Aryan menuju ke arah dapur apabila papa dengan mama dan termasuk Aydan tengah menunggu yang untuk makan malam sekali, ingat orang kaya tak ada masa dengan keluarga ke? Hahah. Dia menarik kerusi dan terus duduk disebelah Marina.
"Ryan.. kenapa tak panggil Qaira dengan Qisya?" Soal Marina kepada anaknya sambil memandang ke arah tangga, untuk melihat Ellysha dan Errysha, betul ke Ryan tak ajak makan?.
"Kenapa pulak Ryan yang kena panggil ma? Diorang dah lah menumpang lepastu nak kena layan macam anak raja ke?" Balas Aryan selamba sambil mengambil air minuman.
"Aryan! Diorang tak menumpang okey, papa dah ambil diorang jadi anak papa. So, jangan nak kata diorang menumpang macam pengemis pula.." tegur Amar dengan suara yang biasa.
"Ryan tak cakap pun.." - Aryan
"Memang kamu tak cakap tapi papa dapat rasakan itu yang kamu fikir dalam otak kepala kamu. So, jangan nak fikir bukan-bukan because she's my daughter" - Amar.
Aryan membuat muka meluat mendengarnya. Bukannya anak kandung pun, anak yang dikutip, entah mana asal usul pun taknak siasat papa ni.. sebab bagi papa alasan diorang tu semua betul, tapi mestilah ada yang menipu juga, bukannya semua diorang nak jujur bisik hati Aryan sendiri.
"Ryan.. pergi panggil diorang makan dengan kita sekali. Kesian diorang nanti.. masuk angin perut diorang.." beritahu Marina dengan lembut.
"Kenapa Aryan pula? Suruhlah Aydan ni" balas Aryan tidak puas hati, jarinya siap tunjuk ke arah Aydan yang ada didepannya.
Aydan hanya memandang.
"Korang dua pergilah panggil. Mama tak larat nak jalan, mama kan dah tua.. korang tak kesian dekat mama ke?" Marina memberi alasan supaya anaknya pergi panggil.
Bukan dia taknak panggil tapi dia sengaja nak suruh Aryan yang panggil kerana nak hubungan Aryan dengan mereka lebih erat lagi. Aydan memang dah boleh terima dari awal lagi, kerana Aydan bukannya jenis yang fikir bukan-bukan pasal seseorang apabila dia tidak merasakan curiga terhadap seseorang itu..
"Yelah.." dengan kasar Aryan bangun dan terus menuju ke arah tangga, diikuti oleh Aydan dibelakangnya.
Kerana ingin lebih cepat mereka menaiki tangga untuk menuju ke bilik mereka. Pintu bilik itu dipandang apabila sudah sampai di depan bilik itu, Aryan memandang Aydan yang tersenyum sendiri.
Takkanlah aku datang atas ni semata-mata nak kena panggil orang yang aku tak suka, ishh benci betullah aku bila mama ugut aku macam tu bisik Aryan dan dia memandang lagi pintu tersebut.
"Abang kenapa tak panggil?" Soal Aydan pelik.
"Aydanlah yang panggil diorang, kenapa abang pula yang kena panggil diorang. Cepat sikit panggil diorang.." arah Aryan dengan tegas.
"Eh.. mama suruh kau tau, bukan Aydan. Aku teman je.. takut kau tergoda dengan diorang kan.. terutamanya dengan kakak Qisya tu. So, abang ketuk lah sendiri.." balas Aydan selamba.
"Aku tergoda? Hey.. orang yang kutip tepi jalan aku tak pandang apatah lagi budak sekolah rendah macam diorang tu.. sebelah mata pun aku tak pandang" hina Aryan tanpa rasa bersalah langsung. "Mak Som kan ada.. kenapa nak suruh aku yang lelaki ni juga yang panggil?" Bebel Aryan sendiri
Aydan tidak membalas malah dia duduk disofa yang ada ditingkat atas itu sambil menunggu Aryan ketuk pintu tersebut untuk panggil mereka makan. Aryan memandang pintu tersebut terus tangannya menampar pintu itu dengan kuat, kuat sangat apabila hati sedang marah.
"Ellysha! Errysha! Keluar!"
Pintu tidak dibuka.. ketuk lagi kuat dia ketuk
"Hoi! Dengar ke tidak? Ellysha! Errysha!"
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
Storie d'amoreBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...