🍁 - Bab 57

3.4K 104 7
                                    

Ellysha menunduk hormat tanda terima kasih kepada pekerja di kedai jam itu dengan penuh hormat sambil mulut mengucapkan terima kasih . Jam itu terus disarung pada pergelangan tangan. Lepas ni , tak payah dah ambil telefon nak lihat waktu.. ada jam tangan lebih memudahkan. Bukan taknak beli yang baru tapi perlu berjimat cermat. Lagipun jam ini masih baik lagi.

Ellysha meneruskan langkahnya, tidak jadi menyejukkan mata kerana Errysha tiada. Errysha tak jadi ikut apabila dia baru teringat yang dia perlu ke kenduri kawannya bersama Ezzati. Kakinya hanya ingin menuju pulang. Malas nak singgah mana-mana . Tiba-tiba dia rasa tangannya ditarik dari belakang. Melonjat bahu Ellysha dibuatnya, terkejut nokkk.

"Ellysha.."

Panggil pemilik suara itu . Ellysha menoleh ke arah lelaki tersebut. Ini bukan kali pertama atau kali kedua lelaki dihadapannya itu menganggu dia. Ini dah berpuluh-puluh kali dah. Malas Ellysha ini melayan lelaki tersebut.

"Awak apa khabar?" Soalnya.

"Alhamdullillah. Sihat, macam ni la saya" balas Ellysha tenang. Membalas senyuman lelaki itu. Nanti terus blah kata sombong pulak .

"Faham. Macam mana.. awak dah fikirkan ke kata-kata saya tempoh hari, Ellysha. Tolong terima saya. Saya betul-betul nakkan awak" merayu, merayu dan merayu. Ini la tak habis-habis dilakukan lelaki itu. Memang tak tahu malu langsung.

Ellysha menghembus nafas perlahan.

"Harris, saya tetap dengan keputusan saya. Saya tak boleh terima awak. Tolonglah cari orang lain , ramai lagi perempuan yang cantik, baik dekat kolej tu. Saya ni banyak kekurangan."

"Tapi saya cuma cintakan awak seorang saja. Saya tak boleh terima orang lain. Saya nak kan awak, saya cintakan awak. Saya nak ada anak bersama awak" tangan Ellysha dicapai lalu digenggam erat-erat.

Tuan badan apa lagi. Terkejut lah. Sampai kesitu pemikiran Harris. Kali ni Harris nekad ingin memiliki Ellysha . Dia tidak boleh lagi menunggu gadis itu, tindakan Harris masih lagi tahap biasa. Dia tidak ingin menunjuk dirinya yang sebenar kepada Ellysha. Risau wanita itu akan lari.

"Kita kahwin ye sayang. Bina kebahagiaan kita" kakinya jalan merapat pada Ellysha, kata kata nya penuh dengan rayuan dan.. psycho.

Ellysha mengundur..

"Lepaslah Harris. Kalau nak bercakap pun takpayah la sampai pegang.." Ellysha menarik tanganya dari dipegang tetapi tidak berjaya. Harris betul-betul mencabar kesabarannya tapi Ellysha Sabar dan tahan marah .

Tangan kanannya sudah mula terasa pedih atas genggaman itu. Lagi dia tarik tangannya lagi la terasa pedih dan sakit . Ellysha cuba menahan sakit yang bakal hadir. Gila Harris ni, dia rasa tak selamat.

"Tolonglah Ellysha. Saya merayu sangat-sangat terima saya dalam hidup awak. Saya janji bila kita dah bersama saya akan jaga awak sampai akhir hayat saya. Saya tak akan menduakan awak" luah Harris dengan nada lembut dan merayu .

Playboy macam Harris ni betul ke tak akan bersama dengan perempuan lain? Mustahil. Dia dan Aryan sama sahaja playboy . Kaya dan handsome, tipu lah kalau orang berada macam diorang ni tidak liar en?.

"Saya tak boleh terima awak, Harris, tolonglah faham. Please lah lepas. Orang tengoklah" Ellysha menarik lengannya lagi. Argh sakit. "Harris, tahap kesabaran sahaja masih ada limit. Kalau awak taknak saya menyampah atau benci tengok awak. Lepaskan tangan saya. Sakit tau tak?!"

"Selagi awak tak terima saya, saya taknak lepas"

Ellysha sedar ada yang memandang mereka. Nasib baik, pandang sekilas sahaja. Kalau tidak buat malu dia sahaja , situasi seperti ini boleh dianggap seorang boyfriend memujuk girlfriend yang sedang merajuk atau seorang suami memujuk isterinya. Go hell !

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now