🍁 - Bab 70

4.5K 101 5
                                    

Ellysha melihat bekal tingkat di tangannya. Senyuman diukir sehingga ke telinga. Kakinya melangkah masuk ke dalam lif itu. Tangan menekan butang lif. Beberapa saat kemudian lif itu terus membuka pintu.

Ellysha terus keluar dan berjalan menuju ke bilik bos. Apabila tiba, tangan terus mengetuk pintu bilik itu. Sebaik sahaja mendengar arahan 'masuk', pintu itu terus dibuka perlahan-lahan. Dia menonjolkan kepalanya, mata mereka bertentangan. Ellysha mengukir senyuman. Pemilik bilik itu juga membalas senyuman.

"Abang.." kata Ellysha ceria . Terus kakinya melangkah masuk.

"Sayang.. ada apa datang ni?" Soal Aryan sambil menuju semula kerjanya, file dan dokumen dialih ketepi. "Sayang bukan tak sihat ke.. kenapa tak rehat je dekat rumah?"

"Ell okaylah abang. Sihat je. Kalau tak sihat, Ell tak ada lah terpacak dekat sini" beritahu Ellysha menceriakan suaranya  kakinya mendekati Aryan.

"Abang dah dinner ke? Ell ada bawak bekal untuk abang" balas Ellysha sambil menunjuk bekal tersebut.

Biji mata mula bergerak memandang Ellysha.

"Waw.. tak pernah-pernah sayang bawak bekal untuk abang. Pelik.." ujar Aryan dengan kening yang terangkat.

Ellysha meletakkan bekal tersebut di atas meja Aryan.

"Ell pun tak ada buat apa dekat rumah. Itu yang Ell terfikir nak bawak abang bekal. Salah ke? Atau abang malu bawak bekal? Nampak macam budak nerd , budak skema ke?" Perli Ellysha dan memberikan pandangan side eye! Sambil berpeluk tubuh.

"Bukan macam tu sayang.. saja je abang tanya. Lauk apa sayang bawak ni? Macam sedap je bau" soal Aryan sambil tangan mula mengambil bekal tingkat itu.

"Nasi putih, sup sayur, ayam masak kicap, sedikit sambal belacan dan tempe sambal" balas Ellysha dengan muka yang bangga.

Muka Aryan dah teruja mendengar.

"Waw.. sayang. Dengar macam sedapnya.." - Aryan.

"Mestilah. Abang makan lah. Ell balik dulu.." kata Ellysha senyum dan dia mulakan beberapa langkah tapi suara Aryan menghalang gerakkannya.

"Sayang teman lah abang makan. Takkan nak biar abang makan sorang-sorang kan.. kesian abang. Lagipun tadi sayang kata tak buat apa pun dekat rumah en?" Kata Aryan dengan suara yang lembut.

Ellysha menoleh belakang memandang suaminya.

"Tak apa ke Ell teman abang? Abangkan nak buat kerja. Lagipun kalau ikutkan belum waktu lunch lagi kan? 10 minit lagi abang. Ell saja je hantar awal-awal" balas Ellysha.

Aryan senyum.

"Sayang.. abangkan boss. Boleh je makan bila-bila. Sekarang abang bagi arahan supaya Ell teman abang makan.. so, mari sini duduk sini" arah Aryan sambil menunjuk kerusi di hadapannya.

Ellysha mengukir senyuman sebelum kakinya melangkah pergi ke kerusi berhadapan Aryan. Yang mempunyai meja diantara mereka.

"Okay. Ell teman. Abang makanlah.." kata Ellysha.

Aryan muka membuka beg sarung bekal itu. Sudu dikeluarkan. Kemudian, mangkuk tingkat itu dipisahkan. Aryan sudah dapat bahu yang enak.

"Panas lagi. Bau pun dah wangi ni.. mesti sedap ni" ujar Aryan sendiri senyum suka.

"Of course.. Tengoklah bini siapa.." kata Ellysha bangga. Muka berlagak ditayang.

Aryan sudah mengambil lauk dan nasi kosong. Dia memulakan satu suapan, mata terpejam. Mukanya tersenyum suka . Sedap masakan ni. Ellysha dipandang.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now