🍁 - Bab 58

3.3K 102 12
                                    

Setiba sahaja dirumah beberapa minit, Aryan dan Ellysha masuk ke dalam bilik masing-masing, mereka pun tak banyak bersuara, Aryan pun tidak mahulah bersuara kerana nampak gaya Ellysha seperti dia mood.

Selasai membersihkan diri. Ellysha terus duduk seketika dikerusi biliknya. Tangannya dibelit-belit, kelihatan kemrahan pada pergelangan tangan semakin merah. Aduh... Harris ni makin lama makin melampau lah, dah aku kata aku taknak tu maksudnya aku taknak lah! Menyesal aku tak belajar karate atau silat dulu dengus hati Ellysha.

Errysha pula belum pulang lagi . Apa aku nak jawab kepada Errysha kalau Errysha nampak tangan aku. Mesti dia paksa aku beritahu hal sebenar.

"Takkan aku nak beritahu yang Harris buat?"

Ellysha menggeleng kepala.

"Tak boleh tak boleh. Kang dia pergi serang si Harris tu, naya je. Bahayakan diri sendiri, bukan boleh percaya sangat minah tu. Muka tak serupa dengan perangai" Ellysha mengata adiknya sendiri.

Ellysha bangun dan terus menuju ke almari untuk mencari ubat yang boleh dipakai. Semua laci almari dibuka.. malangnya tiada satu pun ubat. Hanya ada panadol.. bila punya zaman tah panadol tu. Elok lagi atau tak pun dia sendiri tidak tahu.

"Tak ada ubat lah pula.." Panadol itu dipandang "Takkan aku nak bancuh panadol tu lepastu sapu kat tangan aku..", bebel Ellysha sendiri.

Tangannya masih dibelit-belit, akan sakit sedikit. Kalau tidak sapu ubat, dia takut makin merebak.m dan membengkak. Ni semua punca dari Harris barua tu. Dia betul-betul  hilang sabar. Tapi tak boleh marah terus, tengok gaya Harris tu macam baik. Mungkin dia tak sengaja dan tak berniat nak cederakan kau, Ell. Fikir positif bisik hati Ellysha.

Ellysha mengeluh. Akhirnya Ellysha menuju keluar bilik. Pintu pintu bilik ditutup. Beberapa almari yang ada ditingkat tu dipandang. Terus kaki melangkah . Mencari cari semua ubat. Tiada ubat..

Akhir sekali, almari yang ada disebelah pintu bilik Aryan dipandang. Kaki apa lagi, terus melangkah mendekati almari itu lah. Ada 3 laci dan tiga tiga itu dibuka, tiada. Sampah adalah degus hati Ellysha. Ellysha mengeluh berat.

"Takkan rumah ni tak ada ubat langsung? Ke aku je ke taktahu dekat mana mama papa simpan ubat? Aduh blurnya aku" Ellysha mengaru kepalanya.

Tangannya terasa pedih itu dipegang untuk meredakan kesakitan itu. Tangan sendiri dipandang.. Tiba-tiba terdengar pintu bilik Aryan dibuka, terkejut Ellysha melihat tuan badan itu. Dah la dia berdiri dekat dengan pintu bilik Aryan. Nasib baik mereka mengekalkan jarak sebanyak 3-4 meter.

Sebelum Aryan dan Ellysha bertentangan mata, sempat lagi Aryan memandang ke mana Ellysha pandang iaitu lengan gadis itu. Ellysha melarikan pandangan. Ellysha memulakan langkah untuk menuju ke biliknya semula. Aryan sedikit mengeluh.

Terus Ellysha ditarik masuk ke dalam bilik dia, Ellysha terus terpegun dengan tindakan Aryan. Dengan keadaan blur, dia mengikut langkah Aryan dengan terpaksa. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Aryan menuju ke arah sofa.

"Duduk!" Arahnya.

"Ke..kenapa pula aku kena duduk?" Ellysha blur.

Aryan tidak menjawab , laci yang ada dalam biliknya dibuka lalu satu botol kecil diambil. Dia menuju ke arah Ellysha semula. Gadis itu masih lagi berdiri dengan muka yang pelik. Aryan duduk disofa tersebut dan menarik Ellysha duduk bersama. Tarikan itu membuatkan punggungnya terhempas di atas sofa. Aduihh .

"Lain kali jangan gatal sangat dengan jantan dekat luar sana. Kan dah dapat sakit. Padan muka kau"  kata Aryan tegas sambil membuka penutup ubat tersebut.

Tangan Ellysha ditarik, Ellysha hanya membiarkan . Dia sakit hati dengan kata-kata Aryan tapi dia juga pelik. Aryan menyapu ubat itu perlahan-lahan pada lengan isterinya. Wajah Aryan ditenung lama.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now