🍁 - Bab 68

3.6K 102 7
                                    

Ellysha sedang membasuh sayur-sayuran di singki dapur. Semasa dia leka membasuh sayur, dia dapat rasakan ada seseorang yang memeluk dia dari belakang. Terperanjat gadis itu, tangan yang bergerak-gerak mencuci tadi pun terhenti secara spontan. Ellysha tahu siapa gelaran yang peluk dia, tinggal dalam rumah berdua je.

"Rindunya isteri abang ni, hati abang pedihlah bila kita berpisah walaupun sekejap" Kata Aryan sambil tangan masih memeluk pinggang gadis itu dari belakang.

Mengada-ngada eh lelaki ni.. makin bersemut dia. Gelinya aku !

"Jangan nak mengada, Ryan. Lepaslah.. saya sibuk membasuh ni. Takkan awak tak nampak kut.. Saya siku sat lagi kang.. kalau saya pegang pisau tadi tau-tau nyawa ikan awak dibuatnya" Ujar Ellysha dengan suara yang sederhana dan tegas.

Aryan berkerut dahi. Panggilan Ellysha sudah bertukar.

"Saya?" Aryan pelik.

Ellysha hanya membuat muka tenang. Dia sedikit mengeluh, dia juga rasa kurang selesa apabila bersaya-awak dengan suaminya. Ya la, sudah terbiasa beraku-kau dari first-time jumpa. Tapi dia nak cuba tukar panggilan kerana dia sedar dia seorang isteri dan dia juga sedar Aryan sudah tidak sama seperti dulu.

"Yelah.. sampai bila saya nak beraku-kau.. cakap lama-lama tak bagus juga kan.." balas Ellysha tenang.

Aryan senyum . Pelukkan dilepas . Dia memandang wajah isterinya yang leka membasuh sayur. Senyuman lebar diukir pada wajahnya.

"Abang lagi suka kalau sayang panggil abang 'abang' . Baru sweet dengar. Sejuk je hati ni bila dengar" kata Aryan lembut.

"Belum masa.." jawab Ellysha ringkas.

Aryan hanya senyum pahit.

"Tak salah kalau sayang practice panggil abang 'abang' daripada sekarang kan?" Ujar Aryan lembut "Tak apalah.. abang faham. Sekurang-kurangnya sayang belajar terima abang dalam hidup sayang.."

Ellysha hanya diam sahaja. Kata-kata cinta yang diluahkan Aryan semalam amat mengejutkan dia. Kalau Aryan dah mula sayangkan dia, kenapa dia tak cuba untuk terima Aryan dalam hidupnya. Dia juga pernah rasa cintakan Aryan . Walaupun cinta itu tak sekuat cinta Aryan padanya, tapi dia boleh cuba untuk menerima Aryan.

Tangannya selesai membasuh terus dilap pada kain. Dia menuju ke arah meja makan. Dia duduk terlebih dahulu sebelum memandang semula ke arah suaminya.

"Awak tercegat apa lagi dekat situ, marilah makan. Kejap lagi awak nak pergi kerja kan? Lambat nanti membebel pula" Soal Ellysha kepada Aryan, matanya kembali memandang makanan.

Aryan mendekati meja makan . Ellysha sendukkan nasi goreng itu kepada Aryan. Kemudiannya, sudu pula diambil dan diletakkan di atas pinggang sebelum menghulurkan nasi itu kepada suaminya.

"Thank you sayang.." kata Aryan senyum.

Ellysha hanya senyum sekilas. Aryan memandang wajah isterinya sambil tangan bermain-main dengan sudu selepas satu suapan pada mulut.

"Sayang fikirkan apa tu? Terfikir wajah abang segak bergaya ni ke? I know sayang.. tak perlu sayang nak puji dalam hati" kata Aryan tiba-tiba dengan senyuman berlagak. Dia juga sedikit ketawa sinis

Ellysha memutarkan biji mata.

"Awak ni memang kuat perasan kan? Tak habis-habis puji diri sendiri. Bila masa pula saya puji awak. Saya tak ada masa nak puji memuji ni.." nafi Ellysha.

"Sayang tahu tak? Sayang tu dah dapat suami yang handsome. Kegilaan wanita. Ramai yang suka abang. Sayang tu patut bersyukur abang pilih sayang.." Aryan masih lagi dengan keberlagakan dia dan kebanggaan itu.

Beautiful SufferingWhere stories live. Discover now