🍁 - Bab 5

4.2K 133 1
                                    

Ellysha dan Errysha memandang kerja sekolah yang ingin disiapkan itu. Banyak kerja yang diberikan oleh cikgu, kali ini baru sempat buat kerana masa yang lain sangat sibuk. Sibuk dengan kerja rumah yang banyak!

Ellysha mengemas bukunya. Nanti dah nak sekolah semula. Baju yang Syafiq kotorkan tadi dibasuh balik sebab kotor kena tanah. Baru sahaja tangan mereka ingin menutup zip beg sekolah, mereka terdengar suara Qamal memanggil mereka dengan kuat.

Ellysha dan Errysha memandang satu sama lain. Tangan cepat-cepat menutup zip beg tersebut, mereka berlari dengan cepat ke arah mereka semua yang berada diluar itu apabila suara Qamal seperti sedang marah.

Sebaik sahaja muncul dipermukaan pintu masuk, semua manusia itu dipandang saling berganti. Apa yang diorang buat dekat luar ni? Ellysha dan Errysha memandang Qamal

"Ell! Mari sini! Cepat!" Panggil Qamal kasar.

Ellysha menuju ke arah Qamal dengan wajah yang pelik. Kenapa ayah marah-marah? Dia mendekati Qamal dan dia memandang ke arah Qamal pandang. Alangkah terkejut, Ellysha dan Errysha melihat kesan toreh di kereta tersebut tambah pula dengan tayar pancit.

"Apa yang jadi ayah?" Soal Ellysha pelik

"Apa yang dah jadi Ell tanya ayah?! Sekarang ayah nak tanya Ell, apa yang Ell dah buat dekat kereta ayah! Ell ingat ayah beli kerata ni dengan air liur ke Ell?!" Marah Qamal secara tiba-tiba.

Ellysha agak terkejut apabila dia dituduh merosakkan kereta ayahnya sendiri. Kepala Ellysha digeleng-geleng sedikit. Bukan aku yang buat semua benda ni.. bisik hati Ellysha dengan wajah yang sedikit panik.

"Bu..bukan Ell yang buat semua ni. Ell.. Ell dengan Rysha tengah buat kerja sekolah tadi!" Ellysha cuba membela diri sendiri daripada terus dituduh, suara mula gagap.

"Buat kerja sekolah apa!? Kenapa mak beritahu ayah yang Ell rosakkan kereta ayah?! Bila mak nampak Ell toreh kereta ayah terus Ell lari.. kan?! Ell memang dah melampau!" Tengking Qamal kepada anaknya.

Kenapa budak yang baru nak membesar itu terus dimarah begitu? Kenapa tidak bertanya elok-elok sebelum marah? Ini kerana hasutan Rashida, hasutan dia kalah dengan hasutan syaitan.

"Ayah tanya ni!" Tengking Qamal

"Abang.. kesian dia. Janganlah marah dia macam tu. Dia mesti tak sengaja toreh kereta abang. Janganlah marah diorang, diorang kecil lagi kan.." tegur Rashida dengan lembut tetapi dalam diam gembira.

Syafiq memandang mak dia.

"Mak.. mana ada orang toreh kereta dengan tak sengajalah mak. Tak logik langsung. Mak sendiri yang cakap kan Ellysha ni yang toreh tapi bila nampak mak je.. dia lari terus.." Syafiq membalas kata-kata mak dia.

Ellysha memang dah mula pelik. Sejak bila pula dia toreh kereta ayah dengan sengaja ni, gila ke? Nak kata benci dekat Qamal pun tidaklah.. sebab Qamal ada lah ayahnya. Kalau marahkan Qamal sekalipun.. tak akan lah Ellysha nak buat kerja jahat kut..

"Makcik tipu! Kak Ell tak pernah buat benda jahat macam tu! Kak Ell tak pernah toreh kereta sesiapa, kenapa makcik dengan Syafiq jahat sangat?! Kenapa nak tuduh kakak Rysha yang buat?!" Jerit Errysha dengan kuat.

"Rysha! Jangan biadab, ayah dah cakap banyak kali kan? Panggil diorang mak dengan abang! Diorang lagi tua dari Rysha, Syafiq ni bukan tua setahun dua je dengan Rysha! Panggil abang, jangan cuba nak biadab!!" Marah Qamal kepada anaknya.

"Taknak! Rysha tak nak, Rysha benci diorang! Kak Ell dengan Rysha benci diorang, diorang dah hasut ayah jadi jahat! Selama ni ayah tak pernah marah Rysha masa ibu ada.. tapi kenapa ayah berubah, kenapa?!" Errysha mula menangis wajah ayahnya dipandang sayu.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now