🍁 - Bab 88

4.8K 130 12
                                    

"Mak Timah.." panggil Ellysha dari jauh.

Warung kecil itu didekati, Mak Timah yang sibuk mengelap meja itu dipandang. Tiba-tiba dia jadi rajin pula nak tolong ambilkan barang yang diorder oleh Rashida.

Lagipun, duduk rumah bukan buat apa pun, Aiman pun tidur sahaja. Sejak semenjak ni, Ellysha kuat sangat keluar rumah.

"Tembikar yang mak order tu dah siap ke?" Soalnya.

Mak Timah yang sibuk membersihkan je makan itu, menoleh ke arah Ellysha. Senyuman dihadiahkan.

"Laa.. mak Timah ingatkan Sofi yang ambil kan.." ujar wanita tua itu.

Ellysha sengih dan membalas senyuman itu.

"Dia pemalas.." tuduh Ellysha selamba.

"Ha tu. Ada je dekat dalam tu.. Mak Timah ada letak ada rak kasut, yang berbalut beg putih. Kamu pergilah masuk ambil sendiri" balas Mak Timah sambung membersihkan meja makan itu

Tidak membuang masa, terus kaki Ellysha berjalan masuk ke dalam warung tersebut. Dia masuk kawasan belakang dapur. Mata menyilau-nyilau mencari tembikar tersebut. Kenapalah aku sebagai tetamu kena pergi ambil sendiri? Bebel Ellysha dalam hati. 

Sekeliling kawasan itu dipandang, tembikar yang berbalut beg putih dicari-cari tapi tidak jumpa, rak kasut pun tak nampak. Ehh mana ni? Halimunan ke? Mata masih merayau-rayau.

Tiba-tiba mata Ellysha terpaut pada bilik stor milik pak Mail. mungkin 50-60 meter daripadanya. Stor itu diperhati dari jauh, susuk bayang seseorang menarik pemerhatiannya. Eh, kenapa macam ada orang je tu? Pencuri ke? Soal Ellysha sendiri.

Matanya dikecilkan agar dapat melihat dengan lebih jelas. Bilik stor itu selalu dikunci oleh Pak Mail, jadi Ellysha sedikit curiga.

Dengan penuh berani, Ellysha berjalan menghampiri bilik stor tersebut. Semasa ditengah jalan, Ellysha sempat lagi menoleh pada Leman and the geng yang sibuk melepak dibawah pokok. Secara mengejut, matanya dan mata Leman bertembung. Dengan penuh kegatalan, Leman membuat gaya mulut 'muah'.

"Eeewhhh jijik lah aku" Ellysha buat gaya nak termuntah.

Cepat-cepat dia melarikan pandangan. Tujuan sebenar untuk terus ke arah bilik stor diteruskan. Dalam bilik gelap itu diperhatikan, memang ada seseorang.

Pintu stor itu juga dipandang, manga terbuka dan ada hammer dipintu tersebut. Ini mesti kes nak mencuri, tak lain tak bukan, mesti geng Leman. Patutlah melepak bawah pokok tu, getus hati Ellysha. Ellysha memandang sekilas pada Leman and the geng.

Kemudian, kakinya terus mendekati stor tersebut. Pntu tu diselak dari luar. Agak gelap bilik stor itu. Lelaki itu yang seperti mencari sesuatu itu dipandang dengan muka tak tidak puas hati. Ehh ! Aku dah terpacak depan pintu pun boleh tak perasaan. Kerja nak mencuri je..

Aku tak tahu kenapa aku berani kali ni, tapi aku pantang betul orang mencuri barang orang! Barang Pak Mail pulak tu, orang tu dah tua dah pun. Aku kena mewakili Pak Mail, mesti Pak Mail tak larat nak tengking dia ni.. ni memang sah Leman yang suruh dia mencuri bisik hati Ellysha sendiri. Sesuka hati membuat kesimpulan.

"Hoi ! Pencuri!" Jerit Ellysha sambil mencengkam pinggang

Bahu lelaki itu melonjat terkejut. Lantas badannya ditegakkan. Dengan laju tubuhnya menoleh pada suara wanita tersebut. Tergamam lelaki tu, melihat gadis yang sibuk mencengkam pinggang dan wajah yang menahan marah.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now