryan jelas menahan marah.
Kepala Ellysha digeleng. Dia blur.
"Tak abang.. ta..tadi Ell iron okay je.."
"Okay je tadi? Habis tu kau nak kata baju ni hangus sendiri?! Terbakar sendiri, macam tu ke?! Ada hantu dalam rumah ni?!" Marah Aryan tegas.
Ellysha menahan perasaan. Bukan ada hantu tapi ada setan! Kata-kata yang ditujukan pada Aulia.
"Abang.. bukan Ell yang buat.."
"Cakap dengan kau pun tak guna juga ! Hati aku juga yang pedih nanti. Perempuan macam kau bukannya mampu bayar pun ! Menyusahkan orang lagi ada lah.. kau ni, hidup pembawa malang. Kau sedar tak diri kau tu, orang miskin?!" Ejek Aryan tanpa memperdulikan perasan isteri sendiri .
"Baju aku ni mahal tahu tak?! Berjenama, ada brand! Beratus aku beli, macam tu je kau bakarkan dia? Hah? Apa? Kau nak kata iron tu rosak pulak? Iron tu pun aku beli mahal. Kau ikutkan dengan gaya kau, kau langsung tak mampu!" Perli Aryan.
Tangan Aryan mencapai t-shirt di dalam almari. Apa yang dia sentuh dulu, itu lah dia ambil.
"Abang.." suara Ellysha lemah..
"Kau tunggu apa lagi?! Blah ah. Pergi siapkan sarapan aku! Tak nampak ke aku nak keluar?! Nak jadi isteri derhaka pula?! Kau tengok tapak kaki aku ni, ini syurga kau tahu?!" Ujar Aryan dengar kasar.
Ellysha tidak banyak menjawab. Hati dia betul-betul terluka . Tidak pernah dia jangka hidupnya akan jadi begini. Kakinya terus melangkah keluar dari bilik dengan perlahan-lahan dan dalam keadaan lemah dia menuruni anak tangga terus berjalan ke arah dapur.
Dari tadi sebenarya dia sudah sediakan sarapan atas meja makan , hanya tunggu kehadiran Aryan sahaja. Bila lelaki itu panggil. Dimarah pula dia dibuatnya. Semasa dia ingin meletakkan sudu di atas meja. Dia nampak Aulia mendekati.
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
RomanceBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...