"Pagi-pagi dah hilang bos korang ni," Faiz merungut setelah satu markas dia pusing untuk mencari kelibat Quin yang entah hilang ke mana.
Melvin tergelak halus, "kau cari member kau sorang lagi, tak ada juga kan?"
"Diorang pergi dating tu, biarlah," William pula yang bersuara.
Dia semestinya tak hiraukan sangat jika Quin tak ada dalam markas. Sekurang-kurangnya tak ada orang akan paksa untuk diorang buat kerja.
Eve memang bos mereka juga tapi Eve lebih memahami situasi mereka berbanding Quin sebenarnya. Eve tidaklah menekankan kerja sangat.
Dari jauh, telinga Mikael menangkap bunyi enjin kereta dimatikan, "ha tu dah balik."
Tak sampai beberapa minit kemudian, dengarlah bunyi pintu hadapan markas diketuk. Tatkala pintu itu dibuka, terpacul wajah Quin dan Daniel bersama beberapa bungkus makanan untuk rakan sekerja mereka.
Quin mengjongketkan keningnya saat semua mata memandang ke arah dia seperti meminta penjelasan ke mana dia menghilang.
"Look, aku dengan Niel pergi cari makanan untuk korang. Karang kebulur, marah aku," sempoi sahaja Quin menjawab.
Daniel disebelah sudah pun menahan tawanya.
Quin memberi jelingan sekilas sebelum dia melangkah masuk ke dalam markas dituruti oleh Daniel. Mereka mengambil tempat di meja yang mereka duduk awal pagi tadi.
"Ingatkan pergi dating sampai lupa orang dekat sini," ujar William, bibirnya dicebirkan.
Quin mengerutkan dahinya mendengar ayat William, "jap siapa yang cakap kitorang pergi dating?"
Dan semua jari ditunding ke arah William Briar yang sibuk membuka bungkusan makanan.
Quin berdecit, "pandai-pandai eh kau,"
William tersengih seperti kerang busuk. Sekali-sekala getting on his boss' nerves pun menarik juga.
Asalkan tak sampai bosnya marah, dia masih selamat.
"Asal kau beli makanan, aku baru nak rasa masakan kau," tiba-tiba Faiz bersuara.
Eve melepaskan tawa sinisnya, "Quin? Masak? Meletup dapur satgi," penuh selamba dia menutur katanya.
Quin membuat muka tidak puas hati, adik kembarnya itu dijeling.
Respons yang diberikan oleh Eve sebentar tadi hampir mengejutkan semua ahli Dark Shadow.
"Kau tak pandai masak Quin?" William seperti tidak percaya akan pernyataan tersebut.
Quin menggelengkan kepalanya. Boleh je dia nak masak benda ringan-ringan, tapi untuk masak dalam kuantiti yang banyak, dia tak yakin.
"Lah tak boleh jadi bakal isteri Niel jugalah, Niel nak orang yang pandai masak," selamba ayat itu meniti bibir Mikael. Tak lupa juga untuk dia memberi sengihan tak bersalah kepada Quin.
Makin berkerut dahi gadis itu tatkala mendengar ayat yang keluar dari mulut Mikael. Dah kenapa tiba-tiba sebut fasal bakal isteri? Bakal isteri Daniel pula tu.
"Alah, Daniel kan pandai masak. Nanti bolehlah dia ajar Quin masak," Lucy yang berdiam diri sejak tadi lagi akhirnya bersuara, menambah perisa.
"Oh pastu diorang bersweet dekat dapur,"
"Manis makanan diorang nanti,"
"Semut pun tak nak makan sebab manis sangat,"
Itulah ayat-ayat sokongan daripada Melvin, William dan Faiz. Tak habis-habis ingin mengusik bosnya itu.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...