🍁 - Bab 55

3.5K 105 4
                                    

Esoknya, sudah pukul 11.30 pagi. Ellysha masih lagi tidak keluar dari bilik. Bukan apa, cuma taknak mengadap muka suami sendiri, buat panas hati sahaja. Nasib baik, dia cuti hari ni. Kalau tidak, susah-susah otak dia nak berfikir macam mana nak keluar dari rumah supaya tidak terserempak Aryan. Di dalam bilik itu hanya ada di sorang. Boleh la dia tayang muka gelisah dia tu.

"Macam mana aku nak hadap muka dia. Ya Allah ! Malunya aku. Orang yang aku benci dulu jadi suami aku. Dan aku jadi isteri kepada orang yang benci aku sampai sekarang. How ni how.." Ellysha gigit kuku ibu jarinya. Dia betul-betul buntu sekarang.

"Eh kenapa dengan aku ni. Bila masa bila aku takut dengan Aryan tu. Apahal pula aku kena rasa gelisah sampai macam ni. Dia bukannya boleh buat apa-apa pun pada kau. Dia tak ada hak " kata Ellysha pada diri sendiri, senyuman mula terukir tetapi sementara sahaja.

Riak muka Ellysha kembali sedih. .

"Tapi dia ada hak.. sebab aku isteri dia. Aduh.. eh tapi hanya atas kertas. Dia tak boleh buat apa-apa kalau kau tak izin kan" Ellysha kembali tenang pada wajahnya. "Betul tak? Betul la tu.. apa kisah?"

Sesaat, dua saat dia gelabah semula. Aduh tak boleh jadi ni

Tiba-tiba dengar suara pintu dibuka dari luar. Ellysha cuba menenangkan dirinya semula sambil memperbetulkan baju yang dipakai itu. Buku yang tidak jauh darinya, diambil untuk cover diri. Tubuh kecil Errysha kelihatan mendekatinya.

"Kenapa kau tak makan sekali kak? Mama tanya tu. Jenuh abang ipar aku jawab. Kesian dia jadi mangsa.." balas Errysha bersahaja. Lalu melabuhkan punggungnya di atas katil. Diorang pun dah habis makan, dia pun ada beritahu marina yang Ellysha tidak lapar. Selamatlah kakak dia.

"Kau cuba mengelak dari abang Ryan kan?"

Berubah muka Ellysha.. Errysha dipandang dan buku yang dipegang dipandang semula "Mana ada. Kenapa pulak aku nak mengelak dari dia.. tiada sebab" jawab Ellysha tenang.

"Aku tengok kau pun aku tahu la kak" Errysha yakin Kakaknya cuba mengelak dari Aryan. Mengelak sampai bila pun, bertembunh juga nanti. Dia kenal Ellysha bukan sehari dua.. mereka adik beradik. Dia dapat rasa apa yang berfikir pada fikiran Ellysha "Aku rasa kau ni dah tak betul ni"

"Kau ni sejak semenjak jadi adik kesayangan abang Ayran kau tu .. bukan main lagi buat aku sakit hati en? Aku tak pernah mengelak dari dia. Aku tak rasa apa apa pun. Meluat ada la" bohong Ellysha untuk menyakinkan Errysha.

"Bagus lah.." balas Errysha "Tapi tulah.. pertama kali aku tengok kau baca buku terbalik.. semalam kahwin hari ni terus bendul and sewel" balas Errysha dengan nada yang tenang sambil scroll iphone ditangan. Tak sewenang-wenangnya dia mengata Ellysha.

Dengar sahaja kata-katanya. Ellysha memandang buku itu semula. Aduhh macam mana boleh terbalik ni.. macam mana la kau boleh tak perasan. Bebel Ellysha di dalam hati. Buku itu dibetulkan semua.

"Mana ada aku baca.. ada kotoran dekat hujung buku ni.." bohong Ellysha lagi. Kau dah kenapa Ellysha, dengan adik sendiri pun nak malu ke? Tak .. aku tak malu dengan dia tapi aku malu dengan Aryan. Ellysha pulak jenis penyibuk. Nak je tahu semua benda.

"Okay.." Errysha hanya okay kan sahaja.

Dia tahu kakaknya bohong. Muka Ellysha mana pernah dan mana boleh tipu dia. Ni Ellysha Qistina lah. Tidak mudah ditipu oleh Ellysha Qaisara.. Kalau terus ditanya bukan mahu dijawab.

"Aku rasa nak keluarlah. Kau nak ikut tak?" 

"Pergi mana?" Soal Errysha

"Pergi mall. Aku lupa jam tangan aku habis bateri, nak pergi tukar. Alang-alang tu.. boleh cuci mata, beli blouse" balas Ellysha sampai memandang adiknya. Teringin juga nak beli baru baru sementara duit masih ada.

"Aku nak shopping. Kau belanja , aku dengan suka relanya akan ikut kau. Boleh? Setuju?" Soal Errysha kembali. Senyuman mula terukir diwajah, mengambil kesempatan sahaja yang Errysha tahu.

Ellysha buat muka meluat. Kalau kata tidak, tak ada sapa nak teman dia "Okay.." balasnya ringkas.

Errysha senyuman lebar. That's my gurl.

"I love you sister. muah" sambil buat flykiss.

Ellysha hanya menjulingkan biji matanya.

Selepas menjamu selera tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas menjamu selera tadi. Aryan terus masuk ke dalam bilik. Sempat lagi menjeling balik Ellysha dan Errysha. Wajahnya jelas tidak berpuas hati. Apabila kaki sudah melangkah masuk dalam bilik. Terus pintu bilik ditutup.. dia menghela nafas tidak puas hati.

"Boleh pula dia tak keluar bilik ? Biar suami kau sorang-sorang pula tu. Tak terasa nak jumpa aku atau tegur aku ke.. ni mesti sengaja nak mengelak dari aku. Kalau la kau tak kongsi bilik dengan Errysha dah lama aku terjah masuk" bebel Aryan sorang.. dia bersandar pada sofa biiknya sambil kaki di atas katil "Nasib je kau kongsi bilik"

"Tak pasal-pasal aku kena soal dengan mama pasal hubungan kita sorang-sorang. Jenuh aku menjawab tadi" macam - macam juga la Marina soal .

Qaira mana? Kenapa tak pergi panggil dia makan bersama? Dia tak sihat ke? Kamu tak ambil tahu ke kalau kamu tu sakit? Macam mana kamu dengan Qaira, dah semakin baik ke? Dah ada perancangan nak ke honeymoon ke? Kamu tu kalau mama dapat tahu suka sangat menyakat Qaira , siap kamu . Macam macam !!!! Geram je dia.

"Aku ni ada isteri ke tidak? Betul ke aku dah kahwin? Kau dah kahwin ke Aryan Mikael?" Soal dirinya dan menganjing diri sendiri.

Tiba-tiba teringat kata-kata, Ellysha, di mana wanita itu pernah berkata lepas kami kahwin, dia nak kami buat hal masing-masing. Tetapi kenapa, Kenapa hati dia taknak ? Dia nak bersama Ellysha.

Dia hanya termenung. Tidak tahu apa mahu buat.

Kedengaran telefon bimbitnya berbunyi dengan nyaring . Terus kepala pantas menoleh ke arah telefon yang berada disebelahnya . Tangan meyampai telefon tersebut.

"Hello? Assalammuaaikum?"

Aryan hanya mendengar suara itu disebalik telefon.

Matanya mula merayau-rayau satu bilik. Akhirnya matanya terhenti di meja bilik itu, kelihatan ada satu file yang berkulit hitam. Tangan mula menepuk dahi.

"Alamak Uncle. Sorry uncle. Saya terbawa balik dokumen projek pembinaan tu" balas Aryan pantas. "Tak apa uncle .. uncle tunggu saya dekat office. Saya bersiap kejap.. saya pergi hantar sekarang" balas Aryan .

"Baiklah uncle.." terus dia bangun dari duduknya.

Talian dimatikan, dia berjalan beberapa langkah untuk ke arah wardrobe. Tapi langkahnya terhenti apabila pintu biliknya dikuak dari luar. Kelihatan tubuh kecil seseorang jelas berdiri didepan pintu, dan mendekatinya. Mata mereka bertemu..

"Ellysha?"

Kenapa tiba-tiba sahaja Ellysha masuk ke dalam bilik dia?














___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now