🍁 - Bab 7

3.5K 109 0
                                    

Ellysha menuju ke bilik Awati bersama makanan diatas talam bercorak bunga ditangannya. Pintu pintu itu ditolak dengan perlahan, kelihatan Errysha dengan Awati tengah berbual sembil ketawa sedikit. Ellysha tersenyum melihat adiknya.

Ellysha dan Errysha hanya ingin kebahagiaan yang membuat mereka berasa gembira selalu bukannya penderitaan yang membuat mereka memangis selalu, air mata? Lama-lama mungkin boleh bengkak kan mata mereka disebabkan menangis tidak berhenti.

"Nenek.. Ell ada bawakkan nenek makanan" Ellysha senyum memandang Awati dan berjalan menuju ke arah mereka berdua.

Talam yang berisi bubur nasi serta dengan segelas air itu diletakkan di atas meja kecil yang berada ditepi katil tersebut. Ellysha dan Errysha menolong Awati sandar ke kepala katil, lalu bubur itu diberikan kepada Awati.

Baru sahaja Awati nak ambil bubur tersebut terus tindakannya terhenti apabila dia ternampak bekas bergaris berwarna merah ditangan Ellysha. Awati sedikit pelik, bekas apa itu? Tadi baru je dia nampak dibahagian lengan Errysha, sekarang Ellysha pula.

"Tangan Ell kenapa? Bekas apa tu? Ayah rotan Ell dengan Errysha ke semalam? Kenapa ayah rotan korang sampai macam tu sekali?" Soal Awati dengan panik dan dia seperti dapat meneka apa yang terjadi.

Ellysha cepat-cepat meletakkan bubur itu diatas meja semula. Lalu dia menarik lengan bajunya sehingga menutup bekas tersebut, tidak mahu nenek nampak bekas pukulan ayah semalam.

"Er.. tak ada apa lah nek. Ell dengan Rysha terjatuh dekat luar tadi masa tengah sidai kain" bohong Ellysha dia masih senyum, dia tidak mahu Awati risau.

"Jangan tipu nenek.. ni bekas kena rotan, tak nampak langsung macam bekas orang jatuh.. ya allah. Kenapa dengan ayah korang ni.."

Errysha hanya mendiamkan diri sahaja. Mereka duduk dikerusi yang ada dekat sebelah katil tersebut. Awati dipandang dengan pandangan yang sayu.. sedih.

"Entah nenek.. Ell dah taktahu nak cakap macam mana dengan ayah. Dia taknak dengar langsung apa yang Ell nak terangkan. Last-last Ell dengan Rysha yang kena balik.." balas Ellysha perlahan.

"Dah letak ubat?" - Awati

Mereka mengangguk kepala perlahan-lahan.

"Semua salah nenek.. kalau nenek tak ambil Rashida jadi menantu nenek mesti korang tak akan rasa sakit macam ni. Nenek ingatkan dia baik, tapi tidak.. dia berlakon baik depan nenek dulu, bila beberapa bulat dah kahwin dengan ayah.. semua ni mula berlaku.." luah Awati sendiri

Ellysha dan Errysha hanya mendengar

"Nenek tak patut terima dia, baru sekarang nenek tahu. Hanya seorang yang boleh jadi menantu nenek, yang baik, sopan, tidak kurang ajar, tidak jahat. Dia.. dia adalah.. Ibu korang, ibu korang sangat baik.. dia mesti akan ada dengan nenek tak kira susah senang.. Emma adalah menantu yang baik.. kalau nenek tahu dia sakit mesti dah akan paksa dia ke hospital" air mata Awati mula gugur apabila dapat teringat akan Emma.

"Kalau nenek tak terima dia masa ayah korang kenalkan diorang dengan nenek. Korang mesti tak sakit macam ni.. tak selalu kena pukul dengan marah. Maafkan nenek ya sayang.. nenek tak dapat nak tolong masa korang kena pukul dengan makcik Rashida.. sebab.. sebab nenek larat" beritahu Awati bersama air mata.

"Dahlah nenek.. kitorang okey je.. tak adalah teruk mana ayah pukul" bohong Ellysha kepada Awati, tidak sanggup melihatan Awati menangis.

"Tipu.. Nenek tahu yang korang tahan sakit, menderita. Nenek tahu semua tu sebab korang cucu nenek.."

Ellysha diam seketika.

"Nenek.. jom makan.. nenek tak makan lagi kan, mesti nek tengah rasa lapar kan?" Errysha mula menukar topik "Nenek nak makan sendiri atau nak Rysha yang suap kan nenek?" Soal Errysha dengan senyuman.

Ellysha memandang Errysha. Lega apabila Errysha menolongnya lari daripada topik tersebut. Benda dah jadi, kita tak boleh nak ulang balik. Errysha dan Awati dipandang saling berganti.

Ellysha menolong adiknya mengangkat mangkuk bubur tersebut lalu diberikan kepada Awati. Awati senyuman kepada cucunya yang baik seperti ibu mereka itu. Kena marah, kena pukul dengan teruk pun masih bersabar.

Rashida memandang ke arah luar biliknya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rashida memandang ke arah luar biliknya itu. Sudah lama Qamal pergi kerja tetapi hari ini dia tidak pula memarahi Ellysha dengan Errysha termasuk dengan Awati sekali. Mungkin mood dia okey hari ini. Rashida memandang ke arah pintu masuk bilik itu, Syafiq sedang memandangnya.

"Mak.. Fiq lapar.." beritahu Syafiq

"Alaa.. suruhlah budak tu masak untuk Fiq. Jangan kacau maklah. Mak nak main fon ni.. mak malas" kata Rashida sambil menuju ke arah telefon nya itu, terus dia baring di atas katilnya.

"Kalau Fiq suruh masak.. dia tak akan masak.. dia bukan dengar cakap Fiq pun" rungut Syafiq kepada maknya yang bermain fon tu "Mak.. Fiq lapar! Fiq lapar, Fiq lapar! Makk!"

Rimas pula Rashida dibuatnya.

"Makk.. lapar.. nak makan.."

"Yelah yelah!" Rashida bangun dari baring diatas katil itu "Mak pergi suruh dia masak untuk Fiq! Jangan tak makan pula nanti, Fiq dah menyusahkan mak tau..!"

"Menyusahkan apa? Bukan mak yang masak"

"Syafiq dah menyusahkan mak sebab Fiq suruh mak yang panggil dia masak. Tak nampak ke mak sibuk dengan telefon ni.." beritahu Rashida sedikit tegas.

Rashida terus menuju ke bilik Ellysha dan Errysha dengan kaki yang bergerak pantas tetapi mereka tiada didalam bilik mereka, terus Rashida menuju ke arah bilik Awati. Mana lagi mereka pergi kalau bukan duduk dengan orang tua tu kan? Mereka dipaksa masak, dah dimarah seperti biasa.
















_________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now