Mata Alicia mengerling sekilas jam tangan Casio miliknya. 'Lambatnya sekolah nak habis'. Bisik hatinya.
Dia sudah penat nak belajar. Fokus lagilah penat.
"Cikgu akan agihkan kertas latihan untuk kamu semua. Sila jawab dengan tekun dan jangan meniru. Anggap sahaja ini peperiksaan besar kamu." Puan Fatimah atau lebih dikenali sebagai cikgu Matematik Tambahan mengagihkan kertas latihan kepada semua pelajar 5 Pearl.
Ariana dan Alicia menerima kertas latihan dengan tenang. Tak gementar pun.
Kertas latihan itu dibuka setelah diberikan arahan. Tangan mereka lincah menekan kalkulator dan menulis jawapan pada kertas latihan. Maklumlah cikgu bagi kertas latihan Matematik Tambahan kertas 2. Kena jawab disertakan jalan pengiraan.
"Eh,kenapa aku rasa soalan ni pelik semacam." Itu lebih kepada ayat penyata. Alicia mengetuk-ngetuk mejanya menggunakan pen biru yang dipegangnya untuk menulis.
"Diam ah bangang." Ariana sudah naik rimas dengan bunyi pen milik Alicia.
"Ouhh,ha! Dah tahu! Thanks sebab kau bangang kan aku." Ariana terkejut. Eh ada fungsi juga dia panggil Alicia bangang.
Mereka berdua meneruskan latihan.
"Kena samakan penyebut bagi x dan y kena tambah dengan yang sebelah." Monolog Alicia.
"I'm done!" Dia meletakkan pen biru miliknya. Puan Fatimah terkejut. Jam ditangan ditilik sekilas.
"Kamu buat 45 minit je. Dah yakin dapat markah penuh?" Alicia mengangguk penuh yakin. Tiada senyuman pun yang diukir.
Haziq yang masih berbaki 5 soalan terkejut. "Yakin betul minah tu." Bisik Haziq perlahan sekadar dapat didengari oleh Haidar.
"Confident itu penting." Haidar hanya menambah. Dia meneruskan latihannya.
"Alicia, sila hantar latihan kamu. Saya mahu menanda jawapan kamu." Alicia berdiri dan berjalan ke arah meja guru. Kertas latihan itu dihantar pada Puan Fatimah.
Dia kembali ke tempatnya. Sempat juga dia menjeling ke arah Haziq yang sudah tersangkut dengan soalan yang dia turut sama tersangkut sebentar tadi. Jodoh dah tu. Soalan sama yang mereka tersangkut.
"Siap!" Ariana meletakkan pen birunya secara kasar. Dia terus bangun dan menghantar kertas tersebut.
Ariana mengambil tempatnya disebelah Alicia. Alicia duduk ditepi tingkap dan depannya Haidar manakala Ariana duduk disebelah laluan dan depannya ialah Haziq. Macam itulah kedudukannya.
Ariana dan Alicia sudah tepuk lima. Maksud aku, high five.
"Mamat depan kau tu tengah stuck dekat soalan yang kau bangang kan aku tadi." Ariana tergelak. Perlahan. Jelas lesung pipitnya terbentuk.
"Aku tahu. Dia still stuck dekat soalan tu." Kini giliran Alicia pula ketawa. Sama seperti Ariana, perlahan.
Entah bahagian mana yang lawak tapi mereka tetap gelak.
Setelah 15 minit berlalu, semua pelajar sudah menghantar kertas latihan. Dengan segera Puan Fatimah menanda kertas mereka semua.
"Alicia Evelyn, berdiri." Alicia berdiri. Semua mata memandangnya.
"Apa tengok-tengok? Ada hutang?" Itu dia, Alicia the gangster dah keluar.
Semua menggeleng.
"Tahniah! Kamu mendapat 100% bagi latihan kali ini." Semua orang menepuk tangan. Tidak menyangka.
Alicia berjalan ke hadapan. Tiada riak angkuh pun dia tunjukkan. Tapi muka dingin masih ditayangkan.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...