Sehelai hoodie berwarna putih disarungkan pada badan. Baju itu dipadankan dengan black high waisted skinny jeans.
Rambutnya yang panjang mengurai diikat satu. Handphone miliknya dicapai bersertakan segugus anak kunci.
Beg sandang diambil lalu dia melangkah keluar untuk menuruni tangga.
Baru sahaja selangkah kakinya turun, tangan kanannya ditarik oleh seseorang. Dia mengerang kesakitan akibat bahunya yang masih lagi belum sembuh.
"Kau nak apa? Sakit bahu aku, gila!" Hampir terpekik sahaja gadis itu memarahi adiknya.
"Tak boleh bersabar ke?" Soal adiknya.
Ariana menahan gelak secara sinis. "Ada akal tapi tak nak guna. Dah tahu bahu aku sakit belah kanan, masih nak tarik belah kanan." Untuk kesekian kalinya, Ariana memarahi adiknya.
Ya, tahap kesabaran Ariana Evelyn amatlah nipis. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan tahap kesihatannya.
"Yelah. Aku minta maaf. Kau nak pergi mana ni?" Alicia mengalah.
"Markas." Sepatah sahaja Ariana menjawab. Ayatnya dingin semacam.
Alicia berasa tidak sedap hati. Sejak kebelakangan ni, Ariana jarang menjadi dingin. Tetapi, hari ini tiba-tiba sahaja.
"Aku nak ikut."
"Tak payah. Selagi kau tak pergi minta maaf dekat Arish, selagi itu aku tak benarkan kau JEJAK kaki ke markas. Cau." Amaran Ariana. Dia terus melangkah laju menuruni anak tangga.
Sneakers hitam putih miliknya disarungkan. Enjin kereta dihidupkan dan dia terus memecut laju membelah jalan raya yang agak sibuk.
Alicia Evelyn hanya mampu terdiam. Dia memang sepatutnya pergi minta maaf dekat Arish tapi buat masa ni, dia masih malas.
Dia dah tak merajuk sebenarnya. Sengaja je ingin menjadi mengada.
...........
Identity card diimbas pada scanner yang terletak bersebelah dengan pintu masuk.
Pintu automatic itu terbuka. Dia terus melangkah masuk.
Hood dinaikkan ke atas kepala. Dia berjalan ke dalam markas dengan berhati-hati.
Bunyi tapak kasutnya bergema di setiap sudut markas itu.
Matanya meliar mencari anak buahnya.
Kosong. Tiada siapa dalam markas tu.
"Yow!" Dia dengan pantasnya memusingkan badan dan terus mencengkam kuat lengan orang misteri itu.
Dia menolak lelaki itu hingga jatuh ke atas lantai. Tindakan drastik.
Lelaki misteri tersebut mengerang kesakitan. "Stop it, Quin." Quin yang baru tersedar terus memandang ke arah wajah lelaki itu.
Matanya terbeliak. Gadis itu terus menghulurkan tangan bagi memberi bantuan kepada lelaki itu.
Lelaki itu hanya menyambut walaupun tulang belakangnya terasa agak ngilu.
"Lain kali, jangan sergah orang dari belakang. Kan dah kena 'makan'." Perli Quin. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Daniel yang tersengih bagai kerang busuk.
"Aku ingatkan boleh buat surprise."
"Otak kaulah surprise. Ni lah surprise nya, kan dah sakit belakang."
"Itulah, aku ingatkan nak buat surprise untuk kau, tengok-tengok aku sendiri yang kena 'surprise' tu." Makin melebar sengihan Daniel.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...