🍁 - Bab 29

3.4K 104 0
                                    

Syafiq ingin berjumpa dengan Sophia dan mereka pergi ke restoran yang tidak jauh dari kolej Sophia. Syafiq dan Sophia duduk di meja yang agak jauh dari pintu masuk. Seorang pelayan datang ke arah mereka.

Selepas mereka oder air, mereka mula berbual. Sophia memang tidak tahu apa yang Syafiq ingin beritahu dan dia tidak sabar nak dengar apa yang Syafiq nak beritahu dia. Syafiq pula menghembus nafas sebelum bersuara.

"Sofi. Abang nak cakap dengan Sofi ni.." beritahu Syafiq dengan suara yang agak perlahan dan memang membuat orang tertunggu-tunggu.

"Cakaplah. Tak sabar betul Sofi nak dengar cerita abang ni.. mesti abang dapat berita yang adik tiri abang tu mati lepastu abang dengan mak happylah kan?" Sophia senyum mengejek.

Syafiq agak terkejut dengan kata-kata Sophia.

"Sofi.. abang tak fikir langsung apa-apa pasal diorang, diorang pun adik beradik tiri kau juga kan? Kenapa kau nak kena kata macam tu?" Soal Syafiq tegas "Abang sebenarnya nak beritahu yang.. yang abang dengan ayah ada bincang malam semalam pasal.."

"Pasal apa?" Potong Sophia pantas

"Pasal adik beradik tiri kita tu." Jawab Syafiq dengan pantas kilat, dia boleh nampak riak wajah Sophia macam tak boleh nak percaya dengan kata-kata dia.

"Bincang pasal diorang? Bincang pasal apa tu? Kalau jumpa diorang, ayah nak diorang bayar balik duit yang ayah pernah bagi diorang. Kenapa dengan ayah tu eh? Apa yang dia tak puas hati lagi dengan anak sendiri?" Soal Sophia terlebih dahulu.

Syafiq yang mendengar itu hanya mampu mendengar sahaja. Tapi bukan itu yang dia nak beritahu Sophia, wajah adiknya dipandang dengan muka yang bersalah.

"Sofi. Tu bukan apa yang abang dengan ayah bincangkan. Ayah panggil abang sebab nak cari.. cari anak dia. Kitorang nak minta maaf dengan diorang.." beritahu Syafiq dengan berani.

Sophia memang agak terkejut dengan kata-kata abangnya itu. Minta maaf? Dia susah nak percaya yang Qamal nak cari anak dia, macam mana nak cari kalau dah 10 tahun berlalu.

"Abang.. abang sedar tak apa yang abang cakap ni? Abang dengan ayah nak minta maaf dekat diorang, waw amazing lah! Susah betul Sofi nak percaya semua ni. Macam mana pula dengan mak? Dia pun nak minta maaf ke?" Soal Sofi dengan senyuman pahit.

"Mak.. mak dia taktahu yang abang dengan ayah bincang pasal tu, kalau nak tahu yang abang nak cari diorang sebab nak minta maaf.. mesti mak akan marah abang.." balas Syafiq jujur.

Nampaknya Rashida masih belum berubah lagi. Dia taktahu nak cakap macam mana dengan mak dia tu. Dah besar tapi dia macam tak tahu je benda yang dia buat ni berdosa, sengaja nak pisahkan anak beranak disebabkan harta yang Qamal ada.

"Cakap pasal mak.. mak tu tak berubah pun. Dia nak pisahkan anak beranak tu sebab harta. Kalau diorang ada, mesti harta tu akan jadi harta diorang kan, mak pun mesti akan dapat harta ayah juga tapi yang aku tak faham kenapa mak tamak nak ambil harta bahagian diorang. Berapa je harta yang ayah ada? Kenapa mak tak kawin je dengan dato', Tan Sri, Sultan, raja semua tu kalau tergilakan duit, harta.." bebel Sophia sendiri.

"Ikut kau lah nak kata apa Sofi yang abang tahu abang nak cari diorang, abang nak minta maaf dengan diorang. Abang dengan ayah banyak sangat dosa dengan diorang.."

"Yang banyak dosa tu mak.. semua ni berlaku disebabkan mak. Mak tu buat cerita palsu pasal diorang, sampai ayah marah sangat lepastu abang kononnya hormat sangat dengan mak.. ikut je plan jahat mak.."

"Memang dulu abang sendiri yang ikut plan jahat mak tapi kalau abang tak buat, mak ugut abang, cakap yang abang tak sayangkan mak lah apa lah. Abang taknak mak ingat abang tak sayang dia.. abang sayang mak.. dia mak kita"

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now