HS-26

2.8K 162 0
                                    

Arish berjalan ke arah blok sekolah sambil memegang clipboard file. Dia hanya memerhati kawasan sekeliling.

Sekarang ini waktu perhimpunan, kemungkinan untuk ada ramai pelajar yang ponteng masa perhimpunan itu tinggi.

Dia melajukan langkahnya apabila ternampak kelibat seseorang berjalan melepasinya.

"Ari!" Ariana Evelyn yang baru sahaja lepas membuat marathon terus memusingkan badannya.

"Buat apa dekat sini?"

"Cikgu membebel dekat Ari sebab tak buat kerja. Ari malas nak dengar dia membebel, Ari terus lari dan datang ke sini."

Arish mengerutkan dahinya seketika. Eh?

"Oh, jap. Arish lupa Ari dah jadi pengawas. Macam mana, best tak marathon tadi?" Arish Edrianne mengukir sebuah senyuman.

Ariana menjeling seketika. "Best sangat... sampai rasa nak lari lagi! Nasib baik skirt orang tak terselak. Aih, cikgu pun."

Arish hanya mentertawakan gelagat adiknya yang agak kebudak-budakkan pada waktu itu.

"Jadi, Ari nak buat apa sekarang ni?"

"Entah, Ari pun tak tahu. Ari malas nak buat kerjalah, abang."

Arish menggelengkan kepalanya. Aih, adiknya sorang tu memang pemalas.

Jejaka itu menggeluarkan sehelai kertas daripada clipboard file yang dipegangnya. Helaian itu dihulurkan kepada Ariana.

Gadis itu mengerutkan dahi seketika. Keningnya dijongketkan. "For?"

"Ari ronda blok sebelah dan cari orang yang ponteng perhimpunan. Bila jumpa, suruh diorang tulis nama dan kelas. Nanti bagi dekat Arish kertas tu, okay sayang?"

"Sejak bila Ari jadi girlfriend Arish. Euww... gelilah tiba-tiba panggil orang sayang. Muntah kang." Arish hanya tergelak kecil.

Dia sengaja je mahu mengusik adiknya seorang tu.

"Bak Ari satu pen. Ari tak bawa pen hehe..." Sebatang pen berwarna hitam bertukar tangan dengan Ariana.

Ariana terus berjalan ke arah blok diseberang blok yang Arish harus ronda.

Blok tersebut ada laluan atas yang bersambung. Jika lalu dari tingkat bawah sekali, kena lintasi sebuah taman bunga.

Sesampai sahaja dia di blok yang harus dia ronda, dia memerhatikan keadaan sekeliling terlebih dahulu.

Helaian kertas yang diberikan oleh Arish tadi dilipat kepada empat. Ini untuk memudahkan dia memegang kertas tersebut.

Dia berjalan ke arah hujung blok tersebut. Bilik-bilik khas yang ada di blok tersebut diperhatikan.

Tidak lupa juga dia untuk menjenguk melihat ke dalam bilik-bilik tersebut.

Langkahnya terhenti di hadapan sebuah bilik khas. Bilik itu dikunci rapi. Mangga yang diletakkan pada pintu itu juga berteknologi tinggi.

Mangga itu menggunakan sistem fingerprint seseorang yang misteri dan tiada siapa tahu pemilik cap jari yang mampu membuka pintu tersebut.

Ariana hanya memerhatikan bilik tersebut. Tangannya berasa gatal ingin menyentuh mangga tersebut tapi memikirkan yang mangga itu akan membuat bunyi bising jika orang yang salah menyentuhnya, niat 'murni' nya dibatalkan.

Dia cuba melihat keadaan bilik tersebut menerusi sebuah tingkap yang di tinted gelap namun usahanya hanya sia-sia apabila tingkap itu dihalang dengan sebuah almari besar.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now