HS-8

3.4K 203 1
                                    

Media; Kelsey Chow as Ivy Hazel

______________________________________

Tangan diseluk ke dalam poket hoodie. Telefon dikeluarkan. Nombor seseorang dicari. Dia menaip sesuatu.

"Patut aku hantar ke, tak payah?" Dia meyoal dirinya sendiri. Mesej itu dibuang semula. Telefon tersebut disimpan kembali.

Kakinya melangkah ke arah meja komputernya. Kerusi ditarik dan dia terus duduk.

Tangannya lincah sahaja menekan papan kekunci. Dia mencari misteri disebalik kejadian yang berlaku, pagi tadi.

It's so sudden.
"Ia tak akan berlaku kalau tak ada sebab. " Monolog dirinya lagi. Kata laluan sekolah dimasuki.

Ya, dia masih mengkaji benda yang pelik di dalam data fail peribadi Ariana dan Alicia.

Busybody betul.

"Abang, buat apa tu?" Haziq terus berpaling ke arah adiknya, Ivy Hazel.

Nama adik lagi cun dari nama abang. Kue..kue..kue..

Nama Hazel diambil dari warna anak matanya yang berwarna hazel. Warna mata abangnya pula blue-greyish. Biru kelabuan.

Entah wujud entah tak perkataan tu...

"Kenapa masuk bilik abang, tak ketuk pintu dulu? Buatnya abang ada sakit jantung, Ivy nak tanggung kos perubatan ke?" Sebelah keningnya dijongketkan.

Ivy menggaru kepalanya yang agak gatal. Rasanya dia dah ketuk pintu, tadi.

"Eh, Ivy rasa, Ivy dah ketuk pintu tadi. Abang je yang tak dengar rasanya.

"Ye eh?"

"Takkan Ivy nak tipu abang pula?"

Haziq tersengih. Dia tahu sikap adiknya yang sentiasa jujur. Ivy adalah satu-satunya adik-beradik yang dia ada.

Kalau ada yang mengganggu atau mengacau Ivy, pasti Ivy akan mengadu pada abangnya. Mestilah abang dia akan ambil tindakan. Abang yang bertanggung jawablah katakan.

Ivy Hazel berumur 15 tahun. Dia yang akan menghadapi PT3 tahun ini. Rambut Ivy berwarna coklat gelap. Dengan kulitnya yang putih melepak, dicampur pula dengan matanya yang berwarna hazel.Dia juga berpewatakan baik hati, jujur dan amanah. Manakan tidak dia mempunyai ramai peminat.

Namun, semua peminatnya hanya mampu berdiam diri kerana Haziq sentiasa memerhati gerak-geri Ivy. Adik kesayangan lah katakan.

"Abang, Ivy ulang balik pertanyaan tadi. Abang buat apa tu?" Haziq terus tersedar dari lamunannya.

Dia menggelengkan kepalanya seketika."Tak ada buat apa-apa. Benda tak penting sangat pun."

Ivy melangkah mendekati Haziq. Dia meletakkan lengannya pada bahu Haziq.

"Tu kira tak penting ke? Asyik stalk data diorang je, abang ni. Abang suka diorang ke?"Ivy menyoal. Sejak dua menjak ni, dia agak pelik bila lihat Haziq asyik menghadap komputer.

Dia baru sahaja dapat tahu yang abangnya asyik melihat data Ariana dan Alicia. Lebih kepada menyelidik sebenarnya.

"Tak pun." Haziq menyandarkan badannya pada kerusi.

"Dah tu?" Ivy memeluk tubuh. Dia memandang ke arah abangnya.

"Kena cerita ke?"

"Wajib."

"Fine! Ariana terus muram bila abang sebut nama seseorang." Keluhan dilepaskan oleh Haziq.

"Nama siapa?" Ivy membuat muka seperti ingin tahu yang teramat.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now