🍁 - Bab 26

3.5K 100 1
                                    

Amar dan Marina membulatkan kata memandang Aryan yang berpakaian ketat itu. Amar dan Marina menggeleng kepala mereka, kerana ini adalah kali perkata mereka nampak Aryan pakai baju yang terlalu ketat itu. Setahu mereka, Aryan tak suka pakai baju yang ketat kerana dia rasa rimas.

Nak tunjuk body tu dekat siapa lah Ryan ni.. tiba-tiba je pakai baju seketat itu. Aryan hanya berwajah biasa dan selamba batak dia je berpeluk tubuh macam tak ada apa-apa yang berlaku.

"Papa tanya kamu ni.. kenapa kamu cakap macam tu dekat Qaira ah? Yang papa paling tak boleh terima kenapa kamu nak kena panggil dia pelacur? Kenapa?!" Tegas suara Amar.

"Memang patut pun Ryan panggil dia macam tu. Papa jumpa dia masa dia hampir kena rogol kan? Bukan nak kena rogol agaknya, entah-entah dia sendiri yang serahkan diri dia" perli Aryan sempat lagi menjeling Ellysha didepannya.

Aydan dan Errysha yang kononnya dah nak masuk bilik itu, mengintai mereka dari tangga. Sorang duduk bawah sorang duduk atas, kepala habis-habis menjenguk dan telinga pula tak habis-habis mendengar dengan teliti.

"Abang.. abang rasa papa marah abang Ryan ke?", Soal Errysha sambil memandang Aydan yang sibuk memandang arah mereka yang lebih tua itu.

"Tak kut. Papa tak marah agaknya, papa tegur je"

Errysha hanya meng'o'kan sahaja apabila mendengar jawapan daripada Aydan, tiba-tiba dia terdengar suara Aydan mengeluh dengan wajah yang bengang. Errysha sedikit pelik.

"Abang ni kenapa?"

"Abang sebenarnya nak sangat tengok Abang Ryan tu kena marah dengan papa tapi abang tahu yang papa tak akan marah selain tegur. Bengang betul abang.." balas Aydan sambil menepuk sedikit tiang tangga tersebut.

"Aik? Suka tengok abang sendiri kena marah?"

"Tak ada lah suka. Tapi bagi abanglah kan.. abang Ryan tu memang patut pun kena marah sebab mulut tak ada insurance langsung. Patut ke dia panggil kak Qaira pelacur?" Soal Aydan geram.

"Tak patut tak patut" Errysha menggeleng kepala.

Amar memandang Aryan dan dia mengeluh sedikit apabila tengok muka anaknya itu selalu tenang macam tak ada apa-apa yang berlaku, dia lihat pula Ellysha yang hanya tertunduk kepala sahaja. Aryan memang taknak dengar nasihat.

"Ryan. Papa tak suka bila Ryan cakap Qaira macam tu. Papa tahu apa yang berlaku masa papa jumpa dia. Dah 10 tahun berlalu, Ryan dah kerja, Qaira sambung belajar. Kenapa susah sangat nak percaya Qaira ah?" - Amar

"Papa percaya dengan dia ni bulat-bulat? Memang boleh percaya apa yang dia ceritakan pasal kisah dia dulu sebab cara pakaian, kotor, selekeh dia tu memang padan dengan cerita yang dia beritahu tapi yang susah Ryan nak percaya. Takkanlah dia tak ada satu pun alih keluarga yang lain? Pergi mana? Mati sekali gus?" Tegas Aryan tanya.

Ellysha hanya mendiamkan diri kerana taknak masuk campur dalam rumah tangga mereka. Kenapa dia rasa, anak beranak tu gaduh disebabkan dia? Mungkin kalau dia tak ada dalam rumah ni. Aryan dan keluarga dia, macam keluarga yang bahagia tanpa sebarang pergaduhan.

"Kenapa susah sangat Ryan nak percaya, sayang?" Soal Marina dengan lembut kepada anaknya, wajah anaknya dipandang.

Marina memang jenis yang lembut hati tapi, dia nampak garang sedikit apabila marah atau rasa pelik dengan sesuatu benda. Tapi selama 10 tahun Ellysha dan Errysha tak pernah nampak Marina marah sesiapa.

"Kamu dengan Qaira tak habis-habis bergaduh"

"Sebab Ryan tak percaya dia.."

"Ryan, kamu dah duduk sekali selama 10 tahun dengan Qaira dan Qisya. Kenapa Ryan masih susah nak percaya apa yang Qaira beritahu tentang family dia. Diorang dah tak ada sesiapa pun, kalau Ryan rasa Ryan susah nak percaya.. papa akan upah orang untuk siasat keluarga diorang" beritahu Amar dengan tegas.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now