HS-38

2.3K 130 1
                                    

"Tahun lepas, rumah sukan Beta telah menjuarai sukan tahunan sekolah ini. Jadi, saya harap kita dapat mengekalkan kemenangan kita. Jangan berikan kemenangan ni pada rumah sukan lain, lebih-lebih lagi rumah sukan Alpha."

Kesemua ahli rumah sukan Beta mengangguk faham. Mereka gembira, walaupun tanpa atlet larian mereka, mereka tetap dapat menjuarai sukan tahunan.

Tahun ini, Arish dah kembali. Salah satu atlet larian sekolah. Jadi mereka berharap dapat membolot mata sekali lagi.

"Baiklah, ada calonan untuk pengerusi rumah sukan Beta? Pilih atlet rumah sukan, ye."

"Syed Naufal Shah, cikgu!"

"Arish Edrianne, cikgu!"

Cadangan beberapa orang pelajar itu mendapat anggukan daripada guru penasihat rumah sukan Beta. Guru itu menyuruh Arish dan Naufal untuk pergi ke hadapan.

Oh, lupa nak bagitahu. Warna rumah sukan Beta adalah kuning.

Cadangan daripada beberapa orang pelajar itu bukanlah calang-calang. Arish merupakan atlet balapan jarak jauh manakala Naufal merupakan atlet balapan jarak dekat.

Masing-masing mempunyai kebolehan yang tersendiri.

"Baiklah, kita buat undian. Siapa sokong Syed Naufal Shah sebagai pengerusi?" Separuh daripada pelajar lelaki mengangkat tangan manakala segelintir pelajar perempuan mengangkat tangan.

Nama Arish pula diumumkan. Kini, sebahagian besar pelajar perempuan menyokong Arish dan sebahagian kecil sahaja pelajar lelaki yang menyokongnya.

Jumlah undian dikira. "Syed Naufal Shah, tahniah. Kamu dilantik sebagai pengerusi dan bagi menpercepatkan lantikan ni, cikgu melantik Arish Edrianne sebagai naib pengerusi 1."

Pelajar yang lain hanya menyokong keputusan guru tersebut.

"Bagi naib pengerusi 2?"

Seorang pelajar tingkatan 3 mengangkat tangan. Dia merupakan salah seorang ahli pasukan bola jaring sekolah.

"Kak Zayra Ikha! Dia juga seorang atlet!" Ujar pelajar itu teruja. Ya, Ikha juga merupakan seorang atlet.

Dia mahir dalam acara lompat jauh dan lompat tinggi. Selain itu, dia juga boleh melibatkan diri dalam acara balapan jarak dekat.

Senang cerita, dia ni mahir dalam acara pecut.

Zayra Ikha bangun dan berdiri dihadapan apabila disuruh oleh guru penasihat. Muka beku sengaja ditayangkan.

Sebenarnya dia tidak berapa selesa apabila berada berdekatan dengan Arish. Dia pun tak berapa suka apabila ditakdirkan untuk satu rumah sukan dengan Arish.

Kalaulah rumah sukan ni boleh tukar, dah lama dia akan menukar rumah sukan. Lebih baik dia masuk rumah sukan Alpha.

"Ada cadangan lagi?" Soal Naufal bagi menggantikan tugas guru penasihat.

Segelintir pelajar lelaki menggelengkan kepala begitu juga pelajar perempuan.

Ada lagi ke yang layak? Iyalah kalau bertanding dengan Ikha fasal undian, terang lagi bersuluh gadis itu akan menang.

Gadis itu agak terkenal dikalangan pelajar sekolah lebih-lebih lagi pelajar menengah bawah. Dia juga merupakan ketua pasukan bola jaring sekolah dan pernah bergelar The Best Netball Player of The Year 2018. Peringkat kebangsaan tu.

"Tak adalah ni?" Soal Arish pula apabila suasana di dalam dewan itu senyap sunyi.

"Okay, Ikha menang tanpa undian." Akhirnya Syed Naufal Shah memberi kata putus. 

Hidden Secret [C]Where stories live. Discover now