Syafiq menuju ke arah Rashida dan Sophia dengan lebih dekat lagi. Dia memandang kedua-dua anak beranak itu sibuk dengan membasuh sayur untuk memasak, Syafiq meletakkan beg kerjanya.
"Sibuk nampak.." sapa Syafiq, dia duduk diatas meja makan itu sambil mata dia memandang mak dan adik dia itu.
"Syafiq macam tak pernah nampak mak buat kerja macam ni kan? Sejak pemergian dua budak tu. Semua kerja mak yang buat, Fiq mana pernah tolong mama kan? Yang Sofi ni pula.. sibuk nak duduk dengan bapak dia" Balas Rashida tegas sambil menjeling Sophia yang ada disebelahnya itu, kenapa tiba-tiba nak bersuara tegas pula? Bad mood ke bisik hati Sophia.
"Kalau mak rasa penat macam ni.. kenapa mak pergi halau diorang tu? Sekurang-kurangnya diorang ada untuk olong mak, tak payah nak buat kerja sorang-sorang dah.." balas Sophia tenang.
"Bila masa aku halau diorang ah?" - Rashida
"Tu bukan niat jahat mak ke? Memang mak tak halau tapi mak rasuk ayah Qamal tu halau diorang. Kuat betul hasutan mak.. mak jangan ingat Sofi tak tahu apa-apa. Abang Fiq dah cerita semua.." beritahu Sophia "Mak takbaiklah nak pisahkan anak beranak.."
"Yang kau nak menangkan orang luar dari mak sendiri kenapa? Kau bukan taktahu aku benci dengan budak-budak tu.." kasar Rashida menghempas sayur itu.
Sophia hanya diam..
"Mak.. agak-agakkan? Manalah diorang duduk sekarang ni kan? Kesian diorang tu, bila ingatkan balik 10 tahun yang lepas.. diorang tak ada apa-apa pun, duit nak makan pun tak ada. Entah hidup, entah mati.." soal Syafiq sambil memandang mak dia.
"Kau ni kenapa?" - Rashida
"Tak adelah.. tiba-tiba rindu dekat diorang.."
"Hey! Mulut kau jangan nak merepek Fiq! Aku tak suka kau dengan budak dua ekor tu. Kau jangan sesekali nak suka atau nak rindu diorang, aku tak suka! Kau kena ingat benci, benci dan benci!" Marah Rashida dengan suara yang tegas.
"Mak.. kenapa mak benci sangat dengan diorang? Kita taktahu diorang dekat mana, entah hidup, entah mati. Kalau hidup Alhamdullilah lah sebab mak masih ada masa nak minta maaf tapi kalau diorang dah tak ada tanpa memaafkan mak.. mak jangan menyesal" kata Sophia selamba.
"Mulut kau dengan bapak kau sama je kan Sofi! Kau memang patut pun ikut bapak kau tak payah ikut aku. Syafiq ni je yang faham aku!" - Rashida
"Sofia dari dulu sampai sekarang pelik dengan mak tau tak.. kenapa mak benci sangat dengan diorang? Apa yang diorang buat dekat mak? Nak kata mak berdendam dengan arwah mak diorang tak juga kan? Mak pun tak kenal siapa arwah.." Sophia memandang Rashida dengan ekor mata.
Rashida membaling sayur yang ditangannya dengan kasar sehingga air yang ada didalam sangki itu merecik keluar. Terkejut Sophia dibuatnya, dia memandang Rashida yang menuju pergi dari situ.
"Kau suka sakitkan hati aku!" - Rashida.
Sophia kisah apa? Yang dia tahu dia tegur benda yang sepatutnya dia tegur, mak dia memang dah melampau tapi dia hanya dapat menasihat mak dia sahaja. Sebelum kelibat Rashida hilang, Sophia bersuara.
"Mak.. siapa nama diorang?" - Sophia.
"Kau pergi siasat sendiri! Syafiq, kalau kau sayang mak, kau jangan nak beritahu adik kau ni. Aku sayang adik kau ni tapi aku merajuk dengan dia, sakit hati!" Rashida terus pergi dari situ dengan keadaan yang membara.
Syafiq memandang Sophia.
"Sorry, I can't tell you" ringkas Syafiq.
Sophia hanya menjeling, dah tua-tua pun nak merajuk. Sophia yang rasa muka dia yang kena air itu mula menyentuh dan menyapu muka sendiri. Air sangki kotor kena muka dia, be like!
![](https://img.wattpad.com/cover/234130921-288-k472399.jpg)
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
Roman d'amourBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...