Badannya direbahkan ke atas katil. Siling bilik yang terdapat lampu chandelier dipandang sepi.
Lengan kanannya diletakkan ke atas dahi. Dia menghembus nafasnya perlahan.
Otaknya tiba-tiba sahaja memainkan kembali perkara yang terjadi pada pagi tadi.
Flashback...
Dia berlegar di sekitar kawasan sekolah. Melalui beberapa blok kelas yang tidak pernah kosong dengan penghuni.
Pasti ada sekurang-kurangnya seorang pelajar yang berada di dalam blok itu.
Sayup-sayup telinganya mendengar bunyi beberapa orang sedang bercakap.
Dia memfokuskan telinganya untuk mencari asal bunyi itu datang. Perlahan-lahan dia menyorok ke belakang dinding yang membelakangi orang yang sedang bercakap.
"Pastikan buat kerja betul-betul. Apa pun aku nak benda tu by tomorrow, okay?" Bicara seorang gadis yang ada disitu.
Ariana diam. Dia cuba untuk menganalisis suara siapa memandangkan dia tidak mahu menjenguk, melihat ke dalam. Namun, dia tidak boleh cam suara itu.
Bukan semua pelajar dalam sekolah tu dia kenal. Tapi benda yang bermain difikirannya ketika itu adalah apa yang gadis itu mahukan. Dan dengan siapa gadis itu bercakap.
Dia berlalu pergi. Matanya asyik memandang lantai sambil memikirkan tentang perkara tadi.
Bam!
Akibat tidak fokus ketika berjalan, dia terlanggar sebatang tiang. Dahinya yang sakit dipegang.
Dia mendongak untuk memandang tiang itu. Sangkaan dia meleset. Ingatkan tiang tapi rupanya dia terlanggar seseorang.
Setelah dapat melihat muka lelaki itu, mukanya berubah dingin.
Ryan Anaqi. Dalam banyak-banyak 'tiang', kenapa dia perlu langgar 'tiang' yang seorang tu?
Baru sahaja Ariana ingin melangkah melepasi Ryan, tangannya dipegang kemas.
Kaki Ariana terhenti. Dia merentap tangannya beberapa kali. Tidak berjaya. Pegangan tangan Ryan cukup kemas.
"Ariana, can we've a talk, please?" Ryan meminta keizinan. Dia sedaya upaya memandang anak mata Ariana namun gadis itu sentiasa mengalihkan pandangan.
Tak ada masa untuk melihat orang yang pernah meninggalkan luka yang begitu dalam.
"What do you want?" Keras Ariana bersuara. Tangan diletakkan ke sisi. Mengalah dari terus merentap tangan Ryan.
"I'm so sorry for what I had done to you. I felt regret." Tulus Ryan berkata.
Ariana berdecit geram. "You and your apology can go die. I don't need them." Sekali lagi tangannya direntap sekuat hati. Berjaya dilepaskan.
Dia tersenyum sinis. "You don't need to feel regret because all the things that happened were your choices. You chose it, not me." Sambung Ariana.
Jejak kakinya dibuka semula, baru selangkah dia melangkah. Tangannya digenggam lagi.
"Apa lagi?" Bentaknya geram. Tak habis-habis nak pegang tangan oranglah!
"I tak nak pun. But I had to. My parents yang suruh. Please understand me, babe."
"Babe my ass. Stop calling me with that name. I'm not your babe, anymore." Terselit kegeraman dalam nada suaranya.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...