HS-49

2.1K 126 2
                                    

"Kan aku dah cakap dia tu bukannya jenis peka." Terlepas tawa Ikha dan Ariana setelah mendengar sesi gosip Izzara.

Sekarang ini, mereka berempat sedang melepak di kafe sekolah. Tahu-tahu je lah bila lepak di kafe sekolah, sememangnya waktu itu adalah waktu rehat.

Ariana meneguk jus oren yang dibelinya, sedikit. Matanya mengerling ke arah Alicia disebelahnya.

"Yang kau termenung je ni kenapa, Licia?" Serentak itu Izzara dan Ikha berpaling ke arah Alicia yang sejak tadi lagi merenung nasi goreng yang ada di dalam pinggannya.

"Licia, aku panggil ni." Tegas Ariana.

Seperti baru tersedar, dia memandang Ariana dengan terkebil-kebil. Matanya dikelipkan beberapa kali.

"Apa kau cakap?" Ariana menepuk dahinya perlahan. Sah dia termenung.

"Kenapa kau termenung je dari tadi?" Ulang Ariana bersama suara yang dijengkelkan.

Alicia memandang mata Ariana. "Mana ada aku termenung."

Dan serentak itu Ariana menikam pandangan mata Alicia. Terus gadis itu mengalihkan pandangan.

Pandang lagi mata helang milik Ariana.

"Takkan kau tak tahu, Ariana?" Soal Ikha tiba-tiba.

Ariana mengjongketkan keningnya. Tak faham. "Boyfriend dia tak ada dekat sekolah buat sementara waktu ni."

"Dia ada boyfriend ke?" Serentak Izzara dan Ariana menyoal.

Ikha tersenyum penuh makna. "Ada." Dia sengaja ingin bermain dengan kata-kata.

"Siapa do?" Izzara mengambil alih sesi soal jawab kali ni.

"Irfan." Alicia yang dari tadi menunduk, mengangkat kepalanya.

"Tengok tu, dengar je nama Irfan terus response." Alicia menjeling Ikha.

"Mana adalah." Nafi Alicia. Mukanya sengaja digarangkan.

"Tadi tu." Ikha tidak mahu kalah. Dia menenung mata Alicia.

"Bukan sebab dengar nama dia."

"Iyalah tu."

Ariana menghentakkan tangannya ke atas meja bila Alicia dan Ikha nampak gaya seperti ingin berperang mulut.

"Diam diam. Buat malu je orang dengar." Ujarnya.

"Cis, akak pengawas dah marah." Dan disitulah Ariana menjeling Izzara sehingga gadis itu menikus.

Ariana memberi isyarat mata kepada Ikha untuk menyoal Alicia lagi.

Dia pun sebenarnya tertanya juga apa hubungan Irfan dan Alicia. Dari haritu lagi dapat tahu diorang berdua berkawan.

Hairanlah Alicia berkawan dengan lelaki. Sedangkan dari dulu lagi dia dah tak berkawan dengan lelaki sejak kes Izz, kawan baik mereka berdua yang tinggalkan mereka tanpa ucapan selamat tinggal.

Lima tahu telah berlalu dan mereka tak tahu lagi khabar lelaki itu. Hidup lagi ke tidak. Mereka berdua rindukan Izz.

Lagipun Alicia tidak pernah ada teman lelaki.

"Licia, a serious question. Apa relationship kau dan Irfan?" Ikha menyoal seperti seorang yang profesional.

"Aku dah cakap kawan baik je. Tak ada apa-apa punlah." Alicia bingkas bangun dan beredar pergi.

Berkerut dahi Ariana dan Izzara melihat perangai Alicia.

Izzara tersenyum sinis. "Betul dah tu. Dia suka Irfan."

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now