🍁 - Bab 35

3.8K 114 6
                                    

Makanan yang dibeli tadi tidak usik apabila teringat dengan kata-kata Aryan pagi tadi, betul ke yang si Aryan ni nak berkahwin dengan dirinya. Setahu dia, Aryan sengat-sangat bencikan dia sampai tiada satu pun rasa suka terhadapnya tapi adakah ini salah satu gurauan dari Aryan.

Ish serabut betul bisik hati Ellysha. Dahlah masalah dengan family yang tak anggap dia dengan Errysha anak dan ni masalah Ellysha dengan Aryan pula. Ni mesti sengaja nak cari pasal dengan aku kan Ryan. Kau jangan main-main dengan aku, bengang betul bisik hatinya.

Makanan yang tidak diusik itu ditolak sedikit lalu dia memegang tapak tangan sedikit seperti mengenggam penumbuk, sambil berfikir sesuatu. Semasa dia tengah mengelamun, ada suara yang menegurnya dari belah kiri badannya. Pantas Ellysha memandang lelaki itu, macam kenal.

"Hai awak.." tegurnya bersama senyuman "Ingat saya lagi? Saya pernah tegur awak dekat pintu masuk kolej hari tu. Ingat tak? Nama saya Harris. Harris Irfan"

Ellysha hanya mengangguk dan senyum.

"Of couse saya ingat awak. Awak dari mana ni?"

"Saya baru habis kelas. Boleh saya duduk dengan awak?" Soalnya sambil menyentuh kerusi yang ada didepannya Ellysha

"Sure.. silakan" Ellysha senyum.

Harris menarik kerusi dihadapan Ellysha. Lalu dia senyum dengan hati yang mempersona, dia dah lama sukakan Ellysha tapi ini adalah kali pertama dia nak bersembang dengan gadis pujaan hati. Harris memandang Ellysha.

"Boleh saya kenal awak lebih mendalam lagi?" - Harris

"Maksud awak? Err.. kenapa pula awak nak kenal saya lebih mendalam, saya bukan taknak cerita tentang pengenalan saya tapi saya baru je kenal awak kan, so saya tak berani nak cerita semuanya tapi kita boleh je kawankan?" Ellysha cuma untuk senyuman lelaki tu sampai ke telinga.

"Kawan? Awak anggap saya kawan awak?"

Ellysha mula pelik dengan soalan tersebut.

"Yup. Why?"

"Tak kenapa sekadar kawan je Ellsyha? Saya sukakan awak, saya cinta kan awak. So, saya nak awak balas cinta saya semula, saya tahu saya terlalu jujur dan saya tahu saya orang pertama yang berterus terang dengan awak secara depan-depan dan saya juga nak jadi orang pertama yang melekat dihati awak.." Harris memandang Ellysha dengan wajah yang sayu.

Ellysha terkejut dengan kata-kata lelaki tu. Ah.. sudah.. ambil kau Ellysha siapa suruh kau pakai cantik-cantik lagi dekat kolej lepastu sapa suruh muka kau tu cantik sangat. Kan dah ramai sukakan kau, mesti ramai yang akan jujur seperti Harris jujur, satu datang seribu lagi akan datang bisik hati Ellysha sendiri.

"Er.. Harris. Saya tak kenal awak dan saya tak boleh terima cinta awak. So tolong faham saya. Saya bukan tak suka dengan awak, saya suka tapi sekadar kawan sahaja. Please understand me" rayu Ellysha pula, dia taknak bagi harapan dekat Harris.

"Tapi saya tak anggap awak sekadar kawan saya. Saya anggap awak lebih dari itu.. awak pernah dengar tak? Cinta lepas kahwin lebih indah?" Harris senyuman yakin.

"I do not know you, Harris. Baru dua kali kita terserempak, takkan lah saya nak terima awak macam tu je, mustahil" balas Ellysha "Lagi pun saya ada pilihan hati saya sendiri"

Senyuman Harris hilang

"Pilihan hati sendiri? Siapa?"

Ellysha mengeluh sebelum menjawab tetapi tidak sempat dia nak jawab, telefonnya berbunyi tanda ada mesej masuk. Wajah Harris dipandang sebelum dia mengambil telefon tersebut, kelihatan mesej daripada Aryan.

Dia lupa yang sekarang ni waktu balik dan dia pula pergi makanan dekat kantin, mesti Aryan akan bising dekat dia nanti. Dalam kereta sampai rumah, hanya dengar suara dia sahaja. Ellysha mula membaca ayat tersebut.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now