Ellysha dan Errysha dari tadi tidak berhenti menangis. Mereka tertanya-tanya kepada diri sendiri dan tertanya satu sama lain. Mengapa hidup mereka menjadi lebih teruk dari sebelum ni, kalau ibu ada.. mesti semua ni tak akan berlaku.
Ellysha dan Errysha memandang sekeliling kawasan jalan raya tersebut, mereka saling memegang tangan masing-masing. Mereka malu untuk berdepan semua orang, memang sangat malu.
Disebabkan malu untuk berdepan semua orang, mereka pergi menggunakan jalan yang sunyi, lorong dibelakang bandar itu. Kawasan yang gelap dan bersepah dengan sampah itu membuatkan mereka agak takut tetapi mereka cuba untuk memberanikan diri dengan saling memegang tangan.
Separuh berjalan, mereka ternampak beberapa orang lelaki yang bersama motor masing-masing sedang lepak dikawasan itu. Melihat lelaki yang bagaikan orang jahat itu telah menambahkan lagi takut mereka tetapi mereka cuba mengabaikan golongan lelaki yang berjumlah empat orang tersebut tanpa memandang mereka.
Salah seorang daripada mereka ternampak Ellysha dan Errysha berjalan tidak jauh dari mereka, terus salah seorang dari mereka menepuk kawan-kawan mereka yang lain supaya memandang ke arah Ellysha dan Errysha.
Ellysha dan Errysha yang berjalan itu, tahu yang golongan lelaki yang bagaikan tidak berpelajaran itu sedang memandang mereka, walaupun Ellysha dan Errysha tidak pandang ke arah mereka. Ellysha dan Errysha dapat tahu mereka sedang memandang Ellysha dan Errysha kerana suara yang bersembang rancak tadi terus bertukar kepada sunyi sepi.
Ellysha dan Errysha hanya mengabaikan sahaja, kemudian cuba melajukan langkah mereka dengan cepat. Mereka taknak lari kerana mereka sudah tiada tenaga untuk berjalan, makan dengan minum pun belum.
"Bro, kau rasa diorang boleh jadi makan malam kita tak?" Soal salah soalan daripada mereka sambil memegang dagunya, seperti berfikir.
"Budak.. kau gila ke?" Balas seorang lagi.
"Budak pun boleh memuaskan dan kalau kita bunuh diorang, organ dalam badan diorang boleh jual, budak tubuh kuat.. dapat untung bro" jawabnya dengan penuh senyuman.
Kawan dia yang lain hanya bersetuju.
Ellysha dan Errysha yang cuba mencepatkan langkah mereka tetapi mata mereka terus berubah dan badan mereka terlonjat sedikit apabila mereka dapat rasakan ada seseorang sedang menyentuh tubuh mereka. Pantas Ellysha dan Errysha menoleh kebelakang.
Alangkah terkejut melihat dua orang daripada empat orang lelaki dewasa tadi berada dibelakang mereka. Baru sahaja mereka ingin lari, tubuh mereka terlanggar dua orang lelaki lagi. Mereka bagaikan ditepung oleh empat-empat lelaki tersebut.
Errysha dan mula memeluk kakaknya. Ellysha memandang ke arah muka lelaki-lelaki itu. Memang jelas ada senyuman jahat dibibir mereka, Ellysha sudah mula cuak.
"Hai, budak.. buat apa dekat kawasan gelap sunyi ni? Tak takut ke jadi apa-apa?" Soalnya lembut sambil ketawa sedikit.
Menyesal mereka ikut jalan belakang.
"Beg ni nak pergi mana? Kena halau ke? Nak ikut abang balik tak? Abang boleh jaga adik-adik yang comel ni.." katanya ingin menyentuh pipi Ellysha tetapi ditepis kasar.
Takkan lah dengan budak 12 dengan 10 tahun pun diorang nak buat benda tak senonok ke.. diorang nak culik aku dengan Rysha lepastu nak bunuh kitorang? Bisik hati Ellysha mula takut.
"Laa kenapa nampak takut? Abang tak buat apa-apa pun.."
"Saya nak balik.." kata Ellysha perlahan.
"Nak balik mana? Rumah adik dekat mana? Meh abang tolong hantarkan nak tak? Naik motor dengan abang.. nak?" Soalnya sambil senyum.
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
RomanceBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...