HS-4

3.6K 211 0
                                    

"Clear!"

Ariana terus memasuki kelas 5 Pearl apabila Alicia sudah memberi arahan.

Tu memang kelas mereka tapi kena tahu, bila nak mulakan perangai lama mereka tu, kena line clear dulu.

Tak mahulah kantoi masa hari kedua persekolahan. Walaupun hakikatnya, mereka akan terkantoi juga.

Alah, dah biasa kena denda. Wat lek wat peace je.

Ariana mengeluarkan sesuatu dari poket baju sekolahnya. Senyuman sinis diukir.

Dia memasukkan serbuk putih yang ada di dalam paket itu ke dalam botol air milik Haziq. Yang bagusnya, Haziq tertinggal botol air di dalam kelas pada waktu mereka ingin kenakan nya.

Nampak tak kebetulan dekat situ?

Serbuk putih itu dituangkan sehingga habis. Senyuman sinis tidak lekang dari bibirnya. Alicia hanya memerhati dari luar. Takut-takut ada orang yang lalu-lalang.

Ariana menyimpan paket tersebut. Apa yang mereka letak dalam botol air Haziq? Biarlah rahsia.

Alah,baru sikit je ni kenakan orang. Lama-lama nanti, lagi mencabar lah prank yang mereka akan buat.

Botol air Haziq digoncang beberapa kali. Kemudian, diletakkan semula pada tempat asalnya.

Ariana mengorak langkah keluar dari kelas. Dia tergelak jahat. Alicia turut join sekaki. Dah nama pun kembar. Ha, perangai pun sama-sama macam syaitan. Apa salahnya.

"This is the first revenge. Next?"

"Natasha Mikayla as known as The Octopus Girl. Are you ready?"

"Revenge include her gang? I'm totally ready." Senyuman sinis sekali lagi terukir di bibir mereka berdua.

Mereka terus berjalan ke arah kelas 5 Crystal yang berada di blok sebelah. Yang uniknya sekolah ini, kelas tingkatan empat dan lima semua berasingan. Kelas Pearl, Kelas Sapphire, Kelas Diamond dan Kelas Ruby iaitu kelas Sains Tulen berada di blok D manakala Kelas Crystal dan Kelas Gems iaitu kelas Sains Teras berada di blok E.

Kelas Silver iaitu kelas Sains Sosial pula berada di block F bersertakan Kelas Topaz iaitu kelas teras.

Tujuan kelas-kelas itu berasingan adalah untuk memudahkan mereka pergi ke bilik-bilik khas.

Kelas tingkatan satu di blok A manakala kelas tingkatan dua berada di blok B beserta dewan tertutup untuk tingkatan tiga.

Dewan tertutup untuk tingkatan lima pula di bawah blok E. Macam itulah sekolah mereka. Kafe sekolah pula blok yang lain. Pejabat dan bilik-bilik guru juga di blok yang lain.

Rumit juga kerana sekolah itu terlalu luas dan besar.

East Star High School ni sebuah sekolah elit yang sangat bertapis. Ariana dan Alicia dapat ke sekolah tersebut pun bersebab.

Ok, terlalu banyak terpesong. Back to the story...

Kaki melangkah memasuki 5 Crystal apabila sudah yakin tiada sesiapa di dalam kelas. Meja kumpulan Natasha di cari.

Dia terjumpa sebuah meja yang di dalam laci nya terdapat beberapa polaroid milik Natasha. Kedua-dua nya menepuk dahi sendiri.

"Baik dia bogel terus je kalau pakai baju macam tu." Ariana sudah mengomel.

"Peluk lelaki macam dah murah sangat. Macam tak ada maruah je aku tengok." Alicia mula komen.

Tiba-tiba satu idea muncul di dalam mindanya. Dia membisikkan idea itu kepada Ariana. Ariana mengangguk. Membenarkan idea Alicia dijalankan.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now