Aydan dan Errysha baru sahaja tiba di rumah. Ellysha yang duduk di sofa itu memandang ke arah mereka apabila terdengar suara yang gelak ketawa. Bukan main happy lagi diorang ni, tapi Ellysha taknak Errysha terlalu berharap sangat sebab dia tahu kalau semua ni terbongkar mesti mereka akan dilayan teruk.
Ellysha pergi ke arah mereka sambil tersenyum sedikit. Aydan dan Errysha berhenti ketawa bila ternampak Ellysha, mereka hanya senyum sendiri sambil tersengih-sengih.
"Bukan main happy lagi korang ni.." tegur Ellysha
"Mana tak happynya kak. Assignment aku siap, lepastu aku dipuji. Gila tak happy, mesti satu kolej tu kenal aku sebagai seorang pelajar yang cemarlang" jawab Errysha "Kan.. abang.." Errysha mengiku pinggang Aydan.
"Hah.. betul.." sokong Aydan
"Macam tak logik je alasan kau.." kata Ellysha.
"Apa yang kau rasa tak logik?" Soal Errysha pelik
"Alasan yang kau bagilah. Takkan lah lecturer nak puji kau satu dewan disebabkan kau siap assignment je. Kau tu pula takkan lah nak bangga diri atau berlagak? Pelik.." jawab Ellysha sambil berpeluk tubuh.
"Memang lah kau fikir tak logik dengar aku punys alasan sebab aku tipu kau.." Errysha ketawa sedikit selepas habis bersuara, Aydan dipandang sebelum pandang Ellysha semula.
Muka menyampah dihadiahkan.. tak kelakar!
"Sebenarnya aku sembang biasa-biasa je dengan Aydan. Lepastu Aydan ni adalah buat lawak bodoh sampai aku nak tergelak, lepastu dia gelak dengan lawak yang dia buat sendiri" jawab Errysha jujur.
"Ouh.. lawak apa tu?"
"Lawak bodoh lah.. kak.. aku naik atas dulu tau. Badan melekit, kan abang kan? Jom naik bilik, mandi" ajak Errysha menuju ke arah tangga diikuti Aydan.
"Kak.. Aydan naik dulu tau.." - Aydan
"Ok.. jangan masuk bilik yang sama sudah" pesan Ellysha, dia suka bila tengok adik dia happy macam tu. Kalau nak ikutkan, dulu mereka banyak menangis daripada tersenyum apatah lagi ketawa.
Sebaik sahaja kelibat mereka hilang, Ellysha mula rasa bosan seperti tadi. Dia nampak Kalsom menuju ke arah dapur, terus dia pergi ke arah dapur juga, mesti Kalsom nak basuh baju. Kalau nak masak.. terlalu awal pula.
Kaki Ellysha menuju ke arah dapur, punggung dilabuhkan diatas kerusi tersebut. Kalsom yang perasan kehadiran Ellysha hanya tersenyum kepadanya.
"Mak som. Mak som nak basuh baju ke?"
"Yelah.. taklah nak tengok tengok tv pula.."
Ellysha senyum pahit. Kenapa kau tanya soalan bodoh dekat mak Som. Kan dah kena setempek, Ellysha hanya diam sambil memain balang yang ada diatas meja itu. Kalsom yang tengah memasukkan baju dalam mesin basuh itu, perasan yang Ellysha termenung.
Sebaik sahaja dia selesai basuh baju, dia basuh tangannya dan duduk dihadapan Ellysha. Wajah gadis muda itu dipandang dengan senyuman yang ikhlas.
"Qaira kenapa ni? Nampak sedih je.." - Kalsom
"Tak ada apalah mak som. Just boring" - Ellysha
"Kalau boring kenapa tak keluar dengan kawan-kawan je? Kalau Qaira keluar dengan kawan-kawan, Tan Sri dengan Puan Sri takkan marah kut. Lagipun mesti diorang faham yang, anak dara dia ni bosan" beritahu Kalsom.
Ellysha senyum paksa
"Taknaklah. Malaslah nak keluar, lepas balik dari kolej, Qaira selalu duduk rumah. Kalau keluar pun bila ada hal penting dengan kawan. Contohnya nak siapkan assignment" jawab Ellysha jujur.
"Kalau kamu tak fikir pasal nak keluar rumah mesti kamu ada fikir benda lain kan.."
"Fikir benda lain? Benda apa mak Som. Tak fikir apa-apa pun.. bosan je.." balas Ellysha jujur samnil menunduk kepala dengan senyuman.
"Maksud mak Som. Kamu fikir tentang keluarga kamu.." jawab Mak Som dengan perlahan, dia tahu Ellysha senyum itu hanya kerana terpaksa bukan Ellysha happy pun. Happy kalau dengan Errysha, Tan Sri dan Puan Sri sahaja.
Ellysha terkejut dengan soalan itu tetapi dia hanya buat muka biasa dan tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kalau dia tak pandang Mak Som mesti senyumannya hilang.
"Maaflah kalau mak Som tanya ni. Kamu taknak cari diorang ke? Kesian diorang, mesti diorang tengah cari kamu dengan adik kamu sekarang ni.. tak rasa nak pulang ke?" Soal Mak Som.
"Buat apa saya nak cari diorang mak Som? Diorang dah halau kitorang, lepastu sempat cakap yang dia haram kan kaki kitorang jejak dekat rumah tu. So, buang masa je, kalau datang terus kena halau. Buat malu lagi adalah... Qai.. Qai rasa Qai dah taknak ambil tahu pasal diorang.. buat stress je. So, Qaira malas.. malas nak ingat semua tu dan malas nak ingat diorang" jawab Ellysha tenang, senyum palsu ditayang.
Kalsom kesian dengan Ellysha dan Errysha.
"Tapi kamu taknak cuba balik ke? Mana tahu diorang dah boleh terima kamu jadi keluarga diorang kan.. ayah korang mesti sayang korang. Dia takkan buang anak dia"
"Sayang apa kalau halau anak sendiri disebabkan percaya dengan kata-kata bini dia tu. Kalau dia sayang kitorang, dia akan cari kitorang.. takpayah nak tunggu 10 tahun baru nak cari.." balas Ellysha tanpa nada "Sekarang kenyataan dia, lelaki tu dah buang kitorang!"
Kalsom hanya diam.. semasa mereka masing-masing tidak bersuara, mereka nampak Amar menurun tangga dan menuju ke arah mereka bersama satu file berwarna hitam ditangannya.
Amar senyum memandang mereka berdua kemudian biji matanya terus memandang ke arah Ellysha yang kelihatan senyum pahit itu. Amar memandang file laporan itu sebelum dia kembali memandang Ellysha.
"Qaira.. papa nak minta tolong boleh?"
"InsyaAllah boleh.. papa nak Qaira tolong apa? Eh.. papa tak kerja ke hari ni? Awalnye balik kerja, mama mana? Mama dalam bilik ke?" Soal Ellysha bertubi-tubi.
"Eh.. mana ada mama dah balik. Mama masih dekat butik dia. Papa pula balik sebab papa nak kena tukar pakaian sebelum pergi meeting dekat syarikat kawan papa.. papa nak minta tolong Qaira boleh sebab papa dah lambat ni" beritahu Amar dengan wajah yang kalut.
"Apa dia? Kalau Qai boleh tolong, Qai tolong"
"Qaira tolong pergi office abang Aryan. Bagi file laporan ni dekat dia boleh? Papa nak kena terus pergi company kawan papa.."
Ellysha memandang file laporan yang diletakkan di atas meja itu perlahan-lahan. Dia kena bagi Aryan file ni dekat Aryan lelaki yang suka cari pasal tu? Aduih.. kenapa Aryan, kenapa bukan orang lain! Ellysha senyum kepada Amar.
"Boleh je tapi.. kereta Qaira kan rosak.. papa lupa je?" Soal Ellysha perlahan, harap-harap alasan ni boleh buat dia tak berjumpa dengan Aryan.
"Papa tahu. Qaira boleh naik dengan Pak Mat sebab papa pergi sendiri, lagipun abang Aryan perlukan file ni secepat mungkin sebab banyak lagi kerja yang dia perlu selesaikan" Beritahu Amar
Ellysha menolak rambutnya kebelakang sedikit apabila rambut itu menutupi mata. Dahi yang tidak gatal digaru. Sesekali dia memandang Mak Som. Aduih kenapa kau tak ambil terus file ni masa kau hantar aku tadi, Ryan!
"Okey.. nanti Qaira hantar"
"Terima kasih. Kalau dah nak pergi, Pak Mat ada dekat luar tau, papa gerak dulu. Papa dah lambat. Assalammualaikum" Amar senyum sebelum berlalu
"Wslm" jawab Ellysha dan Kalsom
Ellysha mengeluh kuat. Badan yang disandar itu diangkat sambil menarik nafas dan menghembus nafas. File itu dipandang, Kau pergi jelah hantar file tu bisik hati Ellysha.
"Mak Som, Qaira pergi dulu tau.."
Ellysha mengambil file laporan itu dengan tangan yang berat. Kakinya lalu menuju menaik tangan untuk mengambil handbeg dan telefonnya. Selepas dia rasa semua lengkap dekat diri dia terus dia menuju ke arah Pak Mat.
________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉
YOU ARE READING
Beautiful Suffering
Storie d'amoreBeautiful Suffering ! MANY CHAPTERS BUT PENDEK (DONT SKIP, NANTI TAK FAHAM) Sejak pemergian ibu tersayang, hidup Ellysha berubah 360 darjah apabila ayahnya, Qamal berkahwin dengn Rashida. Perempuan yang berpura-pura baik didepan Qamal tetapi dibela...