Matahari sudah terpacak dikepala, cahaya yang silau itu menyedarkan mata lelaki itu. Tangan diangkat untuk menutup silau pada mata, kawasan cahaya itu dipandang sedikit dengan tajam apabila langsir dibuka sedikit. Telefon dicapai, lalu dibuka, sudah pukul 8.30.
Ellysha yang ada disebelah itu dipandang, masih tidur dengan nyenyap dan sentiasa membelakangi suaminya. Tidak mahu mengacau si isteri sedang tidur, Aryan terus bangun dan mencapai tuala . Lalu kakinya terus melangkah masuk ke dalam tandas.
Beberapa minit kemudian, Aryan keluar dari tandas. Selesai sahaja mandi terus dia menuju ke bilik wardrobe. Baju kerjanya dicapai, kemeja itu dipakai kemas pada tubuh sasa itu. Selesai berpakaian dengan kemas dia menuju ke penyidai tuala pula untuk menyidai tuala semula.
Ellysha yang masih tidur lena itu dipandang, senyuman diukir tanpa sedar. Cantik, comel. Kakinya mendekati Ellysha . Wajah itu ditenung sebelum Aryan gerak wanita itu bangun. Mesti penat kemas barang semalam sampai bangun lambat, selalunya Aryan yang lambat bangun. Dia cangkung dihadapan Ellysha untuk kesamaan ketinggian mereka.
"Sayang.. bangun sayang" gerak Aryan dengan lembut.
Tiada respon
"Sayang.."
"Sayang bangun. Dah pagi dah ni", - Aryan.
Ellysha menggeliatkan sedikit tubuhnya dengan mata yang masih terpejam. Terasa sahaja selesa , dia kembali tidur dengan tenang. Hanya mengabaikan Aryan disitu. Ellysha pun masih dalam mamai.
"Sayang.. bangun" gerak Aryan lagi.
Ellysha menggeliatkan buat kali kedua
"Hrmm.. jangan kacau lah" balas Ellysha mamai.
"Sayang bangun cepat.. nak tidur sampai pukul berapa? Lima petang? Enam petang? Sembilan malam? " Aryan menggoyang sikit tubuh kecil Ellysha.
Ellysha menoleh memandang Aryan tajam.
"Kau jangan kacau aku boleh tak? Aku mengantuklah"
Aryan tidak perduli. Malah, bahu Ellysha dipegang lalu tubuh itu diangkat untuk duduk secara paksa. Sudah pun terduduk dengan kepala yang terhanyut-hanyut sebab ngantuk. Ellysha terkejut dengan tindakan lelaki itu. Aryan dipandang.
"Bangun. Mandi" ujar suaminya lembut
"Kau ni.. aku nak tidurlah. Janganlah kacau. Aku mengantuk sangat ni, semalam kemas sampai malam kan. Aku nak juga rehat" balas Ellysha tegas, dia pandang Aryan geram. Tangan mengumpal penumbuk.
"Ah ha.. tangan tu kenapa?" Soal Aryan apabila melihat Ellysha sudah mula mengenggam penumbuk padu. Ingat dia takut? Excuse me? Ini Aryan lah.
Dengar sahaja soalan itu, jari tengah Ellysha dikeluarkan sedikit demi sedikit. Aryan yang nampak, tergamam dia dibuatnya. Wajah marah Ellysha dipandang.
"Sayang jangan ahh.. sayang buka jari tengah tu sampai habis, siap sayang abang kerjakan. Tahu-tahu esok mengandung. Nak?" Ujar Aryan sinis. Berani ehh..
Terkedu dengar kata-kata Aryan, penumbuk ditangan terus dileraikan serta merta sahaja. Tapi wajah berani masih ditayang pada muka Aryan.
"Buat lah! Macam lah kau berani.." cabar Ellysha.
Ellysha dengan cabarannya tidak pernah berpisah. Bagi dia , Aryan tidak berani nak buat tanpa kerelaan dia. Tambah-tambah lagi, Aryan sudah berpakaian kemas untuk ke kerja. Memang tak akan berlakulah.
"Jangan cabar abang, sayang"
"Kau tahukan aku selalu cabar kau? Aku suka cabar kau. Aku rasa seronok" Ellysha mengangkat kening dengan senyuman yang penuh berani. Tak akan berlakulah, kau dah berpakaian kemas.
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
RomanceBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...