Empat hari sebelum peperiksaan pertengahan tahun berlangsung. Bermaksud harini merupakan hari ketiga mereka membuat kelas tambahan.
Prestasi masing-masing meningkat dengan perlahan-lahan sehinggakan ada beberapa orang guru memuji teknik dan cara mereka menjawab soalan.
Dan ada juga cikgu yang masuk dan komen pada kelas 5 Pearl yang sedang mengadakan kelas tambahan.
Selalunya ayat yang mereka dapat adalah bagus dan teruskan usaha. Semoga berjaya.
Hari ini merupakan giliran Alicia pula untuk mengajar. Seperti semua tahu, Alicia Ryn Evelyn dikira amat mahir dalam subjek Matematik Tambahan.
Dia berdiri dihadapan kelas. Menanti rakan-rakannya untuk menjawab semua soalan yang diberikan.
Almaklumlah dia sudah siap menjawab soalan itu dengan lebih awal.
"Siapa siap dah soalan 1?" Soalnya. Dirinya dah rasa kebosanan menunggu sorang-sorang untuk menyiapkan ke-15 soalan yang diberikan.
Semua pelajar 5 Pearl mengangkat tangan mereka. Lega hati Alicia. Tak perlu menunggu lama sangat.
Dia mulai membincangkan jawapan bagi soalan 1 hingga soalan 3 memandangkan mereka semua dah siap sampai soalan 4.
"Jawapan untuk soalan kedua tu boleh buat dalam perpuluhan atau pecahan. Dua-dua tak-" kata-kata Alicia terpotong akibat terdengar deringan phone.
Dia ingatkan itu deringan phone orang lain tapi itu deringan phone miliknya.
Dia menyuruh Ariana untuk melihat si pemanggil.
"Mikael call." Ringkas Ariana membalas sambil matanya masih lekat pada kertas soalan Matematik Tambahan itu.
Terhenti tangan Irfan dari terus menulis jawapannya. Segala anggapan yang tak masuk akal atau buruk dia cuba menepis.
Alicia mencebirkan bibirnya. "Decline." Ariana melakukan perkara yang disuruh oleh Alicia.
Selang beberapa minit, phone Alicia berdering lagi.
Alicia mengeluh. Dia suruh Ariana untuk melakukan benda yang sama.
Kemudian phone itu berdering minta diangkat untuk kali ketiga. "Buah hati kau call ni, angkatlah." Ariana sudah bosan untuk decline call yang dibuat oleh Mikael.
Lelaki itu pun satu. Tak reti-reti nak stop. Bila orang dah decline tu, tanda tak mahu angkatlah. Haih..
"Sejak bila aku-" Alicia menghentikan percakapannya apabila matanya memandang pada tempat Ariana menjeling.
Aqeef Irfan. Ini mesti Ariana ada rancangan tak masuk akal kali ni.
"Apa sejak bila? Ni siap save contact dia dengan love bagai. Bila start relay? Aku pun tak tahu." Dan disitulah Ariana sengaja ingin menaikkan api cemburu Irfan.
Irfan buat-buat tak dengar. Penuh dalam fikirannya cuba bersangka baik. Dia tak akan percaya selagi Alicia tidak mengaku dengan betul-betul.
Alicia pasrah mendengar hasutan Ariana. Dia mencapai phone dan mengangkat call Mikael.
Selamba sahaja dia menjawab call dihadapan classmates nya. Memandangkan rahsia terbesar dia sudah terbongkar, tak perlu nak menyorok dari classmates lagi.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam, apa kau nak?" Soal Alicia terus. Tak perlu untuk berbasa-basi.
YOU ARE READING
Hidden Secret [C]
Teen FictionRahsia? Semua orang mempunyai rahsia yang tersendiri. Termasuklah mereka. Setiap yang berlaku dalam hidup mereka mempunyai kisah silam dan rahsia yang disorokkan. Terlalu banyak rahsia yang harus mereka simpan. Tapi, sampai bilakah rahsia itu boleh...