HS-35

2.4K 135 2
                                    

Mikael memandang wajah kedua-dua ketuanya yang seperti mempunyai seribu satu masalah.

"Korang okay tak?" Soal Melvin sebahagian daripada Mikael.

Eve tersenyum tipis. Dia membuat reaksi seperti dia okay je. Quin masih lagi berdiam diri.

Dia tak tahu nak jawab apa. Identiti adiknya sudah dalam bahaya. Lebih-lebih lagi bila Haziq dapat tahu tentangnya.

"Quin, kau risaukan sesuatu, kan?" Daniel menyoal. Dia dapat membaca hati Quin berdasarkan reaksi gadis itu.

Walaupun gadis itu jarang memberi riak muka, namun dia sudah faham dengan beberapa jenis air muka Quin yang jarang ditunjukkan kepada orang lain.

Lebih-lebih lagi riaksi risau gadis itu.

Quin mengangguk sebagai jawapan. Dia tak boleh menipu dengan Daniel. Ibarat Daniel sudah tahu semua benda tentang dirinya.

Kalau dia nafikan pun, bukannya Daniel nak percaya. Lebih baik dia mengaku.

Mata Ariana yang tidak lepas memandang raut muka Alicia membuatkan Daniel berasa sesuatu tidak kena.

"Kau jangan cakap pasal Eve, Quin." Quin mengangkat mukanya memandang Daniel.

Kenapa dia ni boleh faham satu-satu eh. Orang tak bunyi suara pun boleh faham.

"Unfortunately, yes. Identity Eve dah terbongkar." 

Terkejut. Semua yang berada di dalam markas itu terkelu.

Salah satu identiti yang perlu mereka jaga dengan rapi, dah terbongkar.

"Macam mana?" Soal Eden pula. Dahinya berkerut.

"Through student identity card."

"So on the card, it says Alicia Ryn Evelyn?" William membuat sangkaan.

Serta-merta, sangkaan William sememangnya tepat.

"As if they know about Eve's real name include her father's name, they'll know everything about her. Through Jabatan Pendaftaran Negara." Lucy menjelaskan lagi.

Serentak Eve dan Quin mengangguk. Diorang dah tak boleh deny apa-apa yang muncul bila dapat buka profile sebenar Eve.

"Bukan ke profile kita dekat Jabatan Pendaftaran Negara disimpan rapi?" Soal Mikael pula. Selalunya benda yang berkaitan kerajaan ni memang elok dan kemas je tersimpan.

Orang nak godam pun tak boleh kecuali penggodam profesional lah.

Afiq berdehem. Laptop dihadapannya ditutup. "Aku boleh je hack. Bukannya susah sangat pun."

Melvin membuat muka menyampah. "Kau diamlah. Tahulah dah pernah dapat Anugerah Penggodam Terbaik Malaysia." Matanya dijulingkan ke atas.

Daniel berdehem. "Bukannya dia sorang." Matanya dilirikkan ke arah Quin.

"Jangan diseru nama dia." Afiq mencebik.

Yelah, dia kena mengalah. Memang Quin lagi hebat. Tapi gadis itu lama dah tak buat kerja gila nak godam sistem yang tak bersalah.

"Merapu lebih lah korang ni. Aku takut hacker yang pernah hack email account Quin tu, hack sistem kerajaan pula. At last, semua identiti Eve terbongkar. Lebih baik dia berhati-hati." Lucy menamatkan 'perang mulut' antara Afiq, Daniel dan Melvin.

Mendengar tentang akaun emel miliknya yang pernah digodam, Quin terus mengangkat kepalanya.

"Esok weekend kan? Daniel, kau datang rumah aku. Ada hal aku nak buat dengan kau." Dingin sahaja Quin bersuara.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now