Syafiq yang sudah boleh pulang dari hospital itu hanya duduk diluar untuk mengambil udara segar. Kakinya masih sakit akibat bengkak tetapi boleh berjalan lagi. Dia sedang berfikir sesuatu yang dari dulu sehingga sekarang dia berfikir.
"Kenapa mak tak bagi Syafiq beritahu ayah yang Syafiq dah jumpa Ellysha dan Errysha? Sampaikan mak sanggup tak mengaku yang Syafiq anak dan haramkan susu badan mak untuk Syafiq bila Syafiq beritahu ayah? Apa salah diorang mak.. apa salah Syafiq sampai mak buat macam tu sekali?" Kepala Syafiq sedikit menunduk tanpa sedar air matanya mula mengalir.
"Ellysha cantik sekarang mak.. kalau bukan sebab Tan Sri Amar mesti dia dengan Rysha tak akan ada dekat sini lagi.. dekat dunia ni" luah hati Syafiq lagi, air matanya yang turun itu disapu dengan tangan. "Ayah rindukan anak dia..." Sambung Syafiq.
Tiba-tiba Syafiq terdengar suara tapak kaki mendekatinya, cepat-cepat dia menyapu air mata itu dari mengalir dan dia cuba untuk bersenyum. Beberapa saat kemudian, Rashida muncul ditepinya dengan segelas air.
Syafiq hanya bersenyum, Rashida sayang akan Syafiq dan Sophia tetapi dia tidak sukakan Ellysha dan Errysha, itu yang sanggup berkata demikian, tak mengaku anak, haramkan susu badan macam-macam lah.. tetapi persoalan diantara kami semua, kenapa mak bencikan diorang malah mak langsung tak kenal diorang dan tiada langsung kisah silam mak dengan mama diorang.
"Fiq.. fikir apa tu?" Soal Rashida
"Tak ada apalah mak.."
"Mak nak tanya Syafiq ni... Qaira tu umur berapa tahun dah sekarang ni? Dia tinggal mana? Siapa mak ayah dia? Dia belajar lagi ke dan kerja, dia kerja apa?" Soal Rashida bertubi-tubi, dengan suara seperti berminat akan Ellysha a.k.a Qaira.
Syafiq agak pelik dengan soalan maknya.
"Kenapa mak tanya?" Syafiq pelik
"Saja.. dia cantiklah ada keturunan orang putih ke dia tu? Cantik sangatlah, mak minat dengan dia tau.. cantik gila! Kalau mak nak keluar dengan dia boleh tak.. cantik!" Berapa kali keluar perkataan cantik dari maknya.
"Apa mak merepek ni? Straight to the point"
"Yelah... Mak nak Syafiq pikat dia, jadikan dia isteri Syafiq yang sah. Mak minat dan berkenan dengan dia, kalau Syafiq bawak balik orang lain pun, belum tentu mak akan terima, tak payah cakap belum tentu. Mak memang tak akan restukan selain Qaira" kata Rashida tanpa berlapis.
Kali ini menang betul-betul membuatkan Syafiq terpaku sehingga tidak terkata, maknya memang dah melampau! Dia menang sukakan Ellysha tetapi dia hormat keputusan Ellysha yang Ellysha akan berkahwin.
Lagipun kalau maknya tahu siapa Qaira yang sebenarnya.. mungkin dia akan merana semula.
"Mak jangan merapu dekat sini boleh tak?"
"Mak tak merapu dan mak tak bergurau. Mak cakap dengan serius sekarang ni.. mak nak Qaira jadi menantu mak sebab dia cantik dan dia memang sesuai untuk Fiq, mak yakin Fiq boleh jaga dia dan akan bahagia" - Rashida.
"Mak, jangan lah bergarau macam ni. Fiq tak suka lah mak.. lagipun macam mana Ell.." Ayat Syafiq terhenti.. "Hm.. Qaira tu, macam mana pula dia sesuai dengan Fiq, dia dah ada pilihan hati sendiri" kata Syafiq dengan tenang.
"Mak tahu lah, kau tu anak mak! Seorang ibu tahu apa yang terbaik untuk anak dia, aku nak anak aku kahwin dengan Qaira sebab aku rasa Qaira tu memang layak untuk kau. Kahwin dengan dia!" Balas Rashida serius.
Syafiq yang mendengar suara maknya yang tegas itu, dia sangat faham bahawa Rashida tidak bergurau. Syafiq cuba untuk menahan perasaan supaya tidak terkurang ajar dengan maknya.
"Mak! Mak tahu tak yang Ell.." belum habis Syafiq bersuara ayatnya terus terhenti apabila dia tersedar sesuatu "Maksud Fiq, Qaira! Qaira tu bakal isteri orang dan orang tu kawan baik Syafiq sendiri mak! Takkan lah Syafiq nak rampas Qaira dari Aryan kut" - Syafiq
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
RomantikBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...