HS-20

3K 179 1
                                    

"Ariana!"

Alicia, Ikha, Izzara dan Ariana terus berpaling ke arah suara tersebut.

Haziq, Haidar dan Arish berlari ke arah mereka. Mereka masih tertanya-tanya apa yang berlaku tetapi lebih baik mereka membantu Ariana terlebih dahulu.

"Hye, are you okay?" Soal Haziq sambil membantu Ariana untuk bangun.

"Don't touch me!" Tangannya direntap. Dia masih meninggikan egonya.

Arish yang melihat terus membantu Ariana untuk bangun.

Gadis itu tidak menolak mahupun memarahi Arish. Haziq hanya memandang.

Rasa sakit hati tiba-tiba timbul di dalam hatinya.

Sakit hati kerana Ariana tidak menerima pertolongan dirinya tetapi pertolongon Arish langsung tidak ditolak.

Apa yang berlaku?

Arish memapah Ariana. Walaupun hanya bahunya yang sakit, tetapi keupayaan gadis itu untuk berjalan sangat lemah.

"Nak pergi bilik sakit atau klinik?" Soal Arish. Bila dah berdarah ni, mahu lagi kah dia pergi bilik sakit?

"Klinik."

"Nak Arish hantar?" Ariana menggeleng.

"Bagi phone. Biar Ariana call kawan Ariana." Arish terus memberikan handphone miliknya kepada Ariana.

Gadis itu terus mendail nombor telefon Daniel Mukhriz. Satu-satunya yang boleh membantunya sekarang ini.

Setelah dia selesai bercakap, handphone itu dihulurkan semula kepada abangnya.

"Siapa yang Ariana call tu?"

"Adalah. Biar Ariana jalan sendiri. Bye." Ariana terus berjalan meninggalkan kawasan belakang sekolah.

Dengan cara berjalannya mengalahkan orang sakit kaki. Sesekali dahinya berkerut.

Arish diam apabila Ariana menjawab sebegitu. Rasa curiganya terhadap Ariana semakin bertambah.

Walaupun gadis itu adalah adik perempuannya.

Ikha hanya memerhati apa yang terjadi.

Hatinya rasa seperti diremuk. Kata je minta maaf, tapi masih buat onar!

Gadis itu terus berlari pergi meninggalkan kawasan belakang sekolah.

Alicia, Izzara dan Haidar terpinga-pinga. Mereka tidak faham apa yang berlaku sebenarnya.

Dengan Ikha lari tiba-tiba. Arish diam memerhati Ariana pergi dan Haziq yang menunjukkan riak tidak puas hati.

Hati Izzara dibelenggu rasa tidak sedap hati. Banyak sangka buruk yang tiba-tiba muncul di dalam hatinya.

Macam mana dia sangat mahir untuk berlawan? Kenapa dengan sekali tumbuk sahaja, bahunya berdarah?

Bahunya pernah terluka ke? Apa hubungan dia dengan Arish? Terlalu rapat sehinggakan menggunakan panggilan nama.

Alicia tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya mampu diam. Dia tak suka dengan situasi sekarang, sebenarnya.

..........

Sebuah kereta Ford Fusion berhenti dihadapan pagar sekolah.

Ariana terus melangkah ke arah kereta tersebut. Pintu kereta dibuka dan salam diberikan.

Dia bersandar pada cushion kereta sesekali dengan kerutan di dahi.

"Boss, what's wrong with your right shoulder?"

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now