Ellysha melangkah besar menuju ke office Aryan dengan wajah yang bengang, geram dan benci. Dia tidak fahamlah dengan Aryan ni, ramai-ramai orang yang buli dibuli, kenapa Ellysha juga yang dipilih.
Ellysha nampak Syafiq tengah menulis atas mejanya, dengan pantas dia berjalan dari situ. Tidak mahu disapa oleh Syafiq, kalau Syafiq nampak dia mesti akan pujuk dia dan macam-macamlah.
Syafiq terasa ada bayang yang lalu didepannya lalu dia terus mengangkat kepala memandang ke arah seseorang tersebut. Syafiq hanya nemerhatikan belakang perempuan yang sedang menuju ke office Aryan atau Tan Sri Amar. Siapa?
Apabila sudah terpacak didepan pintu bilik office Aryan, tanpa ketuk pintu tersebut terus Ellysha serebu masuk. Aryan yang tengah buat kerja itu terkejut apabila pintu officenya dibuka sesuka hati. Dia memandang gelaran siapa yang berani tak ketuk pintu officenya dengan muka yang bengang. Ellysha?
"Eh.. darling. Kenapa terburu-buru sangat ni? Kau lambat pergi kolej eh?" Aryan seperti senyum mengejek.
Ellysha bengang betullah dengan muka Aryan yang senyum suka itu. Muka Ellysha hanya serius sahaja, sampul yang ada ditangannya itu dibaling diatas meja Aryan dengan kasar. Terkejut Aryan dengan tindakkan Ellysha, sikit lagi sampul itu nak satu dekat paha Aryan.
"Kau ambil sampul kau tu!" Tutur Ellysha dengan kasar. Tidak tunggu lama, dia terus angkat kaki pergi dari situ.
Aryan nampak Ellysha baru sahaja nak blah itu terus dia bangun dan menahan tangan Ellysha dari belakang. Ellysha sedikit terkejut, dia menepis tangan Aryan dan menarik tangannya semula dari pegangan Aryan itu.
Tajam matanya memandang Aryan yang tidak habis-habis mencari masalah dengannya. Aryan pula memandangnya dengan muka yang tenang tanpa perasaan.
"Kau nak apa, sial?! Kau memang suka menyusahkan aku kan?! Dah mama kata dia nak hantar benda alah tu dekat kau, apasal kau nak aku hantar juga?!" Ellysha lepas geram dengan Aryan.
Aryan terkejut dengan jeritan Ellysha..
"Kau ingat kelakar ke bodoh? Setiap pagi nak kena hantar semua barang kerja kau dekat office kau. Kau memang sengaja tinggal eh barang kau sebab nak menyusahkan aku?" Sambung Ellysha, wajah Aryan dipandang tajam.
"Yes.. memang aku sengaja tinggal. Aku nak kau hantarkan sebab aku nak tengok muka bakal isteri aku setiap pagi.." jawab Aryan selamba dengan senyuman "Kau taknak tengok muka bakal suami kau ni ke? Handsome tau"
Sakit hati Ellysha dengar. Dia memang taknak kahwin dengan Aryan tetapi mama nak dia jadi menantu mama. Mama dah jaga dia sampailah dia pandai dan berjaya, Ellysha tidak sanggup untuk menolak permintaan mama tapi dia juga.. tidak suka dengan Aryan. Serabut!!
"Hello sayang.. kau dengar tak aku cakap dengan kau ni? Kau pekak eh?.. Tapi jangan risau sebab.. kalau kau pekak sekali pun aku tetap akan terima kau jadi isteri aku.. bukan sebab aku suka kau tapi sebab mama nak sangat kau jadi menantu dia. Lagipun.. aku lelaki. Aku boleh kahwin empat" sengaja Aryan nak menyakitkan hati Ellysha. Siap angkat empat jari tunjuk dekat Ellysha lagi.
Ni betul-betul nak buat Ellysha mengamuk ni.. kau main-main dengan aku, Aryan! Kau ingat kahwin ni benda main-main ke bodoh, kenapa aku ditakdirkan jumpa dengan lelaki yang tak matang macam kau.. eh bukan tak matang, kau matang tapi kau sengaja nak cari pasal dengan aku. Sekali aku tendang tengah kau, mandul terus bisik hati Ellysha bengang.
"Aku tak akan kahwin dengan kau.."
Hanya itu sahaja yang dikatakan oleh Ellysha terus dia keluar dari office tersebut dengan terburu-buru. Benci untuk memandang wajah Aryan yang suka menyakitkan hatinya. Aryan ketawa sedikit melihat tingkah laku Ellysha
Ellysha ingin menuju ke arah lif tetapi dia dengar suara memanggilnya dari belakang dan tangannya dipegang. Dengar kasar dia menoleh ke arah lelaki tersebut.
"Kau nak apa lagi?!" Maki Ellysha
Tetapi wajah Ellysha sangat-sangat terkejut apabila melihat lelaki itu bukan Aryan tetapi lelaki itu adalah Syafiq! Syafiq abang tirinya sendiri. Dia memandang muka Syafiq dengan tajam.
"Ell.. ni abanglah. Kenapa Ell marah sangat ni?" Soal Syafiq dengan lembut, dia memandang muka Ellysha yang naik turun nafas kerana marah.
Tangan Ellysha ditarik kasar!
"Kau jangan panggil diri kau abanglah dengan aku. Aku tak suka dengar dan aku benci dengar, jijik. Tolong jangan muncul lagi dalam hidup aku!" Ellysha mengundur setapak.
"Ell.. abang nak minta maaf dengan Ell lepas apa abang dengan mak dah buat dekat Ell dan Rysha. Abang tahu abang banyak dosa dengan korang" merayu Syafiq.
"Kau bukan buat kerja kau ke tadi? Kenapa tiba-tiba nak kena muncul depan muka aku ni? Mak kau? Mak aku betul-betul dah insaf ke?" Soal Ellysha tegas.
Syafiq tidak menjawab..
"Jawablah aku tanya!" Tengking Ellysha.
"Tak.. mak masih dengan perangai dia. Tapi abang akan berusaha untuk pujuk mak dan suruh mak berhenti bencikan korang.. abang memang betul-betul nak minta maaf" rayu Syafiq lagi.
"Mak kau tak berubah lagi? So, kau pun mestilah berpura-pura buat baik dengan aku kan?" Ellysha senyum palsu kepada Syafiq "Aku pun tak percayakan kau, baik kau blah dan jangan muncul lagi depan muka aku. Aku benci tengok muka kau! Walaupun kau dah berubah macam mana Sophia beritahu aku tapi aku still tak percayakan kau"
"Kenapa susah sangat Ell nak percaya abang?"
"Kau tak payah nak abang-abang dengan akulah. Aku jijik dengar, kenapa 10 tahun baru kau nak minta maaf dengan aku?! Kenapa selepas 10 tahun baru kau dengan ayah tiri kau tu nak ingatkan aku dengan Rysha?!" Kasar suara Ellysha.
"Abang minta maaf.." suara Syafiq bagaikan lelaki yang nak menangis sahaja, kenapa susah sangat dia nak terima Syafiq.
"Pergi matilah dengan perkataan maaf kau tu. I do not trust you" berpuluh kali juga lah Ellysha kata yang dia tak percayakan Syafiq.
"Ell.. ayah ada dekat sini juga Ell nak jumpa ayah tak? Ayah rindu Ell sangat.." Syafiq senyum sedikit.
"Kau jangan beritahu orang tua tu yang aku ada dekat sini. Aku taknak orang tua tu tahu yang aku ada dekat dengan dia, kalau kau rasa kau nak aku menghilangkan diri lama-lama baik kau jangan beritahu dia"
Ellysha terus pergi dari situ kerana lif lambat dia terus menuju ke arah tangga. Syafiq tak habis-habis memanggil namanya dan kejar Ellysha dari belakang, mereka bagaikan orang yang tengah main kejar-kejar je..
Ellysha memandang kiri kanan apabila ingin melintas jalan. Dia selamat melintas, tetapi langkahnya terhenti apabila terdengar hentakkan yang sangat kuat. Hatinya mula tidak sedap hati. Perlahan-lahan dia menoleh berlakang. Dia terkejut beruk, kakinya terundur sedikit.
"Ya allah Syafiq.."
Air mata mula gugur apabila melihat tubuh lelaki itu terbaring atas jalan tar dengan penuh darah. Kenapa kau kejar aku Syafiq! Kenapa kau bodoh pergi kejar aku! Ellysha menjerit didalam hati sendiri. Kakinya menjadi semakin lemah, orang ramai mula memenuhi kawasan tersebut.
________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
Roman d'amourBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...