HS-15

3.1K 185 1
                                    

"Cikgu nak kamu semua ubah tempat duduk. Susun meja dalam bentuk kumpulan. Satu kumpulan kena campur lelaki dan perempuan, lagi senang untuk buat kerja." Arahan daripada Puan Fatimah itu membuatkan mata Izzara membulat.

Ini gila! Apa ni suruh ubah tempat duduk, tapi kena campur? Eyyy...lagi-lagi kalau kena duduk dalam kumpulan ada pengawas-pengawas skema dan kerek. Budak nerd lagilah dia tak mahu!

"Aishy Izzara, alihkan meja awak kebelakang. Awak dan Ikha akan duduk satu kumpulan dengan Irfan dan Arish." Dengan tidak relanya, Izzara menurut juga kata-kata cikgu tersebut.

Kenapa mesti satu kumpulan dengan pengawas skema? Bersabarlah duhai hati!

Guru itu berpusing di dalam kelas, melihat penyusunan meja. Sebenarnya dia sudah tulis cara nak susun meja macam mana dekat whiteboard ni cuma nak campurkan.

Ariana masih berdiri terpaku disebelah mejanya. Dia malas nak susun meja. Lagi-lagi apabila Haziq dan Haidar yang kena ada satu kumpulan dengan dia.

Oh tolonglah!

"Eh Ariana. Kenapa tak susun lagi meja kamu?" Tegur Puan Fatimah. Dia memandang ke arah Alicia, Haziq dan Haidar yang turut tidak menggerakkan meja mereka.

Ariana hanya diam.

"Cikgu, tak akan cikgu tak tahu. Diorang berempatkan selalu bergaduh. Macam mana nak duduk dalam satu kumpulan?" Seorang pelajar lelaki menyampuk.

"Ha'ah. Betul tu cikgu!" Rakannya menyokong.

"Bergaduh sebab nak attract attention Haziq je. Nak suruh Haziq always fikirkan dia." Seorang pelajar perempuan menyambut. Lagaknya seperti tidak puas hati.

Ariana terus menjeling ke arah pelajar perempuan tersebut. Sama perangai macam Natasha!

Arish yang mendengar hanya mampu menahan sabar. Kalau diberi peluang, mahu di cili je mulut perempuan tu! Ada hati nak mengata adik orang.

"Kalau dia tak mulakan. Ada ke aku nak kesah?" Ariana menyoal. Dia memandang tepat ke arah mata pelajar perempuan itu. Tubuhnya dipeluk.

Marah ni marah!

"Kau boleh je, sabar. Tak payah nak tinggikan sangat ego kau. Ego tinggi-tinggi bukan boleh bawa ke mana pun."

Ariana berdecit. "Fuhh..kau cakap macam kau tak ada ego. Listen here, if you don't have any ego, people will pijak you like nothing happen and you can't defend yourself. Understand?" Terkelu pelajar perempuan tersebut.

Tak sangka, otak Ariana boleh digunakan buat masa sekarang! Pelajar lain hanya mendiamkan diri. Terkejut juga sebenarnya.

Puan Fatimah juga tak mampu untuk bersuara. Nak marah pun rasa tak kena tempat.

"Okay, dah. Ni macam nak mulakan perang pula. Korang berempat kena cuba berbaik dan buat kerja berkumpulan bersama-sama. Jangan bergaduh."

Haziq terus menyusun mejanya membentukkan satu kumpulan yang tidak lengkap. Haidar membuat perkara yang sama.

Ariana menolak mejanya dengan kasar dan terus menghempaskan punggung. Sakit dihatinya masih ada!

"Sabar, babe." Ujar Ikha. Ariana hanya menangguk. Alicia menolak mejanya supaya rapat dengan Ariana.

Dia melabuhkan punggung disebelah Ariana.

"Baiklah. Tahniah kerana telah menyusun meja kamu semua! Kita mulakan pelajaran seperti biasa."

Ariana dan Alicia hanya diam menjeling penghuni meja yang satu kumpulan bersama mereka. Rasa nak cekik je kedua-dua lelaki itu!

Ikha sudah berpeluk tubuh. Mukanya menunjukkan reaksi marah. Kalau ada peluang, mahu meletus juga kemarahannya.

Izzara menekup mukanya pada meja. Tak tahulah sampai bila dia boleh bertahan dengan kedudukan meja begini. Ada jugalah perang yang wujud nanti.

Entah-entah, kerja berkumpulan yang cikgu bagi pun tak dapat disiapkan! Mahu kena denda semua orang!

.........

Keretanya diparking di dalam garaj. Kakinya melangkah keluar dari kereta sambil memikul beg di bahu sebelah kiri. Blazer dibuka. Rambutnya disanggul ala-ala messy hair bun. Panas yang amat!

Kakinya terus melangkah ke pintu utama rumah. Salam diberikan dan dia terus masuk ke dalam. "Ari dah balik." Laungnya. Dia terus mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

Beg sekolah dicampak ketepi meja belajarnya. Badan dihempaskan ke atas katil.

Tali leher dilonggarkan. Butang lengan kemejanya dibuka dan disinsing ke siku. Satu keluhan kepenatan dilepaskan. Dia menggeliat kecil.

I know that what I do isn't right
I can't stop what I love to do
So I murder love in the night
Watching them fall one by one they fight

Do you think you'll love me too?
Ooh, ooh, ooh
Baby, I'm a sociopath
Sweet serial killer

Tangannya digapai untuk mencapai handphone yang berada di atas meja kecil. Nama pemanggil dilihat.

"Kenapa?" Soalnya terus.

Pemanggil tersebut terus menjawab soalannya. Menerangkan satu persatu maklumat yang dia peroleh.

"Okay, kejap lagi aku pergi." Panggilan dimatikan oleh Ariana.

Dia terus bangun dari pembaringan. Dia membaiki ikatan rambut miliknya supaya lebih kemas. "Orang nak rehat kejap je. Mesti ada kerja." Keluhnya.

Dia mengambil tuala dan memasuki bilik air.

Setelah selesai mandi, dia memasuki walk in closet miliknya. Sehelai t-shirt berwarna hitam, leather jacket dan sehelai seluar jeans diambil.

Dia terpandang pada bahu belah kanan miliknya. Seksa! Masih bengkak dan sakit!

"Entah bila nak sembuh. Aku nak menulis pun susah." Rungutnya. Dia menyarung pakaiannya dengan cepat. Tak boleh lama-lama. Nanti ada orang merungut.

Kunci superbike dicapai dan dia meluru keluar dari rumah. Kebenaran daripada ibunya sudah diminta. Adiknya pula tidak mengikutinya atas sebab adiknya malas.

Ariana je yang ganas. Alicia tu baik sikit. Jadi, ada beberapa misi yang dia tak join.

...........

Arish memeluk buku didalam dakapannya. Buku latihan Kimia. Dia baru sahaja habis mengulang kaji dengan Haziq, Haidar dan Irfan.

Tanpa dia sedari, sikunya terlanggar dengan seorang gadis. Habis berterabur buku yang dipegang gadis itu.

"I'm sorry." Arish segera duduk melutut dan mengutip semua buku yang berterabur.

Gadis itu berdiri di hadapan Arish. "Kau jalan tak tengok depan ke?" Soal gadis itu, dingin.

Arish hanya diam. Orang dah tolong pun masih nak marah ke? Dia terus mengangkat wajahnya memandang gadis itu. Matanya terbuntang.

"Zayra." Gadis itu terus berdecit.

"Don't you ever dare to call me with that nickname, again." Buku yang dihulur Arish dirampas oleh gadis itu dan dia berlalu pergi.

Arish terkelu. Tak sangka gadis itu telah berubah. Tersangatlah berubah.

Apa salahnya.

"Hye, Arish. Are you okay?" Soal Haidar apabila melihat Arish masih melutut dan termenung.

Arish hanya mengangguk. Dia terus bangun dari posisinya dan berlalu pergi. Haidar mendiamkan diri.

Dia tak mampu percayakan kata-kata Arish. Jelas terpacar diwajahnya yang dia sedang kecewa. Mungkin kecewa dengan perbuatan sendiri ataupun kecewa dengan gadis yang dia pernah cintai.

Terlalu susah untuk mempercayai satu kata-kata apabila kau boleh nampak kejujurannya disebalik mata seseorang itu.

Mungkin ceritanya agak klise dan tak menarik tapi dia tak boleh menceritakan hal itu kepada sesiapa. Termasuk kedua adiknya. Maaf....

To be continue......

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now