Aishy Izzara berlari anak di ruang koridor menuju ke kelasnya. Tanpa dia sedari, dia telah melanggar seseorang.
Mukanya tersembam ke dada manusia misteri itu. Dia terus berundur ke belakang. "Maaf!" Ucapnya.
Mukanya diangkat perlahan-lahan kerana ingin melihat muka figura tersebut.
Melompong mulutnya apabila mendapati dia terlanggar Aryan Haidar.
"Kau jalan memang tak pandang depan eh?" Soal Haidar, dingin.
"Aku dah cakap maaf, kan? Apa yang kau tak puas hati lagi?" Izzara berpeluk tubuh.
Tiba-tiba saja lelaki tu nak naik angin. Eh, orang dah cakap maaf tu, maafkan jerlah! Bentak hati Izzara.
Haidar merenung tajam mata milik Izzara. "Well, nampaknya macam kau tak nak maafkan aku. Lantak ah. Kesah pula aku." Gadis itu terus memasuki kelas setelah selesai berkata.
Haidar mengukir senyuman mengejek. Gembira je rasa bila dapat kenakan Izzara tu. Perangai dia lain dari yang lain.
"Khayal!" Sergahan Aqeef Irfan membuatkan Aryan Haidar tersentak.
Dadanya diurut perlahan. "Kalau aku ada heart attack, mahu Innalillah dekat sini juga, eyyyy!" Haidar mengacah ingin mengetuk kepala Irfan dengan sebuah clipboard file yang dipegangnya.
Irfan membengkokkan lututnya sedikit dan menunduk untuk mengelak 'serangan' Haidar.
Dia mengukir senyuman. "Alahai, tahulah dah bahagia boleh kacau buah hati pengarang jantung kau tu."
Haidar menjeling sahabat disebelahnya. "Tak salah pun nak bahagia. " Langkah kaki dibuka dan dia terus berlalu pergi.
Irfan terus mengikuti langkah Haidar. Mereka lupa yang harini ada mesyuarat pengawas, sebenarnya.
..........
Pintu bilik pengawas dibuka. Ya, mereka menggunakan semula bilik pengawas yang telah lama 'terbiar'.
Setelah Ariana dan Natasha didenda untuk mengemas bilik ini, guru-guru pengawas mulai berfikir untuk menggunakan bilik ini semula.
Mereka membuat beberapa baik pulih seperti meletakkan pendingin hawa, meja mesyuarat, rak buku, sudut organisasi dan menambah beberapa buah komputer lagi.
Bilik ini juga akan menggunakan sistem scanner. Ini bermakna, bilik ini hanya boleh dimasuki oleh pengawas dan guru-guru sahaja. Pelajar lain tidak dibenarkan masuk.
Irfan dan Haidar melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Semua pengawas yang ada dalam bilik tersebut, terus berpaling ke arah mereka berdua.
Irshad Haziq yang fokus memberi penerangan turut sama berpaling. Dia berdehem seketika.
Mikrofon yang berada dihadapannya diketuk beberapa kali. "Lambat sampai, jam tak ada bateri ke pergi dating dengan buah hati?" Perli Haziq beserta senyuman sinis.
Pengawas yang lain tergelak halus. Irfan dan Haidar menunduk malu setelah kena perli dengan member mereka sendiri.
Haziq berdehem seketika sebelum menyambung, "Sedangkan Aryana yang memang bebal ni pun boleh sampai awal, korang yang dah lama jadi pengawas, tak reti nak tepati masa ke?" Dia sengaja menekan perkataan 'lama'.
Telinga Aryana menjadi panas apabila mendengar Haziq mengatakan yang dia bebal. Gadis itu terus berdecit. Arish yang berada disebelahnya terus menggeleng kepala.
"Janganlah panggil adik aku bebal. Kang tak fasal-fasal kau kena terkam kejap lagi."
"Ayyyy..." Pengawas yang lain mengusik.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...