Selama hujung minggu yang dia lalui, dia langsung tidak bertegur siapa dengan abangnya. Dia lebih kepada mengelat dan menjeling sahaja.
Sakit dihatinya tidak mahu hilang. Semakin dia tengok muka abangnya, semakin teruk sakit dihatinya apabila teringat peristiwa tempoh hari.
Kini tibalah hari dimana dia kena pergi ke sekolah semula.
Setelah bersiap dengan kemas, rambut yang telah diikat, dia mengapai beg sandangnya dan melangkah turun daripada tingkat atas dengan pantas.
Arish yang baru sahaja keluar daripada biliknya segera berlari mengejar Ariana.
Tangan gadis itu dipegang. Dengan sepantas kilat sahaja Ariana menipis tangan abangnya.
Dia berdiri kaku. Menunggu kata-kata abangnya.
Muka abangnya langsung tak dipandang. Malah satu senyuman pun tidak diukir oleh Ariana.
"Ari, Arish minta maaf."
Ariana mengaku dia mendengar kata-kata Arish namun hatinya tidak langsung terkesan dengan perkataan maaf itu.
Buat apa Arish minta maaf dengan dia. Arish lebih patut minta maaf dengan Daniel sebab dah fitnah Daniel.
Setakat ni, tak pernah pula Daniel sakitkan hatinya. Abangnya jer lah yang melebih sampai hatinya banyak kali terluka.
Sejak balik daripada luar negara, perangai abangnya agak berubah. Dulu abangnya sangat memahami, sekarang ni semua benda dia salahkan.
"Ari dengar tak apa abang cakap?"
"Aku tak ada abang." Dingin sahaja suaranya. Dia berlalu pergi.
Arish terdiam ditempatnya. Kata-kata Ariana betul-betul makan dalam.
Semakin tinggi rasa serba salah yang menyelubungi dirinya.
Bunyi enjin kereta di luar rumah menandakan Ariana sudah bertolak ke sekolah.
Dia tahu, sekarang ni masih awal untuk pergi ke sekolah namun, Ariana tidak mahu bercakap dengannya lagi. Berpaling pun tak nak.
Dia mana boleh halang.
Keluhan kesal dilepaskan. Kalaulah dia boleh putarkan masa. Kalaulah dia boleh tanya dulu apa yang terjadi.
Tapi salah dia, salah dia terlalu cepat menuduh. Dia cuma nak perangai Ariana yang dulu.
Itu je yang dia rindukan.
"Arish gaduh dengan Ari lagi?" Arish memalingkan wajahnya ke arah suara tersebut.
Tersembul wajah Alicia yang kelihatan risau dihadapannya.
Arish hanya mengukir satu senyuman tipis. Jelas terpacar perasaan kecewa pada matanya.
"It's okay. One day, she will forgive you. Maybe she hates you right now but it won't last long. Trust me."
Arish mengangguk sebagai jawapan.
"Okay, i want to see your smile. Come on, smile!" Alicia cuba untuk mengubah suasana. Dia melebarkan senyumannya.
Arish tergelak kecil melihat perangai kebudak-budakkan Alicia. Terlalu jarang dia bersikap sedemikian. Nasiblah dia mempunyai seorang kagi adik.
"Licia, Arish, tak mahu makan ke?" Serentak mereka berpaling ke arah mama mereka.
"Nak!" Mereka berdua terus berlari ke arah meja makan. Perangai sama-sama macam budak.
............
"Ariana." Lembut sahaja suara yang menyapa.
Ariana yang menekup mukanya diatas meja agak terkejut dengan sapaan itu. Dia takut hantu je yang tegurnya. Iyalah, pagi-pagi buta macam tu, ada ke orang pergi sekolah awal sangat?
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...