Markas dijejaki oleh kembar itu. Mereka masuk ke dalam sana hampir serentak.
"So, any infos?" Tanpa salam dan sapaan, Quin terus mengambil tempat duduknya di hadapan Afiq.
Eden Elynna, salah seorang anak buahnya yang pakar dalam bidang penyamaran dan perisikan.
Gila kalau tak risau! Sudahlah gadis itu baru 17 tahun. SPM pun tak habis lagi.
Kalau mati anak orang tu, tak tahulah bagaimana Quin dan Eve nak bertanggungjawab.
Afiq menekan tetikusnya. Dia memaparkan semua informasi yang dia dapat setakat ini pada Liquid Crystal Display (LCD) yang telah disediakan oleh Quin dalam bilik mesyuarat.
"Setakat ni, apa yang aku tahu dia tak balik rumah sejak semalam. Lepas dia keluar dengan kawan dia. Bila tanya kawan dia, dia cakap Eden dah balik terlebih dahulu. Pagi tadi, tiba-tiba Farah inform kitorang yang Eden kena culik atau lebih kepada dia hilang." Terang Afiq.
Quin segera berpaling pada Farah. "Macam mana kau tahu dia hilang?"
"Mak dia call aku." Balas Farah.
"Ada benda pelik pada kawan Eden?" Soal Eve pula.
Segera Melvin menggelengkan kepalanya. "Aku soal siasat diorang dengan lie detector. Nothing happen."
Untuk pengetahuan readers, lie detector merupakan satu alat yang digunakan untuk menyatakan sama ada orang itu bercakap jujur atau menipu. Benda itu bermain dengan elektrik dimana jika seseorang itu menipu, dia akan terkena renjatan elektrik.
Sebenarnya benda itu dikira sesuatu yang haram untuk digunakan kerana takut orang lain boleh mati bila terkena renjatan.
Tapi nak buat macam mana, Melvin terpaksa menggunakannya kerana dia tidak mahir untuk detect sama ada seseorang itu jujur atau tidak. Walaupun dia ada 6th sense yang agak pelik.
Quin mengetuk-ngetuk meja mesyuarat dengan jarinya. Mencari idea untuk cari kedudukan Eden Elynna.
Bunyi pintu kayu yang dikuak mengalihkan perhatian semua orang yang tengah berfikir.
Faiz Emir. Baru sampai nampaknya.
"Kenapa lewat?" Soal Eve. Wow, jarang tengok dia serius.
Faiz menggaru dahinya. "Baru baca Whatsapp Mikael." Jawabnya.
"William pergi mana?"
"Dia ada emergency. Tak dapat join."
Eve mengangguk.
Dia membenarkan anak buahnya itu mengambil tempat.
Farah memerhatikan sekeliling. Mencari seseorang. "Daniel mana?" Soalnya.
Quin yang fokus pada LCD itu tersedar. "Ah, dia inform aku ada emergency. Kena balik rumah parents dia."
Semua mengangguk faham. Daniel Mukhriz. Selalu sahaja dia menjenguk keluarganya yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang walaupun dia banyak kerja.
Ya, dia sayangkan ibu bapanya.
"Dah detect phone Eden?" Tiba-tiba Eve bertanya.
Quin dapat juga menangkap idea yang dah lama dia fikirkan. Ya, trace phone.
"Dah." Afiq menekan papan kekunci. Menaip sesuatu sebelum menayangnya pada skrin LCD.
"Tak dapat yang selengkapnya. Last location, berhampiran hutan." Sambungnya.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...