"Enough, Quin!"
Quin terkaku. Suara itu. Dia amat kenali suara itu.
Matanya tajam mencerlung lelaki yang suruh dia berhenti.
Dia berlari anak mendekati lelaki tersebut. Tanpa berfikir panjang, satu tumbukan mengenai pipi lelaki itu.
Terteleng kepalanya ke tepi. Hood hoodie yang menyorokkan wajah lelaki itu terjatuh.
Menjelaskan lagi wajah lelaki di sebalik mask yang dipakai.
"Daniel." Bergenang air mata Quin melihat lelaki di hadapannya kini.
Daniel Mukhriz, satu-satunya orang kanannya dan orang yang paling dia percayai.
Yang selalu ada bersama dia, yang ada ketika dia jatuh dan bangkit.
Tapi kini, lelaki itu belot padanya?
Satu lagi tumbukan kuat mengenai pipi lelaki itu.
Melepaskan rasa sakit di hatinya. Hatinya hancur. Hancur sehancurnya. Bagai tiada lagi organ hati di dalam badannya.
Tak pernah dia fikirkan. Daniel akan belot padanya.
Tak, ini takkan terjadi.
Dan satu lagi tumbukan kuat menumpuk pipi Daniel. Lelaki itu tidak membalas sebaliknya dia mendiamkan diri.
Rela ditumbuk oleh gadis di hadapannya. Yang dulu merupakan bossnya.
Matanya tertancap pada mata Quin yang kini sudah berair. Bila-bila masa sahaja air mata itu akan menitis turun.
Daniel memegang penumbuk Quin. Membuatkan pergerakan gadis itu terhenti. Perlahan-lahan tangannya naik, ingin mengusap air mata Quin.
Cepat-cepat Quin menepis tangan lelaki itu.
"Kau tipu aku!" Sekali lagi dia penumbuk.
"Kau belot aku!" Dan lagi.
"Kau-"
"Quin, please stop! This is not you!" Segera Daniel memberhentikan tumbukan gadis itu padanya yang dah masuk kesekian kali.
"Shut up!" Tempelak Quin. Satu tumbukan yang betul-betul kuat diberinya.
Kepala Daniel terteleng. Tepi bibirnya dipegang. Sudah pecah akibat serangan Quin yang tak henti-henti.
Tanpa memikirkan risiko, dia menyepak sisi Quin yang sedang leka dalam dunianya.
Gadis itu jatuh tersungkur di atas lantai.
Daniel segera melarikan diri keluar tingkap.
Quin terdiam. Dia dah tak tahu nak buat apa.
"Quin, aku dah jumpa Eden!" Terjah Mikael memasuki bilik keberadaan Quin.
Terkejut dia melihat Quin jatuh diatas lantai.
Dan seorang lelaki yang dah lemah longlai.
"Kau okay?" Soal Mikael prihatin.
Risau dirinya melihat keadaan Quin.
Segera gadis itu mengangguk. "Kau settle kan semuanya. Bawa diorang pergi balai. Aku amanahkan kau. Aku percayakan kau. Aku balik dulu."
Pesan Quin sebelum dia bangun dan perlahan-lahan keluar dari bilik itu dengan badan yang rasa sengal.
Mikael tidak membalas sebaliknya menggari semua orang yang dia jumpa. Cukuplah gari yang dia simpan.
Butang di earpiece, ditekan. "Eve, Lucy. Masuk ke dalam bilik nombor tiga ditingkat dua. Tolong aku." Pinta Mikael melalui earpiece nya.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...