Hari kedua Kejohanan Olahraga Tahunan bermula dengan acara perbarisan. Disebabkan Ariana tidak ada apa-apa jawatan, dia terus tak mahu melibatkan diri dalam perbarisan.
Memenatkan. Sudahlah hari-hari kena berlatih. Dia pun ada hal lain yang perlu diuruskan.
Namun, walaupun dia tidak terlibat dalam acara perbarisan, dia tetap perlu berbaris sekali. Ketika perarakan sahaja.
Ariana menahan dirinya daripada meletuskan tawa saat melihat Alicia menjadi puteri Majapahit.
Sudah tentu Sultan Mansur Shah adalah Aqeef Irfan. Bila dah jadi pengerusi, secara automatik akan mendapat watak utama.
Tema bagi acara perbarisan tahun ini adalah Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebab itulah ramai yang menjadi sultan dan ada juga yang menjadi puteri.
Persembahan yang dibuat oleh keempat-empat rumah sukan amat mengagumkan.
Setelah acara perbarisan tamat. Acara padang pula diteruskan.
Acara dimulai dengan larian 100 meter bagi Perempuan B. Tak dinafikan semua pelajar menengah bawah bersaing dengan penuh bersemangat.
Sorakan makin giat kedengaran diseluruh kawasan padang kerana hari itu merupakan hari terakhir Kejohanan Olahraga Tahunan.
Sekali gus menentukan rumah sukan yang mana akan menang.
Ariana hanya duduk di sebelah trek larian. Memandang semua pelari yang libatkan diri dalam acara 100 meter dan 4×100 meter.
Alicia memerhatikan keadaan sekeliling yang disertakan suara serak penyokong dari seberang trek larian.
Dia pandang pula pada pelari Lelaki A yang masuk dalam acara 100 meter. Sekejap lagi pula akan berlangsung acara 4×100 meter bagi Lelaki B.
"Hye, i met you again." Sapa Ikha sambil melangkah ke arah Alicia.
Alicia memalingkan wajahnya. Memandang Ikha. Satu senyuman diukir.
"Well, we've a lot of chemistry, afterall." Ikha tergelak halus.
Tak dinafikan, dia dan Alicia banyak menyertai acara yang sama kerana mereka berdua pakar dalam acara balapan jarak dekat.
Berbeza pula dengan Izzara dan Ariana. Dua gadis itu lebih mahir dalam acara balapan jarak jauh. Sesuailah dengan mereka berdua yang boleh dikatakan paling tinggi antara mereka berempat.
"So, next category is 4×100 meter Lelaki B and after that 4×100 meter Lelaki A, right?"
"Yes? And then?" Alicia menyoal. Hairan dengan soalan yang dikemukakan oleh Ikha.
"Tak nak wish good luck dekat your boyfriend?" Ikha tersenyum senget.
Alicia mengerutkan dahinya. "Who's my boyfriend? I think i don't have one, for now."
Ikha mengangkat keningnya rendah. Matanya dilirik sekilas ke arah Irfan yang sedang memanaskan badannya.
"Yang tu siapa?" Mulutnya dimuncungkan ke arah Irfan.
Alicia berpaling ke arah tempat yang ditunjukkan.
Dia segera memandang wajah Ikha semula. "Mengarutlah kau ni. Dia kawan aku je."
Ikha menyilangkan tangannya. "Betul ke kawan je?" Matanya yang berwarna chestnut brown itu merenung dalam mata milik Alicia yang berwarna warm honey.
Alicia membalas renungan Ikha dengan tenang.
Ikha segera mengalihkan pandangannya. Kalab dengan renungan Alicia.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...