HS-61

2.1K 131 8
                                    

Special Chapter
______________________________________

Alicia menggeliat setelah dikejut beribu kali oleh Ikha untuk bangun pada pagi itu.

Dia mencapai peralatan mandinya dan keluar dari khemah dengan malas.

Tempat mandi dituju.

"Eh, Eve?" Alicia terus berpaling memandang si empunya suara.

"Eden, Farah. Buat apa dekat sini?"

"Hye, kitorang kan sekolah dekat Elixir Highschool. Tak ingat ke?" Jawab Farah mewakili dia dan Eden.

Alicia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ha'ah, dia lupa.

"Dah mandi?" Alicia mengalihkan topik.

Phone dikeluarkan dari poket seluar untuk melihat jam pada waktu itu.

5.15 a.m.

"Ha'ah, dah. Kau baru nak mandi?"

"Ye. Aku pergi dululah. Jumpa nanti." Pamit Alicia dan segera berlalu pergi ke kawasan mandi.

Atau sebenarnya bilik mandi.

Setelah 15 minit dia bersiram, dia keluar dari bilik air. Rambutnya dilapkan menggunakan tuala.

"Lewatnya mandi." Tegur Ariana yang sudah siap menyarungkan baju t-shirt biasa dan seluar track.

Alicia mencebikkan bibirnya. Dia buat-buat tidak tahu dan segera ke cermin untuk menyikat rambutnya.

Rambut itu dibiarkan dahulu kerana masih basah. Kalau ikat dah, mahu kusut rambutnya nanti.

Ariana menapak keluar dari kawasan bilik air. "Jumpa dekat surau." Pamitnya dan berlalu pergi.

.......

Dulang makanan diambil. Dia mengisi dulang itu dengan pelbagai jenis makanan yang disediakan.

Walaupun ini dikira kem survival, makanan tetap disediakan. Makanan pula bukan biasa-biasa.

Membangkitkan selera!

Satu set cultery diambil dan dia pergi ke tempat rakan-rakannya duduk. Bersebelahan dengan kumpulan Fasha dan rakan-rakannya.

Ikha mengalih sekilas pandangannya pada dulang Izzara. "Amboi, banyaknya makan."

Izzara tersengih. "Kejap lagi ada banyak aktiviti. Mesti lapar." Itulah alasan yang diberikan oleh gadis itu.

Ikha menggelengkan kepalanya. Macamlah kejap lagi tak ada makan tengah hari.

Ariana menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya. Matanya tertumpu pada Alicia di hadapannya yang tak habis-habis menguis makanan.

"Licia, kau okay tak?"

Alicia mengangguk.

Ariana menjegilkan matanya. Tak puas hati dengan jawapan Alicia.

"Irfan, comellah awak ni."

"Hye, tak nak teman I makan ke?"

"You, ambillah ni. I bawa khas untuk you tau."

Telinga lintah Ariana menangkap sepatah-patah suara tersebut.

Dia segera memusingkan badannya.

Terlihat Haziq, Haidar, Irfan dan Arish yang diganggu oleh beberapa orang pelajar perempuan dari Elixir Highschool.

Kenapa bukan dari East Star High School? Sebab East Stars tak bawa sekali pelajar diva dan bermasalah menyertai kem itu.

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now