This chapter takes place in between chapter 59-60.
_________________________________________
"Any plan macam mana nak lure the syndicates out?" Eve yang baru sahaja sampai di markas terus bertanya soalan tersebut kepada anak buahnya.
William menjungkitkan bahunya, begitu juga dengan Afiq. Mereka tidak dapat fikirkan lagi cara yang sepatutnya digunakan untuk menarik sindiket dadah itu keluar daripada sarang mereka.
"I kinda have an idea," Lucy bersuara, dia bangun dari sofa yang didudukinya dan berdiri di tempat kebanyakkan rakan sekerjanya berkumpul.
Melvin menjongketkan keningnya, bertanyakan apa yang bermain di dalam minda Lucy Grey.
Lucy memandang wajah Daniel buat seketika sebelum dia menyambung ayatnya, "but it might risk our reputation,"
"Just say it," Tengku Mikael mengesa. Dia tidak kisah fasal reputasi, dia lebih kisah jika jenayah ni tak dapat diselesaikan.
"Be one of their dealer," mendengar cadangan Lucy, Daniel bingkas bangun dari kerusinya.
"Are you insane? Kau gila ke nak berurusan dengan penjual dadah? What if we got caught in the mission? Kena salah faham, kita semua masuk penjara," bertubi-tubi ayat keluar dari mulut Daniel.
Betul, Daniel selalunya tidak gelabah seperti itu, tapi bila berkait dengan berurusan benda haram, dia terpaksa bersuara.
Soalan-soalan yang diajukan oleh Daniel tadi membuatkan hampir semua rakan sekerjanya menundukkan kepala, kecuali Lucy and Eve yang masih lagi tenang.
Mereka sudah biasa dengan perangai Daniel yang tidak suka mengambil peluang yang bahaya.
"Niel, pihak atasan tahu kita uruskan kes ni, trust me, this is the only way to do it," Lucy cuba berlembut dengan Daniel walaupun dia tahu, apa cara sekali pun, Daniel paling tak suka idea sebegitu.
"No, it's a big no, Lucy. Dealing with them one thing, what if things go south. Siapa nak bertanggungjawab?"
"Aku,"
Serentak semua orang yang ada di dalam markas ketika itu berpaling ke arah punca suara itu datang.
Terlihat figura Quin yang berpakaian serba hitam. Dalam tangannya terdapat sehelai jaket kulit berwarna hitam.
Jaket kulit yang sangat familiar buat Daniel.
"Quin, come on, you won't agree with her, right?" Daniel menyoal, seperti tidak percaya Quin memihak pada Lucy ketika itu.
Sedangkan dia sudah sedia maklum, Quin akan melakukan apa sahaja selagi kes mereka tidak selesai. Termasuklah menggadai nyawanya sendiri.
"Aku setuju dengan cadangan Lucy, sepenuhnya. Sekarang kita kena plan out macam mana nak deal dengan diorang," balasan Quin mendapat satu senyuman segaris dari Lucy.
Dia lega sekurang-kurangnya ketuanya bersetuju dengan idea mengarut dia tu. Mengarut tapi berguna.
"Tapi Quin-"
"Duduk, Daniel. Aku setuju, dan Eve pun nampak setuju. Kita kena teruskan dengan plan ni," belum sempat Daniel menghabiskan ayatnya, Quin telah menyampuk.
"Quin, kita nak deal dengan diorang tu tak apa, tapi sekarang ni kita memerlukan jumlah wang yang banyak, diorang tak pandang kalau setakat RM5k untuk sekilogram dadah," Eden menyuarakan pendapatnya.
"See, we have a problem already even before we start planning. Cancel jerlah cara tu, Quin," Daniel masih tidak berpuas hati.
Dia bukan takut sangat untuk ambil risiko, dia tak mahu apa-apa terjadi kepada rakan-rakannya je sebenarnya.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...